Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, August 24, 2009

Hari Penentu di Permatang Pasir...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Mundar mandir di Permatang Pasir, di jangka PAS menang lebih besar kali ni, yang takutnya para pengundi sentiasa di pantau oleh UBN sebab depa dah bagi duit untuk pangkah B End

YUSRI YANG TIDAK AMAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Yusri yang telah mendedahkan rahsia rakannya yang juga calon UMNO di Permatang Pasir sekarang hidup terpaksa bersifat munafik kerana terpaksa membuat kenyataan kedua sidang akhbarnya yang membela pula rakannya Rohaizat kerana di katakan pembangkang menyerang prihal pribadi kawannya Rohaizat, walhal yang mendedahkan penyelewengan Rohaizat adalah Yusri sendiri, apakah yang telah terjadi padanya ?

Yusri mungkin di paksa ataupun di ugut supaya membuat kenyataan seolah-olah membela Rohaizat selepas dia menelanjangkan temannya itu atau dia menyesal membuat pendedahan keburukan kawannya sendiri sedangkan Rohaizat sangat perlu di lambung akhlaknya supaya pengundi menyukainya, namun nasi sudah menjadi bubur kerana ternyata Yusri sudah menambah musuhnya atas sikap tidak kosistennya

Inilah dunia politik, tersilap langkah maka kamu akan di peralatkan atau di lakukan apa saja asalkan hajat orang tertentu tercapai dan yang menjadi mangsa ialah saudara Yusri sendiri, inilah nasib seseorang yang tiada kuat semangat dan tiada pendirian

SELANGOR DAN KEDAH AKAN BUBAR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SELANGOR DAN KEDAH AKAN BUBAR DUN UNTUK MENGAJAR UMNO DAN BN

Haaaaaaa ! Apa khabaq UMNO ?

Selangor dan Kedah akan bubarkan DUN tak lama lagi, AM cam .... menyamun la lagi ! kali ni hangpa tinggal batu nisan hangpa tau takkkkkk !

Sunday, August 23, 2009

UMNO KELAMKABUT,PAS NGELABAH .....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PANAS TERKINI

UMNO KELAMKABUT, PAS NGELABAH DI PERMATANG PASIR

Besok mengundi di Permatang Pasir, UMNO yakin menang sebab dia dah bagi banyak habuan kat penduduk Permatang Pasir kemudian nak jadikan penduduk di sanan duduk dalam lubuk Emas jika penduduk di sana bagi undi pada UMNO

PAS juga yakin mereka akan menang, sebab tidak ada sebab penduduk di Permatang Pasir yang begitu ramai umat islam akan undi UMNO yang bersemangat Kebangsaan yang nabi tak akui umatnya, tambahan lagi pada bulan ibadat ini takkanlah mereka tempah diri untuk masuk neraka, di samping itu status calon yang UMNO kemukakan itu di katakan banyak menipu dan berbohong

PAS ada mengelabah sikit sebab UMNO banyak gunakan kebendaan seperti Firaun zaman purba, biasanya penduduk permatang Pasir mereka tak kira sangat masuk neraka jika undi UMNO janji mereka dapat benda sudahlah

Friday, August 21, 2009

RAHSIA ROHAIZAT TERBONGKAR LAGI

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Islam melarang membuat fitnah, namun islam juga melarang membuat bohong ! demikian bala yang menimpa calon UMNO di Permatang Pasir, tidaklah salah jika seorang lelaki bernikah sampai empat sekiranya dia layak berbuat demikian, apa yang menjadi masalahnya ialah apabila seseorang itu tidak mengakuinya secara tipu muslihat tang mungkin bersebab

Rohaizat mungkin akan menjadi seorang pemimpin kepada rakyat, kesalahannya bukan kerana dia kahwin dua akan tetapi kerana dia menafikan bahawa dia pernah berkahwin dua dengan Rafizah bt Ali bt Embun, di sinilah kesalahan Rohaizat kepada kaum wanita seolah-olah dia meremuk redamkan hati dua orang wanita sekali gus tidak melayakkan dirinya sebagai wakil rakyat kerana seorang wakil rakyat perlu jujur

Thursday, August 20, 2009

JERLUN PILIHANRAYA KECIL ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

GEMPAR PILIHANRAYA LAGI ?

ADUN Kota Seputih di Bahagian Jerlun telah hilang kerusi ADUN nya dua hari lalu, demikian kenyataan speaker DUN Kedah, berita akan menyusul kemudian kesahihannya

Wednesday, August 19, 2009

TENTERA DI PERALAT ....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

TERKINI DI PERMATANG PASIR

TENTERA DI PERALAT DI PERMATANG PASIR ?

