Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, July 31, 2009

UMNO SAHKAN BERTANDING

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO telah sahkan mereka akan turut bertanding di pilihanraya kecil di Permatang Pasir P.Pinang, di Penanti dia tak bertanding sebab dia takut dengan PKR tapi dia berani dengan PAS

Thursday, July 30, 2009

BELANGSUNGKAWA, AL FATIHAH .....AMIIN 1

Posted by singamaraja

AHLAN WA SAHLAN,

AWAL PAGI INI ADUN PAS PERMATANG PASIR TELAH MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR DI IJN KL INI BERMAKNA SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL AKAN DI ADAKAN

Wednesday, July 29, 2009

ISA UNTUK HAPUSKAN DEMOKRASI

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

ISA akan di teruskan untuk memelihara demokrasi, penganjur sudah minta pasukkan keselamatan memberikan kerjasama supaya tidak berlaku kekecohan, walaupun pasukan keselamatan menegah supaya tunjuk perasaan itu tidak di adakan maka penganjur melihat ia sebagai menggalakkan demokrasi itu di hitamkan dengan menindas perasaan orang yang menjunjung demokrasi maka ia tidaklah di pandang sebagai releven

ISA tidak patut berada di sebuah negara demokrasi kerana ia akan merosakan demokrasi itu sendiri, jika ISA tidak di bantah maka seolah-olah rakyat sukakan kezaliman dan sukakan demokrasi yang di amalkan oleh kerajaan itu di cemari dengan kebodohan yang melampau, sepatutnya rakyat kena faham apabila di dalam negara ini ada sisten yang baik dan yang jahat itu di campur adukkan maka tunggulah kemusnahannya

TEMBAK RUSA PELANDUK YANG KENA !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Operasi untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor dengan kesah kononnya salahguna kuasa dan penggelapan wang rakyat berkesudahan dengan kantoi kerana wakil rakyat BN pula yang terdedah apalah nak jadi, nampaknya tak jadilah kerajaan Selangor tumbang, nampaknya lain yang di tembak maka lain pula yang kena, daulat kot

Tuesday, July 28, 2009

POLIS TAK BENARKAN ANTI ISA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Polis Di Raja Malaysia tidak benarkan tunjuk perasaan anti ISA pada 1 Ogos 09 mungkin Polis takut jadi huruhara kerana di laporkan tunjuk perasaan tersebut akan juga di hadhiri oleh kumpulan yang pro ISA

Orang tunjuk perasaan pula di khabarkan akan mengadakan kawalan sendiri seramai 1,000 orang tanpa bawa cotar,perisai dan water canon sebagaimana yang ada pada pada pehak polis, kalau mereka ada alat mengawal mungkin boleh kot

Monday, July 27, 2009

APA ITU KONGSI GELAP ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Apa itu kongsi gelap ? mana lebih bahaya kongsi gelap dan kongsi terang ? Kongsi gelap duduk mana ? kongsi terang duduk mana ? Mengapa ada kongsi gelap dan mengapa ada kongsi terang ? Siapa bela kongsi gelap sehingga mereka tidak dapat di hapuskan ?

Apabila kongsi gelap tidak dapat di hapuskan maka ini bererti kelemaham perlaksanaan undang-undang kerana mereka tak takut dengan undang-undang yang ada, siapakah yang cipta undang-undang ? Bukankah Allah sudah terangkan bahawa undang-undang yang mencegah itu lebih berkesan dari undang-undang ciptaan manusia !


DU PERAK NAK BUBAR, BUBARLAH

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam

Masalah Perak ni dah muak dengan cerita bubar DUN, apa yang pasti ialah DUN Perak seolah-olah tidak langsung ujud kerana tidak pernah bersidang dan rakyat tidak pernah tahu apa yang wakil rakyat buat, rasanya jika ADUN-ADUN tidak pernah bersidang maka bolehlah sesebuah negeri itu di anggap ADUNNYA dah mati

Thursday, July 23, 2009

ETIKA EMAS DI AIBKAN ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sebuah syarikat menjual beli emas teah di aibkan dengan berita yang telah di siarkan oleh TV 3 dan akhbar tempatan dengan kenyataan bahawa syarikat ini telah membuat perniagaan secara haram ? hari ini syarikat tersebut telah membuat penafiannya dengan alasan mereka tidak berniaga dengan wang yang haram, walau apapun di katan bahawa pehak Bank Negara sedang membuat siasatan

Siasatan sedang di lakukan dan apa yang nyata ialah syarikat ini di katakan telah mengalami kerugian yang besar kesan kenyataan TV 3 dan akhbar tempatan, jurucakap ETIKA dalam sidang akhbarnya semalam telah membuat penafian dan telah menerangkan juga bahawa mereka telah berniaga secara yang sah dan telah di ketahui oleh pehak Bank Negara Malaysia dan telah mendapat pandangan positive dari Bank tersebut


