Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, July 11, 2009

TUNGKUS LUMUS D MANIK URAI

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO VS PAS

Kedua-dua parti bertungkus lumus di Manik Urai bagi memenangi hati pengundi di sa'at akhir, PAS berjuang menggunakan hujah membela nasib hidup dan akidah penduduk di Manik Urai sementara UMNO juga berjajnji dengan konsef Semangat Kebangsaannya juga dengan taburan berbagai benda dan kebendaan

Rakyat Kelantan tak tahu hasil taburan yang di lakukan oleh UMNO itu hasil dari pendapatan negeri Kelantan sendiri hasil GAS dari perairan laut negeri mereka sebab rakyat Kelantan tak banyak faham tipu muslihat dari kerajaan UBN, lagipun bijak pandai orang Kelantan bersekongkol dengan UBN Pusat, mereka lebih cenderung untuk tipu rakyat negeri sendiri

UMNO mesti menang kata pucuk pimpinan UMNO pusat dan negeri, kalau tidak melayu akan terhapus, kata PAS pula PAS mesti menang kalau tak nanti Islam terhapus, walau apapun Manik Urai PAS akan menang dengan bergaya

Thursday, July 9, 2009

UMNO MEMPERBODOHKAN PAS

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO telah memperbodohkan PAS atas isu GAS ASLI di perairan Kelantan dan Thailand, Thailand dapat hasil, Malaysia pusat dapat hasil, tetiba rupanya Kelantan di kelabukan cerita sebenar GAS ini, lalu Kelantan akur yang Kelantan tiada apa yang ada, tetiba bila di ukur maka Kelantan lebih berhak mendapat royalti GAS tersebut dari mana-mana negeri ataupun pusat atau sekalipun Thailand, sahlah orang Kelantan ni di perbodohkan oleh Kerajaan UMNO dan orang UMNO, so kalau dah bodoh macam mana tak memerintah ?

Wednesday, July 8, 2009

USHA JATUHKAN KERAJAAN PR ....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Usha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat akan berterusan sehingga PRU 13 akan datang, usha ini adalah perkara biasa saja cuma PR perlu duduk berbincang selalu untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku. UBN akan menggunakan berbagai helah politik untuk menjatuhkan kerajaan PR dan terbukti usha mereka tidak pernah padam dan telah berjaya di Perak

Kerajaan PR apabila sudah di berikan oleh rakyat peluang memerintah sepatutnya mengkaji segala jenis resiko yang mereka akan hadapi bukan sekadar mudah berpuashati dengan mandat yang di berikan oleh rakyat kerana mandat rakyat bukanlah suatu kuasa yang mutlak di negara ini jika kita lihat kepada apa yang telah berlaku di negara ini

Suara rakyat dengan mudah di nafikan oleh suara mahkamah dan suara raja-raja, dan raja-raja pula ada pertimbangan yang mereka anggap wajar bertindak demi itu dan ini yang tidak boleh di nafikan oleh rakyat dan golongan yang tertentu yang berkesudahan dengan perang perlembagaan dan kuasa undang-undang oleh golongan tertentu

Undang-undang memang di arah untuk di patuhi akan tetapi selagi undang-undang tersebut di cipta oleh tangan-tangan manusia maka selagi itulah banyak kelemahannya dan sudah tentu banyak ruang yang terbuka untuk di hujahkan bagi membolehkan bertegang urat untuk menghalalkan cara bagi membolehkan yang tidak jelas dan longgar

Apabila undang-undang di cipta maka undang-undang itu tidak akan berupaya mengatasi kuasa darjat dan pangkat orang yang mencipta undang-undang dan di sinilah letaknya keistimewaan darjat dan pangkat serta kedudukan seseorang itu di dalam sesebuah negara kerana pada merekalah terletaknya segala keputusan yang mengatasi undang-undang

Undang-undang Tuhan tidak mengenal pangkat,darjat dan kekuasaan seseorang tersebut dan sepatutnya undang-undang inilah yang wajib di amalkan oleh manusia supaya tiada kuasa manusia yang boleh menggugatnya sekalipun darjat manusia itu setinggi mana sekalipun dan inilah yang di perlukan oleh manusia yang sebenarnya supaya keadilan dan perkelahian dapat di elakkan

Undang-undang dari ciptaan manusia hanyalah beraja di hati dan bersultan di mata, bujur lalu melintang patah, hak kamu adalah hak aku dan hak aku adalah hak aku itulah yang sedang dan akan berlaku selagi kita mengamalkan undang-undang ciptaan tangan manusia, oleh kerana itu PR wajib selalu berbincang dalam soal kerenah dan muslihat syaitan-syaitan jenis manusia

Pemerintah yang cepat merasa berpuas hati adalah merupakan pemerintah yang lemah dan tidak cekap mentadbir negeri dan negara, kadangkala mereka yang telah di berikan oleh rakyat mandat mudah terlupa yang mereka mempunyai banyak musuh yang bersiap sedia di keliling mereka yang kadangkala bersikap seperti Abdullah Bin Ubai bapa Munafik di zaman Baginda Rasullullah s.a.w dan ini mesti di jadikan contoh bagi keselamatan mentadbir jika mahu lebih selamat




