Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, October 16, 2009

UMNO Puk,Pek,Puk,Pek agama

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO jangan la nak buat lawak ! nanti orang kata UMNO bodoh marah, tapi fikiaq mai la, kalau UMNO yang berjuang berdasarkan semangat kebangsaan yang bercanggah denga islam kemudian mereka kata nak bela agama kan lawak namanya, tak masuk akal la, tolong la jangan jadi kartoon !

Kalau UMNO kata nak bela bangsapun kartoon juga sebab ada bukti yang mereka dah inaya melayu islam semasa PAS memerintah kat Trengganu, kalau UMNO bagi subsidipun mereka pilih kroni dia selain kroni dia tak bagi sebab bukan UMNO, jadi nak bela bangsa apa namanya

Kalau nak bela dan menjaga negarapun lagi tak boleh harap sebab Singapore dah dia lepas, Pulau Batu putihpun dia dah lepas jadi apakah harapan melayu kepada UMNO semuanya ada bukti dan semua orang dah tahu jadi orang melayu boleh harapkah dengan UMNO ni

Selepas tiga perjuangan yang akan di perjuangkan oleh UMNO telah di rosakkan oleh UMNO sendiri maka dia suruh orang UMNO Bangun Untuk Berubah, Hmm aduuuuuyai ! boleh caye ke ? Boleh harap ke ? Sedangkan pemakanan orang melayu bernaspun dah gadai kat Hong Kong dari tangan melayu, tak faham lagi ke UMNO ni

Alahai UMNO memang tak layak pentadbir negara ,agama dan bangsa dan orang UMNO kena tengok anunya ada lagi tak ?

Wednesday, October 14, 2009

Pindaan Perlembagaan UMNO tak Tepat

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Pindaan Perlembagaan UMNO yang hendak mendaulatkan agama, bangsa dan negara di lihat sebagai langsung tidap menepati fitrah daripada Allah s.w.t ini kerana UMNO masih tidak mahu mengambil islam sebagai dasar perjuangannya sekalipun mereka mahu membela agama, bangsa dan negara

UMNO jangan main silap mata kepada rakyat kerana rakyat sudah banyak faham tentang agama yang di perjuangankan oleh UMNO dan UMNO perlu faham bahawa yang menyelamatkan agama bukan bangsa, yang menyelamatkan bangsa bukan bangsa dan yang menyelamatkan negara bukan juga bangsa akan tetapi islanlah yang menyelamatkan agama, bangsa dan negara

UMNO yang mengambil pendekatan pembelaannya dengan istilah Wahdatul tidak akan menghasilkan kesatuan fikr dalam semua hajat dan cita-cita mereka kerana asasnya adalah pertolongan Allah yang memperkenalkan agama islam sebagai dasar untuk manusia supaya manusia tidak keciwa namun manusialah yang cuba untuk menengahkan dasar dari pikirang mereka yang tidak akan sampai kemana

Apa yang saya dengar dari bualan orang ramai bahawa UMNO akan mengambil dasar islam pada pindaan ini akan menggerunkan PAS rupa-rupanya UMNO masih di takuk yang lama akan tetapi menjenamakan Wahdatul yang tidak tepat kerana itu mari kita dengat mafhum al Quran

" Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Al Quran) dan jangan kamu berpecah belah"

Sebenarnya UMNO sangat penakut untuk mengambil islam sebagai dasarnya ini kerana mereka di kalangan pucuk pimpinan tersangat ramai yang sekular yang mengasingkan agama dengan pemerintahan selain mereka takutkan kuasa barat yang mengketiakkan mereka

Monday, October 12, 2009

Tentera Menghina PAS

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia kerana berjaya menghina PAS dengan memberikan undi kepada BN/UMNO begitu besar dan memberikan undi kepada PAS sekadar menunjukkan kepada PAS bahawa semangat islam yang ada dalam tentera hanya sekumit sahaja

Singamaraja tidak hairan jika undi Pos dari polis memungkinkan kosong kerana dalam polis tiada kor agamanya akan tetapi dalam tentera mereka ada kor agama namun tiada yang dapat di harapkan dari tntera untuk membantu pejuang agama di negara ini