TENTERA MALAYASIA TELAH DI PERALAT DI PERMATANG PASIR BAGI MEMENANGKAN CALON UMNO DI SANA, NAMPAKNYA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TELAH MEMBENARKAN DIRI MEREKA MENJADI HAMBA KEPADA MENTERI PERTAHANAN, SEDANGKAN TENTERA BUKAN LAYAK BAGI MEREKA BERBUAT DEMIKIAN

NAMPAKNYA MENTANG-MENTANG ZAHID HAMIDI MENJADI MENTERI KEPADA ANGKATAN TENTERA MAKA DIA DENGAN RAKUS MENGHAMBAKAN MEREKA KE JALAN YANG TERSANGAT SALAH DAN PEHAK PAS JANGAN MERASA TAKUT DENGAN PENYELEWENGAN YANG SEDEMIKIAN, KALAU PERLU LAPORKAN KEPADA POLIS ATAU SPR

UMNO SEBENARNYA CUKUP TERDESAK DAN CEMAS DI PERMATANG PASIR KERANA ITU MEREKA TERPAKSA MENGHAMBAKAN TENTERA MELAKUKAN KERJA POLITIK HARAM UBN

Tuesday, August 18, 2009

MENGAPA ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

MENGAPA ANDA PERLU KELUAR UMNO ?

1. Mengapa anda wajib sokong calon PAS di Permatang Pasir ?

Jawab: Sebab anda wajib sokong PAS di Permatang Pasir kerana PAS sebuah parti islam

2. Apakah salahnya jika saya menyokong parti UMNO di Permatang Pasir ?

Jawab: Anda tidak boleh menyokong UMNO di Permatang Pasir kerana calonnya di katakan ada masalah moral dan tidak bersemangat rakyat di samping itu dasarnya yang tidak islamik

3. Apakah maksud tidak islamik ?

Jawab: Maksudnya dasar UMNO bercanggah dengan kehendak islam yang berasaskan Al Quran, Sunah Rsul,Ijmak Ulama dan Qias

4. Apakah salah jika UMNO memperjuangkan bangsanya ?

Jawab: Tidak salah jika memperjuangkan bangsa akan tetapi dasar memperjuangkan bangsa itu wajiblah dengan dasar islam

5. Jika memperjuangkan bangsa tidak islamik, Adakah hukumnya berdosa ?

Jawab: Ya hukumnya tetap berdosa kerana membelakangkan perintah dan ketentuan Allah

6. Akan tetapi orang UMNO juga adalah orang islam dan melakukan ibadat ?

Jawab: Demikianlah yang kita dengar, akan tetapi islam ada kategorinya salah satu darinya ialah islam minannas kufur minallah (islam pada pandangan manusia akan tetapi kufur pada pandangan Allah)

7. Apakah ini juga di maksudkan sebagai asobiyah ?

Jawab: Ya ! memperjuangkan bangsa dan suku kaum dengan meninggalkan islam sebagai dasar maka terhukum berdosa dan nabi tak akui sebagai umatnya

8. Jika nabi tak akui sebagai umatnya adakah anutan islam itu di kira berdosa sedangkan mereka juga bersembahyang,puasa, membayar zakat dan mengerjakan haji di Makkah ?

Jawab: Jika nabi tak akui umatnya maka mereka ini jadi umat siapa ? Tentang mengerjakan berbagai ibadat itu maka Abdullah Bin Ubaipun di katakan islam juga tapi dia munafik !

9. Apakah UMNO ini akan terus rosak sebagai umat nabi ?

Jawab: Ya ! UMNO akan terus rosak sebagai umat Nabi sehingga mati melainkan mereka menukar dasar perjuangannya kepada dasar islam

10. Apakah nasib mereka di akhirat nanti ?

Jawab: Mereka sama dengan senasib bapa saudara Nabi Abu Thalib yang kekal di dalam neraka

Sunday, August 16, 2009

CALON UMNO ADA MASALAH ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Ada beria menyatakan bahawa calon UMNO di Pemaang Pasir mempunyai masalah senarai HITAM, kia tunggu apa yang dia telah lakukan dan dia akan jelaskan kemudian terutama kepada pengundi di Pemaang Pasir nanti, tapi jangan bohong tau, sebab kita akan berpuasa dan tak boleh dusta, kalau dusta ertinya KHIANAT dan kalau benar ertinya AMANAH

KALAU BOLEH RUJUK LA KAT MAJLIS PEGUAM dan selesaikanlah dengan cara berhemah, takut nanti kalau lambat terangkan apa yang sebenarnya berlaku maka majlis peguam nanti yang jadi tukang kempen untuk menolak anda atau sebelum penamaan calon carilah orang lain yang jadi pengganti anda, nampaknya calon UMNO ni banyak dan ada saja masalahnya