Tuesday, July 7, 2009

MULA BERGERAK ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

malam ini pukul 8.30 malam ! di dewan Dato' Ahmad Razali Ampang, penceramah Dato' Sri Anuar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Azmin Ali dan Sivarasa, ceramah bertajuk KEMBALIKAN NEGARA HUKUM DAN HAK RAKYAT, CERAMAH MUNGKIN ADA KAITAN DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TENTANG MASALAH NEGERI PERAK

APA SEBAB NIZAR BAWA KE MAHKAMAH ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sepatutnya Muhammad Nizar jangan bawa kes ini ke Mahkamah kerana ia akan membuang masa dan tenaga, keputusan mahkamah yang menyebelahi sultan dan tidak menyebelahi Muhammad Nizar di pandang sebagai isu keselamatan di dalam negeri Perak dan sesiapapun tidak boleh buka mulut, andainya nanti ada yang buka mulut mempertikaikan keputusan mahkamah maka ia adalah suatu kesalahan dan di anggap tidak setia kepada sultan dan bercanggah juga pada rukun negara

Sultan mempunyai kuasa yang mengatasi segala yang ada demi keselamatan rakyat, semua ini adalah tanggungjawab baginda Sultan, Muhammad Nizar mungkin tidak tahu ini semua, atau dia kurang jelas kuasa mutlak Sultan, andainya Muhammad Nizar tahu maka mungkin dia tidak membuangkan masa dan tenaganya membawa kes ketidak adilan ini ke mahkamah, tidak timbul langsung soal keadilan dalam perkara keselamatan negeri Perak

Apabila saja kes memohon keadilan ini di bawa ke mahkamah maka mahkamah telahpun menjalankan tugasnya dengan cemerlang,gemilang dan terbilang sehingga lebih 100 muka surat hujah mahkamah di buat oleh hakim kerana atas dasar keadilan dan keselamatan, keputusan ini mungkin tidak boleh di pertikaikan lagi dan jangan pula ada yang cuba-cuba mengungkitnya lagi atau membawanya ke mahkamah kerana ia tiada membawa faedah

Sultan terkenal dengan sikap bertanggungjawab dalam soal keselamatan rakyatnya, dan sultan pula ada penasihatnya daripada pusat ataupun negeri ataupun orang agama yang melihat kes ini merbahaya jika sultan tidak ikut campur tangan dan mententermkan rakyat kerana telah di khabarkan ada yang tidur di tengah jalan kerana tidak berpuas hati, jadi sebagai sultan ia tidak suka rakyatnya tidur tak tentu pasal di tengah jalan

Huruhara buka jalan penyelesaian, jalan penyelesaian ialah di tangan kuasa mutlak sultan, rakyat hendaklah berfikir sedalam-dalamnya akibat jika negeri berada di dalam keadaan huruhara yang mana ekonomi akan menjadi hancur, rakyat akan menjadi papa kedana dan secara kebetulan negara pula sedang menghadapi keruntuhan ekonomi global, tindakan mahkamah ini di lihat sebagai suatu tindakan penyelamat ekonomi dan perpaduan serta keamanan negeri dan rakyat

Perasaan rakyat hendaklah di bendung dengan semangat politik sempit yang mereka sendiri tidak tahu akan akibatnya, pehak keselamatan buat masa akhir ini tidak tidur malam kerana menjaga keselamatan negeri Perak, semua ini ada hikmah yang Muhammad Nizar mungkin kurang nampak faedak keputusan mahkamah ini, memang ada pehak yang merasa sakit tentang keputusan mahkamah ini akan tetapi itulah hakikat yang harus di terima

Kalau ada yang tak puas hati juga pindahlah kedalam gua, di sana akan aman dan damai hi hi hi

Monday, July 6, 2009

DI MANIK URAI PR BERSATU PADU, MACAM TAK PERCAYA JE

Posted by singamaraja

MANIK URAI SATU LAWAN SATU

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Penamaan calon bagi pilihanraya kecil Mani Urai berlangsung hari ini, pertandingan antara UMNO dan PAS ini menyaksikan pertandingan amat sengit kerana UMNO bagaimanapun mahukan kemenangan untuk memberikan sedikit cahaya setelah sentiasa kalah di dalam pilihanraya kecil

Sunday, July 5, 2009

MANIK URAI SA'AT AKHIR UNTUK UMNO

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Pilihanraya Manik Urai akan di menangi oleh PAS dengan mudah, pada waktu sangat akhir ini UMNO sudah kehilangan modal untuk berkempen dan UMNO terpaksa menjemput katak dari Pasir Mas untuk membantu memenangi hati rakyat di sana, andainya UMNO kuat maka ia tidak mungkin mengundang katak Pasir Mas untuk SOS bagi menyambung nafas UMNO di sana

UMNO di akhir kempen pilihanraya kecil inikelihatan tiada kekuatan, penerangan mereka hambar dan lesu, namun PAS kena waspada dengan lambakan wang,beras dan kain batik di sana

