Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, August 8, 2009

JANGAN MARAH BABI ....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

JANGAN ADA DI ANTARA MANUSIA MARAHKAN BABI KERANA BABI ITU CIPTAAN ALLAH DAN JANGAN ADA DI ANTARA MANUSIA MARAHKAN JIN KERANA JIN CIPTAAN ALLAH JUGA, INI BERERTI JIKA KITA MARAHKAN BABI DAN JIN MAKA SAMALAH KITA MARAH DENGAN CIPTAAN TUHAN SEPATUTNYA MEREKA MARAHKAN TUHAN

APA YANG MANUSIA PERLU LAKUKAN IALAH MENGKAJI PERANGAI BABI DAN JIN YANG DI TIRU OLEH MANUSIA, ERTINYA MANUSIA YANG BERPERANGAI BABI DAN SYAITAN YANG MEMBELAKANGKAN UNDANG-UNDANG TUHAN, LEBIH-LEBIH LAGI ORANG YANG DI KATAKAN ISLAM AKAN TETAPI TAK MAHU PATUH DENGAN HUKUM TUHAN MAKA MEREKALAH PUNCA DATANGNYA VIRUS BABI DAN SYAITAN INI

Wednesday, August 5, 2009

DI ANTARA DUA PEMIKIRAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

UMNO DAN PAS DUA PEMIKIRAN YANG BERBEZA

Bangsa melayu di Malaysia berpecah kepada dua pemikiran yang tidak seimbang pendapat dan pandangan masing-masing, dua kumpulan besar ini ialah PAS dan UMNO, sementara PKR dan melayu Sarawak serta Sabah mereka ini bolehlah dianggap berkiblatkan kepada UMNO ataupun PKR

Melayu UMNO pada dasarnya terkeluar dari fahaman islam yang sebenar kerana mereka tidak menjadikan dasar perjuangan mereka kepada islam yang berpandukan kepada Quran,Hadis,Ijmak Ulama dan qias sementara PAS menjadikan dasar perjuangannya kepada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias dan dasar itulah yang sebenarnya yang membezakan arah tuju perjuangan

Orang UMNO tentunya merasa terkecil hati dengan tanggapan ini namun itulah pada hakikatnya kecuali mereka bersetuju merubah dasarnya kepada islam mengikut ketentuan Tuhan dan mereka tidak boleh marah kerana pada dasarnya itulah yang di anuti mereka iaitu semangat Kebangsaan yang nabi tidak mengakui sebagai umatnya, tuduhan ini mungkin di anggap berat akan tetapi itulah sebenarnya

Sementara perjuangan orang melayu di dalam jama'ah PAS semuanya telah maklum bahawa perjuangan mereka adalah selaras dengan apa yang telah di tetapkan oleh Allah seperti di atas cuma mereka tidak dapat hendak mel;aksanakannya kerana Malaysia masih di perintah oleh UBN yang di terajui oleh UMNO yang tidak membenarkan PAS melaksanakan islam kecuali perlembagaan negara itu di pinda bagi membolehkan islam itu di laksanakan dan buat sementara PAS hanya melaksanakan konsep dakwahnya

PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu secara mantap sebab dasar kedua parti ini sangat berbeza oleh itu segala seruan supaya melayu PAS dan UMNO di satukan atas dasar bangsa dan ketuanan tidak akan berlaku walaupun pernah berlaku dahulu namun ternyata ia tidak akan kekal kerana dasar ini, UMNO buat masa ini sangat mendesak supaya melayu bersatu akan tetapi pendesak-pendesak ini hanya mengikut pemikiran mereka sahaja dan tak sampai kemana

Adapun perhubungan PAS dengan parti yang lain hanya dalam mentadbir negara sahaja ia tidak meliputi yang lain dan jika UMNO mahukan PAS dan UMNO bersatu di dalam pengurusan maka ia juga di anggap sukar sebab sudah ada pengalaman yang pahit ketika mereka bersama dahulu oleh sebab itu PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu kecuali UMNO mengubah dasarnya kepada islam


Monday, August 3, 2009

PERHIMPUNAN HARAM ISA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam,

Perhimpunan secara haram oleh penunjuk perasaan pada 1 Ogos yang lalu pada dasarnya gagal kerana tidak sampai 10,000 orang yang menyertainya jika di bandingkan dengan janji awal 100,000 yang di cadangkan oleh penganjur

Istilah perhimpunan haram kerana tidak mendapat kebenaran daripada pehak Polis, jika polis membenarkan perhimpunan tersebut maka perhimpunan itu di namakan perhimpunan halal, dan ada suara yang menyatakan pendirian JIKA polis benarkan perhimpunan maka ramai yang akan hadir pada 1 Ogos itu

