Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, February 9, 2010

PR Jangan Tidur Lena ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Negeri yang PR kuasai jangan tidur lena selagi belum memerintah negara, kadangkala kita lihat apabila PR memerintah meeka macam tidur lena, sebab itu BN/UMNO senang melakukan angkara dan aginda mereka

Solat Hajat dan Do'a Sudah Tapi ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Solat hajat sudah, do'apun sudah. munajat juga sudah tapi kalah juga ! Macam penderitaan orang Palastin di buminya, inilah nasib Muhammad Nizar dan kekawannya di dalam Pakatan Rakyat yang kalah lima kosong

Apakah ayat yang di baca tidak betul ? Apakah Allah tidak dengar rintihan orang yang solat dan berdo'a ? Semuanya ini mesti di jawab oleh semua parti dalam pakatan rakyat, bagi pehak yang menang merasakan mereka betul macam orang Yahudi yang sentiasa menang terhadap Palastin dan negeri arab yang lain

Orang UMNO mengatakan kemenangan mereka kerana mereka benar, orang Yahudipun sebut demikian, sebab mereka benar, bagi pehak PR walaupun mereka solat dan berdo'a akan tetapi mereka bersalah sebab itu mereka kalah, pandangan mereka cukup mudah dan kepada yang kalah atau menang saya ucapkan kepada mereka syabas dan bersabar

Undang-undang negara Malaysia kata PR dan Nizar salah, tak betul, sekalipun mereka menggunakan undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Tuhan akan tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya menerima undang-undang tersebut sebagai yang berdaulat

Undang-undang ciptaan manusia di dahulukan, sementara undang-undang Tuhan di pinggirkan, itu soal lain dan maruah pula adalah persoalan yang lain, apa yang nyata maruah tidak bernilai apa-apa kerana semua pehak memang tidak mengetahui keburukan moral, apa yang mereka lihat ialah semuanya indah belaka

Manusia yang bijak pandai akan menunjukan kepandaiannya tanpa batas dan sempadan, orang bodoh senang dengan kebodohannya dan orang gila begitu selesa dengan kegilaannya, jadi apabila semua pehak merasakan diri mereka sudah cukup selamat sebenarnya mereka buta kepada alam yang akan di tuju oleh mereka, bagi saya biarlah mereka celik di dunia ini akan tetapi mereka akan di butakan oleh Allah di akhirat nanti, dan harus di ingat bahawa mereka akan berhadapan dengan sakratul maut yang menyentap nyawa mereka dengan cara yang sangat kasar

Monday, February 8, 2010

Ramai Dah Sampai .....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Ramai orang Perak dah sampai kat KL, keputusan mahkamah besok juga akan di saksikan oleh warga Perak yang bekerja kat Selangor dan Wilayah, besok mungkin jalan raya sesak dan trafik jem

Sunday, February 7, 2010

MASALAH PULAU PINANG ORANG LUAR JANGAN MASUK CAMPUR

Posted by singamaraja

NIK AZIZ DAN AGAMA

Posted by singamaraja

Salam

Apa itu agama ? Agama itu kalau mau tau kenak tanya orang hindu kerna agamak itu bahasa orang hindu, namun jika di tanya pada orang melayupun boleh juga sebab orang melayu juga berasal dari tanah besat India dari keturunan anak nabi Noh a.s

Dalam quran bilang DINUL ISLAM (cara hidup Islam) orang barat bilang (Way Of Life) orang melayu dan india bilang agama, semua istilah ini jika di bawa kepada maksud dari fahaman akidah ia bermaksud agama itu berteraskan kepada dua kalimah syahadah

Dalam quran juga Tuhan sudah tetapkan asal agama itu lahir dari pengertian amanah yang di sebut oleh Allah dalam al quran Al A'araf 172 iaitu LA ILAHA ILL ALLAH MUHMMADARRASULLULLAH selain dari itu bukan tuntutan agama

