Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, April 2, 2010

KERANA PRIKEMANUSIAAN BATAL SEBAT ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

TERBACA DALAM AKHBAR MENGATAKAN KARTIKA SARI DEWI TAK JADI DI SEBAT SEBAB PRIKEMANUSIAAN, APA ERTINYA ? KERANA SEBAT ITU ADALAH HUKUMAN YANG TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN ! Wahai para alim ulama yang ada kat Malaysia in bersetuju ataupn tidak ?

PERKARA YANG KEDUA IALAH MENGAPA HEBOH SANGAT DENGAN HUKUMAN SEBAT 6 ROTAN TERSEBUT ? SEDANGKAN IA BUKANNYA DARI HUKUMAN ISLAM, JIKA HUKUMAN ISLAM TENTULAH IA DI KENAKAN SEJUMLAH 80 ROTAN

SAYA TIDAK BERMINAT MAHU BERCAKAP TENTANG HUKUMAN MENGIKUT MAZHAB SEBAB MAZHAB MEMBUATKAN UMAT MUHAMMAD BERPECAH BELAH, ISLAM YANG DI TURUNKAN OLEH ALLAH TIDAK ADA MAZHAB DAN ZAMAN NABI DAN SAHABAT SEKALIPUN TIADA MAZHAB

PADA KESELURUHAN KES KARTIKA TERSEBUT TIADA KENA MENGENA DENGAN AGAMA ISLAM DAN HUKUMANNYA, JADI TIDAK TIMBUL SOAL AGAMA ATAUPUN MAZHAB MELAINKAN ISLAM HADHARILAH AGAKNYA

Wednesday, March 31, 2010

EOC Hanyalah Rancangan Politik

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

EOC (Peruntukan Peluang Seimbang) adalah suatu Model Ekonomi Baru untuk rakyat Malaysia dengan tidak mengambil kira kaum di negara ini mungkin inilah juga yang di kenali sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru) Dan mungkin inilah juga suatu dasar yang di perkenalkan oleh kerajaan untuk merialisasikan konsep 1 Malaysia yang di perkenalkan oleh Dato Najib

Dasar EOC ini mungkin menjadi harapan rakyat Malaysia jika ia benar-benar menjadi kenyataan namun apa yang di takuti ialah jika ia di jadikan alat mempengaruhi rakyat kerana adanya aginda politik BN/UMNO di dalamnya kerana MEB (Model Ekonomi Baru) rasanya sudah cukup untuk rakyat keseluruhannya jadi persoalannya mengapa perlu lagi konsef EOC ?

Apa yang nyata ialah EOC ini adalah suatu konsep yang sementara sahaja kerana ujudnya 1 Malaysia untuk meraih sokongan rakyat kepada BN/UMNO hanya itu sahaja nampaknya , maklumlah zaman sekarang ini dasar PR adalah suatu dasar yang memang untuk seimbangkan dasar perjuangan Pembentukan Peluang Seimbang EOC, jadi kerajaan dalam keadaan terpaksa mesti melakukannya

Apabila dasar EOC di perkenalkan maka PERKASA yang di katakan memperjuangkan dasar mempertahankan hak-hak keistimewaan orang melayu dan penduduk asal di negara ini agak melenting kerana ia di katakan bercanggah dengan 153 perlembagaan negara namun ia di sanggah oleh menteri di jabatan perdana menteri Dato Nazri Aziz, persoalannya adakah sanggahan ini suatu yang berbentuk lakonan

Jika kita amati secara umum maka dasar EOC dan perlembagaan 153 kelihatannya memang bercanggah di antara satu dengan yang lainnya akan tetapi mengapa dasar 30% untuk matlamat bumiputra tidak di hapuskan jika EOC di perkenalkan untuk membentuk peluang keseimbangan, ini jika kita lihat secara umum, sementara 70% kepada bukan bumiputra masih lagi kekal jadi apa yang sebenarnya berlaku

Apa yang ternyata benarnya ialah EOC adalah aginda politik gula-gula untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN/UMNO dan PERKASA tidak perlu bimbang dengan EOC, apa yang di takuti ialah sanggahan daripada presiden PERKASA adalah juga satu lakonan untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah kemerosotan pengundi melayu terhadap UMNO kerana PERKASA juga adalah anak didik UMNO

Tuesday, March 30, 2010

KUKU BESI DI DUN PERAK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PERSIDANGAN OTOKRASI ! KOMINISPUN TIDAK BUAT BEGINI !