Saturday, July 4, 2009

IBRAHIM ALI KATAK PASIR MAS TAK TAHU MENGENANG BUDI DAN TIADA BERADAB

Posted by singamaraja

Wednesday, July 1, 2009

KERAJAAN UBN PERAK TAKUT .....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Kerajaan UBN Perak takut mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri kerana takut tumbang di tangan PR, UBN yang terlalu gembira memerintah negeri Perak atas kurniaan Mahkamah tidak dapat memenuhi kehendak rakyat supaya rakyat merasa amalan demokrasi di negara ini, ini menunjukkan UBN tidak ikhlas untuk memerintah dan membangun negeri dan rakyatnya

Pemerintah sekarang tidak berupaya membangun negeri dan rakyatnya kerana sebenarnya ia tiada kuasa berbuat demikian sebab itu kita dapat melihat mereka tidak berani mengadakan sidang dewan sebagaimana yang di kehendaki oleh rakyat, sementara rakyat pula terpukau dengan kebangangannya dan akalnya terbelenggu oleh kebodohan yang amat tinggi

Apa yang sebenarnya yang berlaku di negeri Perak dan apa yang berlaku sebenarnya pada rakyat di negeri Perak tiada siapa yang tahu, yang kebanyakan orang di Malaysia tahu ialah rakyat dan kerajaan negeri Perak sudah lumpuh oleh satu kuasa yang suka melihat rakyat menjadi bodoh dan bangang dan di permainkan dengan politik yang sangat kotor

DAP KEDAH KELUAR PAKATAN RAKYAT

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Jika DAP Kedah keluar PR maka biarlah dia keluar, tak ada masalah, kalau DAP lainpun nak keluar silakan, letih melayan mereka ini, adakah masalah babi boleh di jadikan masalah besar di dalam pakatan ? Kalau hanya tempat sembelihan babi boleh jadi pecah belah rasanya DAP ini sangat manja, lainlah kalau kerajaan Kedah tak benarkan makan daging selsema babi tu, lagipun pasal babi ni ramai yang mati di sebabkan selsema babi tau tak, dan negeri Kedah ni bukan ramai sangat penduduk cina, ayya ! patut-patut la

Tuesday, June 30, 2009

KEMANA HILANGNYA DUA ORANG ADUN ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

KEMANA HILANGNYA DUA ORANG ADUN YANG MENYOKONG UBN ? SEHINGGA PERAK GEMPAR DENGAN BUBAR DUN PERAK DAN SEHINGGA UBN CEMAS ?

PR PERAK BERSIAP SEDIA .....

Posted by singamaraja

Salam,

PR Perak di minta bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya di Perak, semua jentera parti hendaklah di gerakkan kerana DUN Perak akan di bubarkan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyden Yasen di beritakan akan berjumpa Sultan esok setelah UMNO semalam mengadakan mesyuarat tergemparnya

KEMPEN MANIK URAI MODAL LAMA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO berkempen di Manik Urai menggunakan modal tahun 80 an, kempen ini di kenali sebagai perang urat saraf (UMNO pukul UMNO secara saikologi) Caranya orang UMNO kena pakai baju cara musuh politik mereka pakai, seolah-olahnya orang UMNO itu adalah orang PAS, kemudian mereka masuk kampung berkempen dengan mengeluarkan kata-kata kesat supaya orang kampung marah dengan PAS yang kelihatan tidak berakhlak dan hilang pertimbangan

Mereka betul-betul memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kotor seolah-olah PAS melakukan akhlak kotor lagi biadap, kempen ini bertujuan untuk memperlihatkan akhlak orang PAS memang tidak berakhlak dan beradab sehingga ada yang sanggup membuat kecemaran terhadap rumah-rumah ibadat sekalipun mereka lakukan, tidak habis sekadar itu kadangkala mereka sanggup melakukan sumbang di antara mereka sehingga orang ramai memandang jijik kepada PAS

Monday, June 29, 2009

EZAM MULA BERSUARA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Ezam Muhd Nor tetiba mula bersuara, dia kata "Jika PAS istiharkan yang parti itu mengungguli PR maka dia akan masuk PAS, kesian dia, rupanya dia selama ni bergayut di dahan yang rapuh ! sangat kesian ! dia juga minta pucuk pimpinan PAS istihar bahawa PAS adalah menjadi parti yang top dalam PR kemudian dia akan masuk PAS

Kenyataan Ezam ini seolah-olahnya dia hanya nak bergayut pada dahan yang kokoh, sungguh meterialis budak ini, orang jenis Ezam ini mahukah PAS menerima dia ? Atau PAS kebulur sangatkah dengan budak hingusan ini ? Ezam ni nak jajakan diri yang sudah tak laku kepada PAS ?

Sungguh kesian dia mempormosikan diri dia kepada PAS, Apakah dia sudah tak laku lagi di dalam UMNO ? Rasanya jika orang yang sudah menjadi katak ni payahlah PAS nak terima dia, sebab dia tidak ada pendirian dalam perjuangan, cakap boleh la