Islam ada banyak jenis iaitu 73 jenis semua masuk meraka kecuali satu jenis sahaja jadi jika mahu duduk satu meja jangan ada yang duduk atas meja atau bawah meja

Friday, February 5, 2010

NIK AZIZ JANGAN BUANG MASA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

NIK AZIZ JANGAN BUANG MASA DENGAN UMNO, NIK AZIZ JANGAN CUBA BERDAKWAH DENGAN UMNO SEBAB MEREKA TIDAK AKAN BERUBAH

Kementerian Pertahanan Wajib Di Odit

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Martabat dan maruah negara terletak di tangan angkatan tentera Malaysia akan tetapi jika ia sentiasa dalam masalah lebih baik di perkemaskan dan di odit dengan baik, saya rasa KEMENTAH wajib mengemaskinikan pentadbirannya

Persoalan yang besar ialah MENGAPA APABILA ZAHID MENGAMBIL ALIH KEMENTAH ADA SAJA YANG TIDAK KENA ?

Kepada pemerintah negara ini tolong ambil berat tentang keselamatan documen keselamatan supaya tidak di jual dengan negara lain, sebab itu kepada sesiapa yang melakukan kesalahan JANGAN sekadar menghukum orang yang mencuri barang saja, mereka juga WAJIB di ambil tindakan sekali dalam soal keselamatan negara

Tuesday, February 2, 2010

Cabaran Zambry Ada Asas

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

CABARAN MB MAHKAMAH ZAMBRY ADA ASAS YANG KOKOH ! IAITU CABARAN MENIPU, MEMBULI, MEMBODOHKAN PR DAN RAKYAT

Cabaran menteri besar Perak Zambry Abd Kadiaq supaya kerusi Pakatan Rakyat yang berjumlah 28 itu di bubarkan supay di adakan pilihanraya baru untuk mendapatkan mandat rakyat di lihat sebagai cadangan yang kebudak-budakan dan tidak relevan

Sepatutnya Zambry bercakap sebagai seorang yang matang dalam politik bukan bercakap sebagai budak hingusan, kenyataan Zambry supaya kerusi PR di kosongkan di ibaratkan sebagai tidak mencerminkan seorang pemimpin yang berwibawa jika di bandingkan dengan perjawatannya

Zambry ada cadangan yang bersifat hendak membodohkan orang celik berpolitik dan cadangannya itu seolah-olah hendak membodohkan rakyat di negeri ini, saya merasa hairan mengapa Zambry di lantik oleh pucuk pimpinan UMNO sebagai menerajui negeri sedangkan dia seorang yang tidak matang berhujah dalam percaturan berpolitik, sikap Zambry ini nampaknya menambahkan lagi penderitaan UMNO kerana dia berhujah secara tidak matang

Zambry bukanlah sebenar mewakili rakyat di negeri Perak kerana dia adalah wakil bagi mahkamah, ini bertentangan dengan sistem demokrasi di negara ini, dia perlu ingat bahawa mengapa dia tidak memohon pembubarah DUN Perak jika dia adalah mewakili penduduk di negeri Perak dan dia tidak sepatutnya melantangkan suara untuk menggesa di bubarkan 28 kerusi ADUN PR sahaja melainkan untuk semua kerusi DUN pada keseluruhannya

Zambry bukanlah seorang yang layak bercakap tentang sokongan rakyat kepada UMNO yang di katakan sebagai Juara Rakyat, yang dia mesti fikirkan sekarang ialah bagaimana nak pulihkan semangat UMNO semakin pupus dan janganlah hendak alihkan masalah tenat UMNO dengan mengesyurkan pembubaran DUN PR, selesaikan dulu masalah UMNO kemudian barulah fikirkan bagaimana nak menipu orang yang matang muslihat dalam berpolitik