Tentera Malaysia tidak memilih parti islam yang dasarnya mengikut apa yang telah di tetapkan oleh Allah akan tetapi tentera Malaysia memilih UMNO yang dasarnya bertentangan dengan kehendak islam so terima kasih sekali lagi kepada tentera dan kor agamanya

Dasar agama yang di bawa oleh PAS tidak ada di dalam hati tentera kerana PAS tidak ada apa yang hendak di hadiahkan kepada tentera sebagaimana janji UMNO yang dapat memberikan berbagai-bagai janji kepada mereka demi untuk kebahagian dunia dan akhirat


Saturday, October 10, 2009

Terkini Di Bagan Pinang

Posted by singamaraja

Setakat ini sudah 47 % telah keluar mengundi dan berita yang tidak rasmi mengatakan undi Pos di menangi oleh Pas

Bagan Pinang boleg Berkurung

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PAS mampu buat kejutan di Bagan Pinang, pengundi muda yang akan balik ke Bagan Pinang akan mengundi PR dan mereka akan membuat kejutan kepada BN, sementara itu aktiviti samseng UMNO sudah kecut akibat penambahan kawalan unit amal dan petugas PKR

Friday, October 9, 2009

Terkini di Saat Akhir Bagan Pianang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SEKUMPULAN PENGUNDI TENTERA YANG TELAH MENGUNDI TELAH BERIKRAR UNTUK MEMBNTU CALON PAS DI BAGAN PINANG UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI PENGUNDI POS YANG BELUM MENGUNDI DAN MEREKA JUGA AKAN MEMANTAU KESELAMATAN PETUGAS pr DARI DI SERANG OLEH KOMANDO UMNO

TAKBIR !!!

Setiausha Agong UMNO jangan bodoh

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Tengku Adnan Tengku Mansur yang juga setiausha agong UMNO menyatakan bahawa UMNO tak pernah bising dengan undi POS sekalipun mereka kalah dengan undi Pos, kenyataan Tengku Adnan ini macam budak bodoh dan bangang, kenyataannya langsung tidak profesional

Kenyataan Setiausha Agong UMNO itu mungkin dia hendak tunjukkan bahawa SPR telus pada hal SPR itu UMNO lah yang lantik, jadi SPR itu UMNO dan UMNO itu SPR, sebab itu UMNO tak pernah bising dengan SPR sebab takut tembelangnya akan bocor

Thursday, October 8, 2009

Terbongkar Habis Akhlak UMNO

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PILIHANRAYA YANG TERHEBAT

PILIHANRAYA BAGAN PINANG MENYAKSIKAN BERBAGAI-BAGAI KES BURUK UMNO TERBONGKAR,IILAH PILIHANRAYA YANG BANYAK MENGHASILKAN CERITA BUSUK UMNO/BN

Pilihanraya kecil Bagan Pinang menyaksikan terlalu banyak kes di dedahkan oleh PR dengan bukti yang kokoh sehinggakan UMNO/BN menjadi penik untuk menjawabnya, PAS terus mendedahkan tembelang UMNO sementara UMNO terus juga berkempen untuk meyakinkan rakyat supaya mengundi parti itu

Di mulai dengan kes rasuah, melindungi perogol, membahagi-bahagikan tanah pantai port Dickson dengan kroni, menginaya pemilik tanah felda, memutar belitkan fakta hukum quran dan banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya di lakukan UMNO/BN telah di dedahkan semata-mata untuk memberikan ingatan kepada rakyat supaya tidak bersubahat dengan parti tersebut

Kempen bertambah sengit dan Ganas

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Kempen di Bagan Pinang bertambah sengit dan ganas, UMNO yakin menang mudah, PAS juga yakin menang mudah, andainya orang Bagan Pinang memilih calon UMNO bererti mereka memilih calon yang telah melakukan rasuah, ertinya mereka adalah berdosa, andainya mereka mengundi PAS maka mereka memilih pemimpin yang bersih dan benar mengikut agama

