Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, January 19, 2010

Amerika Mahu Sekat Ekonomi Malaysia

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

JUAL INJIN F5E DAN BAKAR GEREJA MENYEBABKAN AMERIKA MARAH DAN MUNGKIN EKONOMI MALAYSIA AKAN DI KENAKAN SEKATAN ?

Adakah berita di atas serius ? Atau mainan politik ? Jika berita tersebut benar maka ia adalah suatu yang sangat malang bagi negara ini kerana dalam masa negara menghadapi masalah ekonomi yang merudum terdengar pula berita yang sangat menakutkan setiap rakyat di negara ini kerana semua rakyat tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung dengan kuasa besar itu

Negara boleh muflis, boleh menjadi papa kedana jika pada masa terdekat ini Amerika melakukan sekatan ekonominya terhadap negara ini, persoalannya apakah puncanya Amerika terlalu marah dengan Malaysia sehinggakan kemungkinan mereka akan melakukan sekatan ekonomi ? Gara-gara apa ? Oleh siapa ? Salah siapa ?

Masalah bom gereja kita tak tahu siapa yang melakukannya, masalah punca berlaku adalah kerana tunjuk perasaan yang di lakukan kerana penggunaan perkataan Allah yang tidak dapat di tangani dengan baik dan bijak, nah sekarang mengapa kita tidak segarang dulu apabila Amerika cuba nak menggertak kita, mana wira tunjuk perasaan ? Mana dan siapa yang mula-mula membuka rahsia penjualan injin F 5E yang mahu namanya di sanjung dengan tidak menyedari perbuatannya itu menikam Perdana Menteri

Apakah Ianya Benar ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

JANGAN UNDANG MALA PETAKA !

Jika benar pasukkan polis di arahkan membuat kad pengenalan baru bagi membolehkan mereka dua kali mengundi maka ini satu mala petaka yang tidak dapat di elakkan lagi, walau apapun kita tunggu pengesahannya nanti dan setiap anggota PR perlu meninjau berita ini dengan menyungkil dari sumber apa sekalipun, kita tahu bahawa pasokan polis khasnya di Perak khabarnya telah di arahkan berbuat demikian

Memang kita telah banyak pengalaman tentang undi hantu atau hantu mengundi dua kali di negara ini namun PR tidak begitu berani untuk menyelidikinya kerana tiada kerjasama dengan pehak yang tertentu. walau apapun rasanya bukan terlalu sukar untuk mendedahkannya jika terdapat bukti-bukti yang jelas dan nyata dan membawanya ke muka pengadilan sekalipun pengadilan tersebut sukar di perolehi, apa yang kita harapkan sangat JANGAN MENCARI PASAL DAN MENGUNDANG KECELAKAAN

Saturday, January 16, 2010

MENTERI KOPERASI KALAU NAK CAKAP TENTANG GULA DAN EKONOMI, SEKOLAHLAH DULU

Posted by singamaraja

Thursday, January 14, 2010

Tetiba Khir Toyo Muncul

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

DENGAN SECARA TETIBA SAJA KHIR TOYO MUNCUL DENGAN KENYATAAN YANG MENAKUTKAN BN/UMNO

Segala yang menakutkan BN/UMNO adalah datangnya daripada perbuatan BN/UMNO sendiri yang bergitu sensitif dengan perkataan ALLAH yang menyebabkan BN/UMNO menjadi menderita sekarang, kenyataan Khir Toyo terkini menyatakan bahawa pehak gereja katolik akan membantu PR memenangi pilihanraya PRU yang ke 13 rasanya tidak berasas kerana yang memulakan insiden keputusan Mahkamah berhubung dengan kalimah ALLAH adalah datang daripada BN/UMNO sendiri sebab itu yang harus di persalahkan adalah BN/UMNO yang begitu rakus membantah

UMNO semenanjung mungkin tidak sedar bahawa Sabah dan Sarawak yang menyebabkan mereka masih kekal memerintah sekarang tanpa dua negeri ini BN/UMNO sudah lama bungkus, UMNO Sabah nampaknya cukup berhati-hati tentang isu kalimah Allah ini menyebabkan mereka tidak begitu rakus seperti UMNO semenanjung kerana mereka memahami akibat dari isu ini, nah sekarang nasi sudah menjadi bubur kata Khir Toyo, persoalannya mengapa baru sekarang Khir Toyo bimbangkan hal ini sepatutnya sebelum UMNO nak menunjukkan perasaan mereka yang terbaiknya rujuklah dulu kepada ulama mereka supaya nasi tidak menjadi bubur