Sepatutnya pucuk pimpinan UMNO pusat berasa malu dengan kenyataan Zambry ini kerana ternyata cadangannya ini kebudak-budakan, buat malu UMNO sahaja, apa yang jelas ialah Zambry menampakkan kebodohan UMNO bukan kebodohan dirinya, dirinya sudah tentulah bodoh tapi jangan jangkitkan kebodohannya itu kepada UMNO, propessionallah sikit baru rakyat nampak UMNO ini matang berpolitik, apa yang jelas sekarang ialah Zambry wajib di tukarkan dengan orang yang lain

Khairy Elok Jadi Perdana Menteri

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sekarang UMNO di landa krisis kepimpinan dalaman, Najib rasanya sangat letih nak fikirkan parti dan rakyat, konsep 1 Malaysianya ternyata telah gagal, andai kata orang yang lebih bertenaga dan muda seperti Khairy di angkat menjadi PM Malaysia tentu akan selesai banyak masalah, kerana itu ahli UMNO kenalah sokong kuat kepada Khairy Jamaluddin

Sunday, January 31, 2010

Khairy Nadi UMNO ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Macam tak percaya bahawa Khairy Jamaluddin adalah Nadi kepada UMNO, demikian satu kenyataan yang baru saja di dengar di Kuala Lumpur dan IPOH PERAK sedangkan esok di katakan UMNO akan mengadakan perbincangan berkait dengan Khairy (Ketua Pemuda) UMNO

Di katakan hanya Pemuda UMNO yang tidak suka dengan Khairy itupun tak sampai 20 % yang tak sukakan dia yang lain Ok, mereka hanya nak merebut kuasa sahaja dan tak lebih dari itu, kenyataan itu juga menyatakan bahawa KALAU KAMU TAK PERCAYA NANTI KAMU BOLEH LIHAT SAMA ADA KHAIRY BERJAYA DI SINGKIRKAN DARI JAWATANNYA ATAU KAMU AKAN LIHAT KHAIRY AKAN BERTAMBAH KEKUATANNYA DALAM PEMUDA

Friday, January 29, 2010

Tengku Razaligh Akan Di Pecat ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Tengku Razaligh Hamzah akan di pecat dari UMNO kerana dia bersekongkol dengan PAS atas isu Royalty Minyak, agaknya dialah yang bukak cerita yang rupa-rupanya di sempadan Kelantang dan Trengganu sudah di gerudi dan telahpun mengeluarkan hasil berbillion-billion, Kelantan tak dapat apapun

Khairy Jamaluddin pula akan di singkirkan dari menjadi ketua pemuda UMNO sebab exconya sendiri tak suka dengannya, itu satu hal dia juga mungkin di singkirkan dari UMNO sebab dia benci Bos dia iaitu Perdana Menteri, jika dia tidak di singkir ada kemungkinan dia akan tarik penyokong untuk lawan jadi PM, alah bukan susah sangat asalkan banyak wang semua boleh jadi

Lagi ada seorang lagi yang di ibaratkan ular kepala dua yang buka cerita hilangnya 2 buah injin F5E juga perlu di rehatkan sebab dia buka kelemahan PM semasa jadi Menteri Pertahanan dulu so pecatlah ! ada berani ka

Thursday, January 28, 2010

Pergolakan Dalam Pemuda UMNO

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Pergolakan dalam Pemuda UMNO sudah sampai kekemuncaknya apabila Khairy Jamaluddin (ketua pemuda) di malukan dan di gesa supaya meletakan jawatan ketua Pemuda UMNO dengan kadar segera, dalam mesyuarat pemuda UMNO baru-baru ini, Khairy di katakan banyak membelakangkan dan tidak suka kepada Najib adalah sudah di duga semasa perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri lagi, dalam blog Pak Karamu dulu ada memaparkan bahawa di sekrliling Najib banyak onak dan duri ternyata benar DAN di sekeliling Najib sekarangpun masih lagi ada onak dan duri tersebut sehingga sanggup mendedahkan perkara yang berhubung dengan kehilangan dua injin jet pejuang F5E