Apabila sidang DUN bermula maka kekecohan mula berlaku, apabila ADUN PR mempertikaikan kedudukan jawatan speaker, kemudian demi kepentingan rakyat ADUN PR terus juga mengikuti sidang DUN. Kemudian sidang itu terus di kuasai oleh ADUN BN/UMNO dengan speaker tidak memberikan laluan kepada ADUN PR, selepas itu semua pembesar suara yang ada di meja ADUN PR semuanya di matikan, kemudian ADUN PR semuanya keluar dewan

Monday, March 29, 2010

JANGAN PERCAYA KEPADA AGENSI KERAJAAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PENGAKUAN SPR TIADA PENGUNDI HANTU DI HULU SELANGOR JANGAN PERCAYA SEBAB BANYAK KERAGUAN BERLAKU PADA MASA LALU

Jangan percaya dengan sesiapapun dalam masalah daftar pengundi, apa yang terbaik ialah dapatkan buku daftar pengundi dari SPR yang baru dan yang di iktiraf, buku daftar tersebut juga mestilah yang sama dengan yang di perolehi oleh BN/UMNO

Jangan gunakan buku daftar pengundi yang lama kerana mungkin ada penambahan nama pengundi yang kita tidak di maklumkan oleh SPR, setiap cawangan wajib menyemak dengan membanci pengundi yang ada di cawangan masing-masing

Bahagian Hulu SElangor mungkin ada penambahan jumlah pengundi kerana tahun 04 sehingga sekarang akan ada pengundi yang sudah cukup umur untuk menjadi pemilih, tentukan pengundi polis dan tentera yang mengundi secara pos di tempat tersebut

setiap cawangan mestilah mengenalpasti pendatang tanpa izin ataupun ada keizinan yang tinggal lama di sana yang mana mereka tidak berhak membuang undi, tidak mustahil mereka ada memiliki kad pengenalan tempatan untuk membolehkan mereka membuang undi

Tentukan orang yang tidak di kenali masuk secara menyeludup yang tinggal dengan rakyat tempatan yang di tugaskan sebagai penambah undi BN/UMNO

SIDANG DUN PERAK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

DI IPOH PERAK TEMPAT SIDANG DUN YANG AKAN DI ADAKAN TELAH DI KAWAL DENGAN RAPI OLEH POLIS, SEMUA JALAN MASUK KE ARAH DEWAN DI KAWAL KETAT LUAR DAN DALAM BANGUNAN, DI PINTU MASUK KE DEWAN SAHAJA LEBOH 100 POLIS BERKAWAL SEMENTARA DI DALAM DEWAN DAN SEKITARNYA TIDAK KURANG 150 ORANG POLIS YANG BERPAKAIAN PREMAN BERKELIARAN BERSIAP SEDIA UNTUK BERTUGAS, SEMENTARA AHLI-AHLI DEWAN BN/UMNO DAN PR PULA AKAN MASUK DI PINTU YANG BERASINGAN

UMNO BERPECAH DI PERAK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Pengiktirafan Tajul Rosli terhadap V Sivakumar sebagai speaker DUN negeri Perak menunjukkan UMNO Perak sudah berpecah belah ini adalah kerana Allah sudah memasukkan sedikit nur kebenaran di dalam hati ADUN UMNO di negeri Perak dan kita tunggu lagi apa yang akan berlaku di negeri Perak

Saturday, March 27, 2010

UJIAN SOKONGAN MELAYU KEPADA BN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PILIHANRAYA HULU SELANGOR AKAN MENGUJI SOKONGAN ORANG MELAYU KEPADA UMNO/BN

Tidak kira siapa yang BN/UMNO letakakan sebagai calonnya ia adalah sebagai penentu sokongan rakyat terhadap BN/UMNO dan PR seterusnya menentukan sokongan orang melayu terhadap UMNO

UMNO di katakan telah pulih dan orang melayu sudah sedar bahawa orang melayu tidak boleh lari dari menyokong UMNO, itulah pandangan orang UMNO dan pucuk pimpinannya sekarang ini

UMNO di katakan banyak senjata untuk melumpuhkan PR di Hulu Selangor, mereka akan membuka tembelang PAS, tembelang PKR dan tembelang DAP ertinya dari awal-awal lagi mereka sudak memberikan isyarat untuk menelanjangkan semua kebusukan tiga parti dalam PR ini