Tuesday, July 21, 2009

GALAS MUNGKIN PILIHANRAYA ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO sudah masuk Galas Kelantan dan membuat operasi besar-besaran bagi mungkin menghadapi pilihanraya kecil, ini berikutan wakil ADUN di sana Che Hashim Bin Sulaiman 45 tahun dari Parti PAS yang sedang sakit barah di bawah perut, apa yang kita harapkan ADUN tersebut segera sembuh, membuat operasi awal oleh UMNO di sana seolah-olah mendo'akan ADUN tersebut lekas mati adalah isyarat yang tersirat

Walau apapun jika takdir Tuhan menentukan sesuatu yang akan berlaku terhadap takdirNya maka kita juga perlu bersiap sedia dengan kadar priority sebab urusan khalifah wajib di dahulukan dari urusan pribadi sebagaimana yang berlaku terhadap Baginda Rasullullah saw ketika wafatnya yang mana para sahabat mendahului urusan mentadbir negara dari menguruskan jenazah Baginda

Friday, July 17, 2009

S/USHA EXCO MATI DENGAN TERTIB

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Kematian Setia Usha politik Exco kerajaan nengeri selangor mati dengan keadaan tertib di katakan tak ada langsung darak apabila terjatuh dari tingkat yang tinggin agak nya dia tu mati syahid kot, rasanya peristiwa ini adalah tersilap lakon ataupun tergesa-gesa, peristiwa ini kurang real lah, lakonan ini tak patut dapat award

Tuesday, July 14, 2009

MASYARAKAT MULA TOLAK PR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Keputusan pilihanraya Manik Urai adalah satu petunjuk amaran daripada rakyat kepada Pakatan Rakyat, Jika kita tinjau kepada parti-parti di dalam pakatan rakyat yang sentiasa di landa masalah maka itu satu daripada sebab undi PAS di dalam Pakatan Rakyat mula tertolak

PAS yang kurang mengambil tahu resiko perbalahan sesama sendiri menyebabkan rakyat melihat parti itu semakin rapuh di sebabkan tiada pendirian tegas, demikian juga PKR dan DAP yang sentiasa mencipta masalah yang remeh temeh

PAS yang merasakan mereka sudah begitu kuat pada pandangan individu ahlinya menyebabkan perhubungannya dengan orang ramai terabai dan mungkin juga merasakan bahawa rakyat tetap tiada pilihan melainkan menyebelahi mereka

Sikap angkuh kebanyakan ahli PAS kerana di katakan PAS sebagai suara penentu kepada tertegaknya sesuatu pemerintah itu adalah pandangan yang di anggap jahil dan merugikan mereka sendiri dalam perhubungannya dengan masyarakat

Perselisihan di antara pucuk pimpinan di nilai oleh masyarakat sebagai kelemahan berfikir di kalangan mereka sementara ahli yang di bawah menjadi keliru dan bosan, tetapi apa yang nyata akhlah ahli PAS yang kurang mendapat tarbiyah menyebabkan PAS akan menjadi layu

PAS dan perhubungannya dengan Pakatan Rakyat juga di lihat sebagai satu sebab rakyat memandang mereka sebagai longgar dan lemah ini terbukti apabila ada di kalangan ahli parti atau pucuk pimpinan suka menyentuh dasar parti di antara mereka

Cepat melatah dengan berbagai isu yang di usik oleh Barisan Nasional menyebabkan PR cepat memberikan reaksi dan kenyataan terbuka menyebabkan PR kelihatan terperangkap dengan kelemahan diri mereka sendiri dan di waktu yang sama UBN mengambil kesempatan

Pakatan belum lagi menunjukkan yang mereka adalah satu suara dan tenaga untuk menangkis sebarang isu yang di timbulkan, mereka sebenarnya gagal bermaufakat supaya bangun dan baring bersama-sama sebab itu PR di lihat semakin lesu dan lemah

KERAJAAN PR SELANGOR DI LANDA KEMELUT POLITIK ?

Posted by singamaraja

Monday, July 13, 2009

UMNO BELASAH KEPALA PENYOKONG PAS

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Pada pukul 12.30 hari tadi penyokong UMNO telah melempar objek keras kearah penyokong PAS dan 5 orang telah cedera di kepala, setakat ini calon PAS telah mendahului calon UMNO 6,500 dan UMNO 5000 undi ini keputusan awal yang belum rasmi

KEJUTAN MANIK URAI DAN PERAK

Posted by singamaraja

Ahlam Wa Sahlam,

Negeri Perak di minta bersiap sedia, Manik Urai tunggu penjelasan !

UMNO BLEH MENANG JIKA .....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

UMNO boleh menang di Manik Urai dan keputusan yang mengejut akan di perolehinya jika UMNO berjanji akan memulangkan Royalty Petroleum yang bernilai RM 1 Billion kepada rakyat Kelantan dan janji ini UMNO jangan sandarkan kepada kemenangan dan kekalahannya di Manik Urai kerana janji tersebut akan menikannya lebih teruk lagi

Apa yang di harapkan ialah keikhlasan dan demi untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan politik, UMNO kena tuntukkan keikhlasan dan bukan menagih balasan untuk mendapatkan kemenangan atau ada aginda dengan ada udang di sebalik batu, jika ini di lakukan maka rakyat akan melihat UMNO sudah boleh di percayai dan sudah mula berubah