Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, July 23, 2009

ETIKA EMAS DI AIBKAN ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sebuah syarikat menjual beli emas teah di aibkan dengan berita yang telah di siarkan oleh TV 3 dan akhbar tempatan dengan kenyataan bahawa syarikat ini telah membuat perniagaan secara haram ? hari ini syarikat tersebut telah membuat penafiannya dengan alasan mereka tidak berniaga dengan wang yang haram, walau apapun di katan bahawa pehak Bank Negara sedang membuat siasatan

Siasatan sedang di lakukan dan apa yang nyata ialah syarikat ini di katakan telah mengalami kerugian yang besar kesan kenyataan TV 3 dan akhbar tempatan, jurucakap ETIKA dalam sidang akhbarnya semalam telah membuat penafian dan telah menerangkan juga bahawa mereka telah berniaga secara yang sah dan telah di ketahui oleh pehak Bank Negara Malaysia dan telah mendapat pandangan positive dari Bank tersebut


Tuesday, July 21, 2009

GALAS MUNGKIN PILIHANRAYA ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO sudah masuk Galas Kelantan dan membuat operasi besar-besaran bagi mungkin menghadapi pilihanraya kecil, ini berikutan wakil ADUN di sana Che Hashim Bin Sulaiman 45 tahun dari Parti PAS yang sedang sakit barah di bawah perut, apa yang kita harapkan ADUN tersebut segera sembuh, membuat operasi awal oleh UMNO di sana seolah-olah mendo'akan ADUN tersebut lekas mati adalah isyarat yang tersirat

Walau apapun jika takdir Tuhan menentukan sesuatu yang akan berlaku terhadap takdirNya maka kita juga perlu bersiap sedia dengan kadar priority sebab urusan khalifah wajib di dahulukan dari urusan pribadi sebagaimana yang berlaku terhadap Baginda Rasullullah saw ketika wafatnya yang mana para sahabat mendahului urusan mentadbir negara dari menguruskan jenazah Baginda