Pilihanraya Hulu Selangor di jangka tersangat sengit kerana di jangka ramai katak-katak akan turun di sana untuk membantu UMNO dan BN, kali ini calon UMNO/BN mungkin dari parti UMNO kerana majoriti penduduknya adalah melayu

Friday, March 26, 2010

ZULKIFLI TIDAK AKAN BERITAHU ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Zulkifli Nordin berkata dia tidak akan mendedahkan siapa orang yang ketiga yang hendak memberinya ganjaran yang lumyan untuk mengaitkan nama perdana menteri dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya

Semua orang sudah tahu siapa Zulkifli Nordin, kita tidak tahu apa yang ada di dalam pemikirannya, sekiranya dia tidak mahu dedahkan siapa orang yang ketiga mengapa dia buka cerita tersebut ? Bukankah islam menetapkan bercakap benar sekalipun ianya pahit ?

Bohong adalah khianat, benar adalah amanah, persoalannya mengapa dia tidak mahu dedahkan ? Mengapa dia tidak melakukan kebenaran sekiranya dia telah terlanjur membuka cerita yang membabitkan pembunuhan dan rasuah ?

Selagi Zulkifli tidak dedahkan siapa yang bercadang memberinya hadiah yang lumayan maka sahlah Zulkifli seorang yang suka kepada amalan jenayah pembunuhan dan rasuah, nama saja orang patuh kepada agama tapi dalam masa yang sama dia menggalakkan kerja yang terkutuk

Thursday, March 25, 2010

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

MUDAH MUDAHAN ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA !

PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN HULU SELANGOR ATAS KEMATIAN MP DATO' DR ZAINAL ABIDIN DARI PKR Al Fatihah !!!

Kematian ahli Parlimen Hulu Selangor akan menguji kekuatan BN/UMNO dalam pilihanraya kecil parlimen nanti sejauh mana BN/UMNO di katakan sudah kuat dan mendapat sokongan rakyat di negara ini

Pilihanraya mungkin akan berlaku dalam tempuh 60 hari dari tempuh speaker parlimen memaklumkannya kepada SPR


Wednesday, March 24, 2010

KEGAWATAN DI PARLIMEN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Secara total Parlimen kali ini tidak untuk membela nasib rakyat, ramai di antara mereka pada peringkat awal ini untuk menyerang pribadi lawan, di parlimen ini kita dapat melihat bagaimana wakil bebas menendang kuat pribadi Dato Sri Amuar Ibrahim, yang agak anihnya wakil BN/UMNO dari Kalabakan yang telah menunjukkan keterbukaannya membela ketua PKR dan DAP secara am

Kalabakan seolah-olah membela Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang yang di tuduh sebagai kominis oleh bebas yang menyokong UMNO mendapat tentangan hebat dari Kalabakan yang menunjukkan wakil bebas itu tidak bertanggungjawab dan hanya emosinya sahaja, demikian juga dengan ketua PKR yang di cemarkan oleh bebas telah mendapat sokongan moral dari Kalabakan

Wakil Kalabakan bercakap seolah-olah dia adalah seorang anggota PR membuatkan wakil UMNO tidak senang namun Kalabakan tetap mempertahankan hujahnya malah dia tidak memberi laluan terhadap wakil UMNO dari kumpulannya sendiri, dengan sikapnya ini dia mendapat tepukan hebat dari PR di Parlimen

Kalabakan kelihatan tersangat terbuka apabila dia memberikan hujahnya, satu sikap yang sangat di sanjung oleh rakyat yang tidak bersikap panatik dalam berpolitik, dia ada hujah yang tersendiri untuk di sampaikan kepada rakyat siapa Kalabakan yang sebenarnya dalam berpolitik, pada dasarnya Kalabakan telah berjaya mencuri hati rakyat di parlimen

KALABAKAN HERO DI PARLIMEN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

WAKIL RAKYAT DARI KALABAKAN BENAR-BENAR MENJADI HERO DI PARLIMEN, DIA MENYERANG WAKIL BEBAS DARI BAYAN BARU YANG MENUDUHNYA TERLIBAT DALAM RANCANGAN 16 SEPTEMBER

WAKIL KALABAKAN INI MEMINTA SUPAYA WAKIL BEBAS NANTI TIDAK DI BENARKAN MENYERTAI UMNO KERANA NANTI DIA AKAN GIGIT UMNO SEBAGAIMANA DIA GIGIT KETUANYA DALAM KEADILAN