Polis mempunyai alasan tidak membenarkan perhimpunan anti ISA kerana ada satu lagi pehak akan berkumpul dan akan berarak juga untuk menyatakan perasaan mereka yang pro Isa, jika kedua kumpulan pro dan anti ini bertemu maka polis kuatir akan berlaku suatu keadaan yang sangat bahaya yang boleh mengundang malapetaka yang serius, ertinya hujah polis benar

ISA di katakan suatu sistem yang di ujudkan oleh kerajaan untuk membenteras pengaruh kominis, itu asal usul akta ini dan sekarang kominis sudah tiada lagi lalu di gunakan pula untuk anti keganasan di dalam negara ini dan kerajaan memfocuskan kepada JI, Al Qaeda yang berjenama islam dan ia di pandang sebagai bahaya kepada negara

Selain dari jenama islam tidak pula kedengaran kezaliman mereka, yang bahaya hanya pergerakan islam sahaja walau di mana juga mereka berada di muka bumi ini dan yang mula-mula menjenamakan islam ini sebagai pelampau yang membawa kepada keganasan ialah dari pehak Yahudi dan Nasrani kemudian di tiru pula oleh negara lain termasuk Malaysia

Rata-rata kebanyakan negara tidak mahu mengkaji asal usul kumpulan itu menjadi ganas, tidak mungkin seseorang islam itu melakukan sesuatu yang di luar pertimbangan jika tiada punca sebab mereka berbuat demikian oleh itu mengapa tiada di buat kajian bersama dan cara untuk mengatasinya secara adil

Di negara Malaysia akta ISA di gunakan untuk kumpulan ini dan mungkin akan di perluaskan kepada yang lain untuk menjaga kepentingan tertentu walaupun di katakan ia tidak patut di jadikan demikian akan tetapi ia di ambil kesempatan untuk mengekalkan kuasa ertinya ia telah di salahgunakan

ISA tetap zalim sebab ia di laksanakan tanpa perbicaraan ertinya menahan seseorang tanpa perbicaraan menyebabkan ia di pandang zalim, apabila di sebut zalim maka ia tetap berdosa maka di sinilah punca bantahan itu di buat dan Allah akan sentiasa akan menjatuhkan bala terhadap negara yang di anggap zalim dan bala itu tetap dirasai oleh semua manusia bukan golongan yang melakukan zalim sahaja kerana itu kebangkitan semua pehak berlaku






Saturday, August 1, 2009

MULA BERGERAK KENA TEMBAK !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Apabila penunjuk perasaan mula bergerak dan mendapat laluan dari polis maka tetiba mereka di tembak dengan gas pemedih mata, maka bertaburanlah mereka menyelamatkan diri masing-masing, penunjuk perasaan ini bagaikan hamba abdi yang di rancang pembunuhan mereka oleh tuan tanah kadawung

Friday, July 31, 2009

KUALA LUMPUR MULA TEGANG !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Kuala lumpur mula tegang, bermula pada malam tadi semua jalan masuk kat KL telah di tutup ataupun di lencungkan, walau apapun semua halangan itu telah dapat di tempusi oleh orang yang bertekad hendak menunjukkan perasaan mereka

Di tempat yang di tetapkan janji bertemu dan bermulanya tunjuk perasaan itu telah berlaku beberapa tangkapan yang sekarang ini sudah mencecah 80 orang, rasanya inilah bermulanya ala provokasi yang akan mencetuskan pergaduhan nanti

Ada di antara penyokong ISA yang kena tangkap di sekitar Pasar Seni telah naik geram dan beralih pula kepada menyokong anti ISA, tangkap sana tangkap sini sumbat satu lori kemudian peace dalam lori akhirnya jadi kawan dalam lori

Awak di tangkap kat mana ? Kat Pasar Seni, Penyokong ISA ? Mulanya sokong ISA tapi bila dah macam ni saya kena sokong ISA di hapuskan, kemudian terdengar dalam lori tu saya pun, saya pun, saya pun, amcam kita libas depa nih, sabarrrrrr !

UMNO SAHKAN BERTANDING

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO telah sahkan mereka akan turut bertanding di pilihanraya kecil di Permatang Pasir P.Pinang, di Penanti dia tak bertanding sebab dia takut dengan PKR tapi dia berani dengan PAS

Thursday, July 30, 2009

BELANGSUNGKAWA, AL FATIHAH .....AMIIN 1

Posted by singamaraja

AHLAN WA SAHLAN,

AWAL PAGI INI ADUN PAS PERMATANG PASIR TELAH MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR DI IJN KL INI BERMAKNA SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL AKAN DI ADAKAN

Wednesday, July 29, 2009

ISA UNTUK HAPUSKAN DEMOKRASI

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

ISA akan di teruskan untuk memelihara demokrasi, penganjur sudah minta pasukkan keselamatan memberikan kerjasama supaya tidak berlaku kekecohan, walaupun pasukan keselamatan menegah supaya tunjuk perasaan itu tidak di adakan maka penganjur melihat ia sebagai menggalakkan demokrasi itu di hitamkan dengan menindas perasaan orang yang menjunjung demokrasi maka ia tidaklah di pandang sebagai releven