Rentetan dari peristiwa ini maka dengan jelas BN/UMNO lah yang harus di persalahkan, UMNO di katakan sebuah parti yang cukup kebal kerana mereka banyak wang untuk memancing undi, kerana itu parti-parti yang lain nampaknya terlalu sukar untuk menumbangkan mereka akan tetapi dengan adanya isu ini maka wang nampaknya sudah tidak menjadi alat untuk mereka mempertahankan pemerintahannya, namun mengikut pandangan saya insiden kalimah Allah ini akan menyedarkan mereka bahawa wang bukanlah segala-galanya bagi menentukan kemenangan dan kekuasaan

Sakitnya BN/UMNO sekarang bukan sebarang tanggung kerana BN/UMNO akan kehilangan penyokong hampir 25% di seluruh negara menyebabkan mereka tidak boleh tidur lena sekarang, bagi pehak gereja pula hati mereka telah hancur dengan gelagat yang telah di tunjukkan oleh penunjuk perasaan dari kalangan BN/UMNO di samping peristiwa kebakaran gereja mereka oleh orang yang tidak bertanggunjawab malah bukannya senang nak tangkap orang yang membakar gereja serta menghukum mereka sebagai mengurangkan sedikit tekanan dan perasaan pehak gereja dan penganutnya, lagi sekali nasi sudah menjadi bubur




Wednesday, January 13, 2010

Politik Suku,Agama Suku

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

AKIBAT BERFAHAMAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU, UMNO SEKARANG DI LANDA KELAMKABUT !

Apabila manusia membezakan di antara agama dan politik maka kesannya mula di rasakan sekarang, baru sekarang Allah s.w.t mengajar mereka supaya berfikir tentang dosa mereka yang mengasingkan di antara agama dan politik, sekarang mereka perlu berfikir panjang-panjang sekiranya mereka mahu bersatu dalam jama'ah islam

Islam dan kumpulan melayu tidak mungkin akan bersatu sehingga mereka kembali kepada islam dan dasarnya, kita dah bagitahu lama dulu bahawa yang mengasingkan agama dan politik adalah fahaman sekular yang di pelopori oleh barat, di sebabkan mereka sedang berada di bawah ketiak fahaman barat maka sekaranglah mereka perlu berfikir panjang-panjang

Dalam agama islam yang di perkenalkan oleh Allah tiada pengasingan di antara politik dan agama, dalam agama ada politik, ada budaya dan adat resam, ada berbagai-bagai urusan untuk hidup dan tamadunnya, ada urusan perhubungan luar dan dalam yang semuanya di kenali sebagai way of life atau jalan hidup, akan tetapi dalam politik yang di fahami oleh UMNO politik adalah politik dan agama adalah agama yang semuanya ini tidak boleh di campur adukkan

UMNO berfahaman agama itu adalah fahaman perhubungan di antara hamba dengan Tuhannya sahaja sementara politik adalah yang mentadbir negara dan perhubungan di antara manusia dan manusia semata-mata, barat mengajar mereka menghadkan aktiviti agama dan politik maka baratlah yang menghancurkan dan menyesatkan fahaman mereka, dan barat jugalah yang memecah belahkan di antara suku kaum di negara ini

Orang yang bersuku kaumkan melayu di negara ini di anggap sesat apabila mereka memperjuangkan bangsa tanpa asas fahaman agama sekalipun mereka mengakui sebagai orang islam, Pak Hamka dalam quran tafsiran Al Azhar menyatakan bahawa selain dari islam adalah berfahaman yang bukan islam sekalipun fahaman kebangsaan itu di perjuangkan oleh orang yang mengakui dirinya sebagai orang islam

Nah ! sekarang UMNO minta PAS bersatu atas dasar melayu kekadang dia sebut islam mesti bersatu, tetapi sedarkah mereka apakah dasar bersatu itu ? Adakah mereka terlupa atau sedang mengigau bahawa seruan mereka itu tidak akan sampai kemana kerana mereka berfahaman politik suku dan agama suku ! Mereka tak perlu salahkan PAS, yang mereka perlu pereksa sekarang ialah dasar anutan mereka yang salah dan sudah tidak lagi relavan

Monday, January 11, 2010

Kenapak Menterik Sabah Nik ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sabah Daily bilang ada menterik Sabah yang bikin skandal samak budak perempuan bawah umur (16 tahun) wow ! jika banar cilakak banar mantarik inik dan apabilak kita sebut mantarik makak tidak lain mereka dari UMNO/BN, duluk di Semenanjung ada juga berlaku di Melaka, jadi bila tiada tindakan di ambil maka Sabah juga mungkin demikian sebab ituk tiada sabab mentarik ini di kenakkan tindakan, hmmmm ! pimpinan melalui tauladan !