WAKIL KALABAKAN JUGA BERKATA JIKA WAKIL BEBAS DARI BAYAN BARU INI DI TERIMA MENYERTAI UMNO MAKA SEMUA WAKIL BN/UMNO AKAN KELUAR PARTI, DENGAN KENYATAAN INI MAKA HANCURLAH HARAPAN WAKIL BAYAN BARU UNTUK MARA DI DALAM ARENA POLITIK

Tuesday, March 23, 2010

DEDAH SEMUA DI PARLIMEN !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam

Zahrin sedang dedah, Zulkifli juga sedang dedah prihal bekas ketuanya Dato' Sri Anuar Ibrahim, Zahrin mendedahkan isu yang terbaru iaitu bukan 8 orang yang akan melompat akan tetapi 40 orang yang akan melompat, di antara nama mereka yang telah di dedahkan ada yang telah membuat penafian, mereka ialah Ku Li, Ketua angkatan tentera, Bung Mokhtar dan Dato Ghafur Saleh, yang lain belum lagi membuat penafian sebab mereka mungkin belum lagi di tanya oleh wartawan

Apa yang jelas dan mungkin akan berlaku ialah kesemua mereka ini akan menafikannya, jika ini berlaku maka sahlah Zahrin menipu dan hanya untuk melepaskan geramnya sahaja, sementara itu mereka yang di libatkan namanya dalam isu 16 September mungkin akan hilang kepercayaan perdana menteri kepada mereka dan bintang mereka akan gelap buat masa akan datang

Sementara itu Zulkifli mula membuka kesah arahan yang di terimanya supaya membabitkan perdana menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya, nampaknya mereka yang melompat parti ini akan terus membuka keburukan Dato Sri Anuar Ibrahim supaya popularitinya akan hilang di mata rakyat

PILIHANRAYA KECIL DI PERLIS

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PILIHANRAYA KECIL AKAN BERLAKU DI PERLIS, INI BERIKUTAN PERLETAKAN JAWATAN ADUN TITI TINGGI KERANA DI GUGURKAN OLEH KERAJAAN NEGERI DARI JAWATAN EXCO YANG DI SANDANGNYA

Monday, March 22, 2010

BEKAS MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DATO' SULAIMAN DAUD MENINGGAL DUNIA Al Fatihah !

Posted by singamaraja

UMNO KENA UBAH DASAR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO KENA UBAH DASAR JIKA MEREKA MAHU SELAMAT SEBAGAI UMAT ISLAM

Orang UMNO dan para pucuk pimpinannya terpaksa ubah dasar perjuangan parti mereka jika mahu selamat sebagai umat Muhammad yang beragama islam, Al Marhom Prof Hamka dalam tafsiran Al Qurann Al Azharnya menyatakan bahawa semangat Kebangsaan itu membuatkan umat yang mengaku islam akan musnah imannya sekalipun mereka menjunjung quran setinggi langit kerana fahaman semangat kebangsaan itu adalah terlarang

Pandangan agama islam yang berasaskan hadis nabi yang sohih juga melarang kaum ataupun puak berjuang atas dasar semangat kebangsaan kaum dan puak kerana nabi tidak mengakui mereka sebagai umatnya, orang UMNO cukup pantang apabila mereka tidak memperjuangkan bangsa sekalipun agama melarang mereka berbuat demikian, UMNO ibarat pandangan , pendengaran, lidah dan hati mereka telah di peteri Allah kerana kedegilannya

UMNO melenting marah jika bangsanya di tipu dan di inayai akan tetapi dalam masa yang sama juga mereka menginaya nasib kaumnya sendiri, ini bererti biar mereka yang menginaya bangsanya asalkan bangsa lain jangan berbuat demikian, inilah penyakit UMNO yang perlu di ubah jika mereka mahu bangsa melayu bersatu atas nama islam, andainya mereka masih berdegil maka tiada harapan bagi mereka untuk menyatukan bangsa melayu

Islam tidak melarang sesuatu kaum atau puak itu memperjuangkan nasib kaumnya asalkan dasar membela itu di ambil dari asas-asas islam, mereka di terangkan apa yang boleh mereka lakukan dan pantang larangnya akan tetapi mereka se olah-olah tidak mahu faham, di sinilah kita katakan bahawa mereka telah di peteri oleh Allah dengan peteri yang sangat kuat dan sukar untuk di rombak lagi kerana sudah berkarat hijau dalam masa yang sama beribadat di buat juga