Beria dar Tukar tiub

Wednesday, August 12, 2009

HINA ISLAM SEBAB TAK TAHU

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Kerana perpaduan itu lebih mendatangkan kebaikan kepada menuju kemenangan maka ma'afkanlah mereka yang menghina islam kerana menghancurkan musuh yang lebih besar itu adalah lebih afdal dari musuh yang bersifat biadab kerana ilmu yang tidak mendalam

Dalam negara seperti Malaysia ini kegagalan jihad dakwah terhadap umat yang bukan islam ini menyebabkan orang bukan islam tak faham tentang pantang larang islam kerana itu yang salah bukan orang bukan islam akan tetapi orang islam itu sendiri sebab itu ma'afkanlah mereka

Di dalam al quranpun Allah mengingatkan umat islam yang bersifat dakwah supaya mema'afkan sesiapa juga sekiranya mereka tidak tahu dan al quran juga ada menyatakan "engkau ikutlah jalan engkau dan aku ikut jalam aku" maksud ayat ini membolehkan kita memberikan kema'afan terhadap mereka yang tidak faham dan waktu yang sama dakwah hendaklah di sampaikan

Di negara Malaysia jama'ah PAS masih peringkat dakwah walaupun PAS telah lama bertapak di negara ini dan dalam waktu yang sengkat ini PAS telah berada di dalam satu pakatan yang DAP berada di dalamnya kemudian mereka telah melakukan suatu yang menjadi kemarahan umat islam oleh itu kita perlu mema'afkan mereka kerana mereka tidak tahu

UMNO yang memerintah negara ini tidak melakukan dakwah kepada orang bukan islam menyebabkan orang kafir tak faham islam dan peraturannya lalu mereka telah menghina islam dengan tidak menyedarinya, inilah akibat jika kita berjuang atas dasar kebangsaan dan syi'ar islam sahaja, kerana itu jika DAP menghina islam maka UMNO mesti di persalahkan kerana pemerintah wajib bertanggungjawab sepenuhnya di sinilah pegangan Tuan guru Nik Aziz agaknya

Posted by singamaraja

TERKINI, DUN PERAK AKAN BUBAR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Al Hamdulillah akhirnya DUN Perak akan bubar juga sudahnya, di jangka akan bubar selewatnya 7 Nov 09

Tuesday, August 11, 2009

UMNO PUASA TAKDA RASUAH

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Bulan puasa UMNO tak dapat nak bagi rasuah pada pengundi di Permatang Pasir, kalau dia bagi juga ini bererti UMNO atau sekutunya akan menjadi SYAYATINUL INS DAN INNAS SHARODDAWABI (Syaitan jenis manusia dah sejahat binatang yang melata di bumi)

Merekalah yang akan menjadi punca penyakit yang lebih bahaya kepada penduduk bumi dan akan menular terlebih dhulu kepada keturunan mereka sebelum menular kepada manusia yang lain

PERMATANG PASIR BN ....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO telah bertungkus lumus mencari kaedah bagaimana hendak mengembalikan kepercayaan orang cina dan india kepada UBN, kerana ramalan mereka UMNO akan dapat mengatasi pengundi orang melayu di Permatang Pasir dengan mudah dengan menjanjikan jambatan kedua yang berhampiran di sana seperti juga di Kelantan di samping angpau yang mungkin besar di sebabkan perbelanjaan untuk persediaan menyambut hari raya

UMNO percaya yang mereka akan menang di sana dan mengharapkan hanya 50 % pengundi daripada orang Cina dan India, sementara pengundi melayu mereka yakin akan dapat dalam lingkungan 60 % Pilihanraya di permatang Pasir kali ini UMNO terpaksa berhabis-habisan kerana untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya dan mereka terpaksa buktikan kerana iPermatang Pasir tu kubu kuat PAS

Monday, August 10, 2009

SELANGOR JATUH ....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Negeri Selangor akan jatuh pada bulan depan gara-gara DAP cuba menyentuh soal hukum agama islam di negeri itu, DAP yang sepatutnya tidak menyentuh pantang larang umat islam di negara ini perlu menutup mulut mereka dan menjadikannya suatu yang tidak patut di sentuh

Apabila orang bukan islam menyentuh soal pantang larang umat islam maka mereka akan bertanggungjawab akan akibatnya dan jangan menyalahkan apabila ada perkara yang buruk bakal akan berlaku terhadap negara ini

Kamu di ingatkan sekiranya kamu mahu merasakan akibat yang kamu mahu rasakan maka teruskanlah cita-cita kamu itu, sepatutnya kamu perlu berfikiran waras sebelum menyentuh sesuatu isu yang tersangat sensitif terhadap umat islam di negara ini