Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, October 6, 2010

Galas Mula Dikunjungi

Posted by singamaraja

Ahlan Wasahlan

Pilihanraya Galas Kelantan sudah resmi akan di adakan, SPR telah umumkan tarikh penamaan calon pada 26 Hb Oktober dan hari membuang undi pada 4 Nov, Khabar angin bagi pehak UMNO hendak mencalonkan Tengku Razaligh Hamzah sebagai calon BN/UMNO telah bertiup kencang namun keputusan daripada yang punya badan belum lagi diperolehi

UMNO nak calonkan Tengku Razaligh Hamzah untuk menyaingi calon daripada parti Pas yang sehingga kini belum lagi ditetapkan,UMNO telah nampak bahawa tiada calon UMNO di Galas yang layak menandingi calon Pas melainkan Tengku Razali Hamzah sekiranya UMNO mahu menang

Pencalonan Tengku Razali mungkin sengaja diwar-warkan oleh UMNO supaya Pas menjadi panik banun bagi pehak Pas siapapun calon di Galas maka mereka tetap akan melawannya tanpa rasa takut dan gentar, namun UMNO hendaklah awas ! sekiranya Tengku Razaligh Hamzah tumbang di Galas maka itu satu penginayaan bagi maruah dirinya oleh UMNO sendiri

Rasanya Tengku Razaligh Hamzah bukanlah seorang yang bodoh dan boleh dibodohkan oleh UMNO, persoalan yang timbul ialah apa sangatlah keistimewaan Tengku Razaligh dimata orang UMNO sedangkan dia terbiar sejak membubarkan parti Semangat 46 sehingga sekarang tiada jawatan pentingpun sanggup diberikan oleh UMNO pusat kepadanya, tiba-tiba apabila berlaku pilihanraya di Bahagiannya maka dia dilihat sebagai orang yang penting pula ?