ISA tidak patut berada di sebuah negara demokrasi kerana ia akan merosakan demokrasi itu sendiri, jika ISA tidak di bantah maka seolah-olah rakyat sukakan kezaliman dan sukakan demokrasi yang di amalkan oleh kerajaan itu di cemari dengan kebodohan yang melampau, sepatutnya rakyat kena faham apabila di dalam negara ini ada sisten yang baik dan yang jahat itu di campur adukkan maka tunggulah kemusnahannya

TEMBAK RUSA PELANDUK YANG KENA !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Operasi untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor dengan kesah kononnya salahguna kuasa dan penggelapan wang rakyat berkesudahan dengan kantoi kerana wakil rakyat BN pula yang terdedah apalah nak jadi, nampaknya tak jadilah kerajaan Selangor tumbang, nampaknya lain yang di tembak maka lain pula yang kena, daulat kot

Tuesday, July 28, 2009

POLIS TAK BENARKAN ANTI ISA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Polis Di Raja Malaysia tidak benarkan tunjuk perasaan anti ISA pada 1 Ogos 09 mungkin Polis takut jadi huruhara kerana di laporkan tunjuk perasaan tersebut akan juga di hadhiri oleh kumpulan yang pro ISA

Orang tunjuk perasaan pula di khabarkan akan mengadakan kawalan sendiri seramai 1,000 orang tanpa bawa cotar,perisai dan water canon sebagaimana yang ada pada pada pehak polis, kalau mereka ada alat mengawal mungkin boleh kot

Monday, July 27, 2009

APA ITU KONGSI GELAP ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Apa itu kongsi gelap ? mana lebih bahaya kongsi gelap dan kongsi terang ? Kongsi gelap duduk mana ? kongsi terang duduk mana ? Mengapa ada kongsi gelap dan mengapa ada kongsi terang ? Siapa bela kongsi gelap sehingga mereka tidak dapat di hapuskan ?

Apabila kongsi gelap tidak dapat di hapuskan maka ini bererti kelemaham perlaksanaan undang-undang kerana mereka tak takut dengan undang-undang yang ada, siapakah yang cipta undang-undang ? Bukankah Allah sudah terangkan bahawa undang-undang yang mencegah itu lebih berkesan dari undang-undang ciptaan manusia !


DU PERAK NAK BUBAR, BUBARLAH

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam

Masalah Perak ni dah muak dengan cerita bubar DUN, apa yang pasti ialah DUN Perak seolah-olah tidak langsung ujud kerana tidak pernah bersidang dan rakyat tidak pernah tahu apa yang wakil rakyat buat, rasanya jika ADUN-ADUN tidak pernah bersidang maka bolehlah sesebuah negeri itu di anggap ADUNNYA dah mati

Thursday, July 23, 2009

ETIKA EMAS DI AIBKAN ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sebuah syarikat menjual beli emas teah di aibkan dengan berita yang telah di siarkan oleh TV 3 dan akhbar tempatan dengan kenyataan bahawa syarikat ini telah membuat perniagaan secara haram ? hari ini syarikat tersebut telah membuat penafiannya dengan alasan mereka tidak berniaga dengan wang yang haram, walau apapun di katan bahawa pehak Bank Negara sedang membuat siasatan

Siasatan sedang di lakukan dan apa yang nyata ialah syarikat ini di katakan telah mengalami kerugian yang besar kesan kenyataan TV 3 dan akhbar tempatan, jurucakap ETIKA dalam sidang akhbarnya semalam telah membuat penafian dan telah menerangkan juga bahawa mereka telah berniaga secara yang sah dan telah di ketahui oleh pehak Bank Negara Malaysia dan telah mendapat pandangan positive dari Bank tersebut


Tuesday, July 21, 2009

GALAS MUNGKIN PILIHANRAYA ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO sudah masuk Galas Kelantan dan membuat operasi besar-besaran bagi mungkin menghadapi pilihanraya kecil, ini berikutan wakil ADUN di sana Che Hashim Bin Sulaiman 45 tahun dari Parti PAS yang sedang sakit barah di bawah perut, apa yang kita harapkan ADUN tersebut segera sembuh, membuat operasi awal oleh UMNO di sana seolah-olah mendo'akan ADUN tersebut lekas mati adalah isyarat yang tersirat

Walau apapun jika takdir Tuhan menentukan sesuatu yang akan berlaku terhadap takdirNya maka kita juga perlu bersiap sedia dengan kadar priority sebab urusan khalifah wajib di dahulukan dari urusan pribadi sebagaimana yang berlaku terhadap Baginda Rasullullah saw ketika wafatnya yang mana para sahabat mendahului urusan mentadbir negara dari menguruskan jenazah Baginda