Rakyat Sabah yang bikin salah semuak inik, kernak mereka lah yang kasi undik pada mantarik inik, bilak diak jadi mantarik maka dia beranik buat kerja terkutuk itu, apa yang saya nampak BN/UMNO akan di pilih lagik karna BN/UMNO banyak wang ! nantik bila sampai pilihanrayak maka BN/UMNO akan bagi rakyat Sabah wang, maka tuk rakyat Sabah undi lagik BN/UMNO hu hu hu, PANDAI RAKYAT SABAH !

Saturday, January 9, 2010

Juara Rakyat Oleh UMNO

Posted by singamaraja

Ahlan WaSahlan

Apabila PM Najib sebut Juara Rakyat dan merasmikannya maka semua rakyat suka hati dan menanti apakah yang hndak di kurniakannya kepada rakyat, yang jelas buat mukaddimahnya ialah RM 1/2 juta untuk menggantikan gereja yang telah hangus RM 15.6 juta untuk Bukit Beruntung, maka beruntung sungguhlah tempat tersebut, namun tempat tersebut jauh ke dalam asalnya projek anjrang Muhd Taib tapi gagal dan anyak rumah dah siap tak ada peghuni dan terbiar sebab tidak banyak kemudahan asas

UMNO yang memperkenalkan juara rakyat ini akan tamat tempohnya apabila PRU 13 nanti, ertinya juara rakyat ini hanya untuk memikat rakyat bagi menghadapi pilihanaya yang mungkin tak berapa lama lagi dan ada kemungkinan pilihanraya kali ini akan di jalan serentak dengan Malaysia timur

MULA-MULA BAKAR SEMANGAT, KEMUDIAN BAKAR GEREJA !

Posted by singamaraja

Wednesday, January 6, 2010

UMNO Marah Cara Sembrono

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

ISU ALLAH UMNO MARAH CARA SEMBRONO, MENYINGKAP KELEMAHAN MEREKA DALAM SOAL AKIDAH

Perasaan marah ahli UMNO dalam perkara penggunaan kalimah ALLAH di anggap menyingkap kelemahan mereka dalam bidang akidah, kemarahan tersebut tak kena tempat, tak kena cara dan langsung tidak menepati hukum dalam islam, ia semata-mata nak menunjukkan bahawa mereka itu terlalu lemah untuk di tunjukkan kepada orang lain terutama kepada bukan islam

Nah ! sekarang orang ramai sudah tahu bahawa orang UMNO tak faham akidah dan ia menunjukkan bahawa ada tuhan lain yang mesti di sembah oleh orang lain selain dari Tuhan orang islam, ini menunjukkan UMNO percaya selain ALLAH ada ALLAH yang lain selain dari ALLAH yang amat berkuasa serta ESA sekali gus mereka menambah dosa yang ada kerana menafikan keagungan Tuhan bagi seluruh alam

Di sini saya menyeru kepada yang mempunyai kuasa serta alim ulama supaya kembali mengasuh anak bangsa tentang hendak mengenal ALLAH dan mengenal DIRI sendiri, jelasnya nak kenal manusia yang ALLAH jadikan dan juga nak mengenal ALLAH yang memerintahkan sekalian manusia supaya berTuhankan kepadaNya

Kita fahan apa yang orang UMNO marah ialah sekiranya nanti ada sesiapa yang mengatakan ALLAH yang laisa kamislihi syai un itu memiliki anak,bapa dan ibu maka ketika itu kita akan bangkit dengan cara yang bener

Sunday, January 3, 2010

KALIMAH ALLAH ADALAH ISU POLITIK BUKAN ISU MARUAN UMAT ISLAM

Posted by singamaraja

Saturday, January 2, 2010

ISU KALIMAH ALLAH

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Maka berkatalah ALLAH bahawa orang-orang Yahudi itu mengatakan : " orang Yahudi berkata bahawa 'Uzair itu anak ALLAH dan berkatalah orang Nasrani bahawa "Isa anak Maryam anak ALLAH ertinya Allah sendiri yang mengatakan bahawa orang Yahudi berkata 'Uzair anak ALLAH dan Isa anak Maryam anak ALLAH, Allah maha mengetahu bahawa dua bangsa itulah yang mengatakan demikian

Maksud firman Allah di atas golongan Yahudi dan Nasrani sudah tahu siapa Tuhan mereka, iaitu ALLAH dan dua bangsa ini sudah ujud dan bertuhankan ALLAH dan ketika mana orang melayu atau orang-orang di rumpun melayu pada ketika itu masih bercawat dan tidak faham tentang Tuhan itu adalah ALLAH

Hari ini orang melayu cuba nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH kerana takut mereka mempengaruhi orang melayu masuk agama kristian, siapa orang melayu nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH ? Sedangkan ALLAH sendiri menyatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani itu telah mengenal tuhan mereka bernama ALLAH sebab itu ALLAH menyatakan bahawa merka mengatakan 'Uzair itu anak ALLAH dan ISA itu anak ALLAH

Sebenarnya UMNO atau orang melayu nak tutup kejahilan mereka kerana tidak berjaya mendidik bangsa dengan ilmu akidah, nah sekarang terimalah padahnya senjata makan tuan

Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun 2010

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Tahun baru yang akan penuh dengan cabaran yang perlu setiap kita berhati-hati tentang akibat dan musibah yang akan di hadapi bersama, apa yang penting kita rapatkan saf untuk mencari keredhaan Tuhan

Sunday, December 27, 2009

Dasar UMNO Sudah Padam

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sambungan ...