Wednesday, January 27, 2010

Azmin Ali Berani

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Rentetan peristiwa pembakaran gereja nampaknya ada pehak yang sebelum ini membuat tuduhan terhadap mat rempit dan Mat gian hampir terjawab ekoran kenyataan Azmin Ali yang mendapati pemuda UMNO terlibat dalam pembakaran tersebut kerana tertangkap dan terdakwanya mereka adalah dari ahli-ahli dalam kumpulan UMNO walaupun mereka belum lagi di dapati bersalah tapi dalam pendakwaan

Apa yang di sebut oleh Azmin Ali ialah pemuda UMNO bukan UMNO walau apapun nama UMNO sudah tercemar ekoran kenyataannya itu, Azmin akan mendedahkan dengan terperinci sedikit masa lagi, jika nak di fikirkan mengapa Azmin beria-ia untuk mendapatkan maklumat siapa yang membakar gereja tersebut ? Jawapannya mudah kerana PKR lah di tuduh oleh pehak tertentu yang memulakan angkara

Jadi untuk membersihkaan nama PKR maka Azmin merasakan berkewajipan baginya untuk mencari siapa sebenarnya yang membuat angkara

Tuesday, January 26, 2010

DUA MASJID DI LONTAR KEPALA BABI

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

BERBUATAN PROVOKASI ?

BERTENANGGGG ! KATA KETUA POLIS NEGARA, BANTU POLIS !

Dua buah masjid telah di lontar dengan kepala BABI, masjid tersebut ialah masjid Taman Dato Harun Petaling Jaya dan masjid al Termizi Taman Sentosa kedua-dua masjid itu terletak di Jalan Kelang Lama

Pehak polis meminta orang ramai tampil memberikan kerjasama, kedua-dua masjid itu di katakan terkawal kerana pada jam 6.40 pagi kelihatan pasukan keselamatan (polis) berada di sana, mungkin mereka tidak perasan yang kepala babi telah di lontarkan atau terlepas pandang atau telah di lontar lebih awal atau selepas jam 6.40 subuh

Rentetan dari kejadian itu ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah sampai di tempat kejadian dan ketua polis negara pula sampai pada jam 11 pagi, nampaknya kerja ini adalah kerja khianat yang menjatuhkan maruah umat islam atau adakah kerja ini suatu PROVOKASI ?

Saturday, January 23, 2010

Apa Muslihat Undi Awal ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Mengudi Awal Ganti Mengundi Secara Undi Pos ? Ada Waktu Bertenang ?

Apakah muslihat mengundi awal untuk menggantikan undi pos sedangkan bukankah para pengundi pos telahpun mengundi lebih awal sebagaimana lazimnya di buat dan apakah maksud waktu bertenang yang kononnya untuk meredakan keadaan sedangkan keputusan belum lagi di istiharkan, ini pasti ada muslihat yang tersirat oleh pehak penganjuran kerana SPR sentiasa di pertikaikan kejujurannya seperti penggunaan dakwat dulu

SPR di harapkan JANGAN alihkan pandangan kepada rakyat tentang MENGUNDI awal ini dari isu yang di katakan akan berlaku hak mengundi dua kali terhadap golongan tertentu, tektik ini sudah begitu masak dalam fikiran rakyat yang di anggap sudah pandai dengan tipu daya serta berbagai muslihat yang telah terburai dan hendaknya rakyat jangan lagi hendak di perbodohkan

Memperbodohkan rakyat bukan kerja orang bijak tapi kerja orang yang bodoh, memperbodohkan bangsa sendiri adalah perbuatan khianat terhadap bangsa sendiri, tentang masa bertenang mengapa tidak di adakan pada masa selepas kemenangan atau kekalahan di buat, bukankah langkah ini lebih baik dari yang di utarakan yang kononnya mahu meniru cara Thailand dan Indonesia ? Andainya mahu meniru cara Thailand dan Indonesia mengapa tidak tiru pada keseluruhannya

Nampaknya SPR sudah nampak cara yang terbaik dari kedua negara tersebut, ini bererti Thailand dan Indonesia lebih cerdik dari akal fikirang orang Malaysia