Dasar UMNO yang berteraskan membela bangsa dengan tema semangat kebangsaan sudah tidak lagi di perjuangkan oleh orang melayu khususnya UMNO, pucuk pimpinan mereka merasakan dengan dasar tersebut maka UMNO akan kecundang pada PRU 13 nanti kerana itu mereka hilang arah untuk meneruskan dasar perjuangan mereka lalu mereka meniru dasar perjuangan orang lain khusnya perjuangan DAP iaitu satu Malaysia

Orang melayu khususnya UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan dasar satu Malaysia kerana dasar ini selain meniru dasar parti lain mereka juga telah gagal mengimarahkan dasar asal mereka iaitu semangat Kebangsaan kerana dasar tersebut selain di larang oleh agama juga telah di tolak oleh rakyat di negara ini oleh itu UMNO tiada pilihan yang lain melainkan meniru perjuangan dasar parti lain untuk terus memerintah negara ini

Dalam UMNO sekarang kebanyakan ahlinya sudah mula menyedari bahawa dasar perjuangan parti mereka sudah luntur dan tidak akan pulih sampai bila-bila kerana dasarnya sudah di tolak orang ramai, mempertahankan dasar UMNO sampai serak suara adalah kerja sia-sia dan bodoh, orang UMNO yang mengakui beragama islam sepatutnya sudah lama menukar dasar mereka kepada islam akan tetapi kebanyakan pimpinan mereka buta agama dan pengikut mereka juga demikian

Ada bidalan melayu lama yang sangat popular yang mengatakan bahawa seputih-putih ampas tetaplah di buang, sebusuk-busuk daging di kincah, di masak di makan juga ertinya sebenci-benci UMNO kepada rakyat kelantan janganlah sampai membuang mereka seperti ampas, kalau bencipun anggaplah mereka itu sebagai daging yang busuk, ertinya membenci mereka sampai memberikan peluang nikmat minyak kepada negara Thailand adalah tidak kena sama sekali namun itulah yang berlaku yang mana UMNO sudahpun sifatkan orang melayu Kelantan sebagai ampas

Saturday, December 26, 2009

Dasar UMNO Sudah Padam !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Dasar UMNO sudah di padam kerana mahu terus berkuasa ! Ertinya UMNO sanggup memadamkan dasar perjuangannya dari semangat membela bangsa kepada dasar satu Malaysia ! SALAM SATU MALAYSIA pula hu hu hu

Ada cerita yang atok beritahukan daripada mulut orang politik yang menunaikan haji ke Makkah yang mengatakan bahawa dasar UMNO terpaksa di kuburkan kerana mahu mengekalkan kuasa di Malaysia, dasar satu Malaysia adalah konsef nazak UMNO berikutan mereka sudah hilang sokongan daripada kaum lain terhadap UMNO

Orang melayu yang datang dari Malaysia yang mengerjakan haji di Makkah sebenarnya sudah hilang kepercayaan terhadap UMNO kerana sikap UMNO yang sanggup menaikan minyak atau Gas Malaysia ke Thailand sekali gus memberi banyak peluang kepada rakyat asing pekerjaan ini menunjukkan bahawa UMNO sanggup membelakangkan nasib kaum bangsanya sendiri seperti nasib orang melayu Kelantan

Orang UMNO terutama di Kelantan yang bersemangat kebangsaan semuanya sudah di kunci mulut mereka dari bercakap tentang yang hak dan yang ada pada mereka hanyalah yang batil sahaja iaitu menindas kaum bangsanya sendiri dengan melakukan sokongan membabi buta terhadap UMNO pusat, nah sekarang orang melayu Kelantan cubalah jawab persoalan ini

bersambung ........

Thursday, December 24, 2009

Selamat Pulang Atok

Posted by singamaraja

Ahlan Wasahlan

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR ATOK (PAK KARAMU)

Mungkin banyak cerita yang perlu kita ketahui dari Pak Karamu sekembalinya daripada Makkah, maklumat awal mengatakan bahawa kebanyakan umat islam yang datang mengerjkan ibadat haji di Makkah adalah pengotor dan tidak bertamadun