Rakyat Bagan Pinang meramalkan PAS akan menang tipis demikian pemerhati politik meninjau dan mengkaji suasana kempen di sana, sementara BN pun ada peluang menang jika undi POS menyebelahi UMNO, sebab itu kita tunggu apa keputusannya nanti

Wednesday, October 7, 2009

Tembelng UMNO pecah lagi

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Tembelang UMNO pecah lagi di Bagan Pinang, kali ini bekas jenderal memecahkannya, tembelang itu, Apakah tembelang tersebut ? Tembelang UMNO telah merasuah setiap anggota tentera yang menghadiri majlis pengistihatan Port Dickson sebagai bandar tentera darat yang mana di katakan setiaap yang menghadirinya di berikan sebanyak RM 300 seorang

Untuk apakah peruntukan tersebut jika tidak rasuah politik ? Umat islam yang peka dengan kerja jijik tersebut teringat bagaimana Firaun yang banyak menggunakan wang ringgit serta harta benda semata-mata untuk memikat rakyatnya supaya rakyat menyokong beliau, hal ini jangan ada sesiapa yang hendak menafikannya secara sembrono, yang penting bacalah al quran akan sifat dan sikap Firaun yang hampir mirip dengan kelakuakn UMNO/BN

Tuesday, October 6, 2009

Terkini UMNO Ngelabah

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Apa hujah UMNO berkempen di Bagan Pinang ?

Sungguh muflis kempen UMNO di Bagan Pinang, kempen mengemis simpati UMNO di Bagan Pinang sehinggakan sanggup berbohong mencederakan diri sendiri, sanggup edar risalah palsu minta rakyat bersimpati, sanggup berhubung dengan pengundi tentera yang bersimpati dengan PR di suruh membuat kerja luar sehinggakan tak dapat mengundi di hari mengundi, sepatutnya BN yang memerintah negaralah yang mahu bersimpati dengan rakayat, ini sudah terbalik pulak

Kebanyakan kempen UMNO di Bagan Pinang meminta simpati rakyat dengan membuat tuduhan palsu bahawa PR rakus dan jahat, ini bukanlah kempen namanya, kita tak tahu bagaimana fikiran rakyat apabila UMNO berkempen demikian rupa

UMNO sebenarnya melakukan kempen sedemikian adalah kerana mereka hendak menutup tembelang busuk mereka dengan isu Rasuah, isu bosnya yang berkhaluat dulu, isu altantuya dan banyak lagi isu yang bertentangan dengan perkara sosial pemimpin parti tersebut yang telah menjadikan UMNO terpalit dengan keburukan moral, isu pengundi hantu tentera, isu kelemahan SPR dan banyak lagi

Semua kempen UMNO kali ini hanya untuk mengalih pandangan rakyat di negara ini kepada isu pemimpin dan ekonomi negara ketika ini yang kian sudah tidak lagi mampu bagi UMNO untuk menangkisnya, kerana itu mereka alihkan pandangan dan pemikiran rakyat terhadap kempen bodoh UMNO

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang Terkini

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Ana baru balik dari Bagan Pinang ! masya Allah kelentongnya UMNO ! nak marahpun ada nak ketawapun ada, tapi ketawalah yang lebinya, nasib baik ketawa tak berdekah-dekah boleh kontrol lagi insya Allah !

Apa cerita ?

Cerita ketua putra UMNO pakai guard leher yang di katakan sedikit luka TAPI dia pakai guard tengkok yang selalu orang pakai kerana terjatuh motor atau jatuh tunggang kuda ! hampeh betul la mamak sekor ni ! ayo yo ! ada patah ka ! lu kasi tau la sama itu orang UMNO pakai baju PAS kasi hantam sampai patah lu punya leher, lepas itu lu panggil la press confrence

Oi ! putaq alam betul la mamak sekor ni, Woi ! mamak ! lu cari la itu pambu kemudian nanti orang pukul sama lu dulu nanti lu baru tau

Saturday, October 3, 2009

Menang atau Kalah Bagan Pinang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UNTUK ORANG BAGAN PINANG

Ketika mana orang ramai sedang bercakap dari hal calon BN/UMNO maka ada pertanyaan yang kurang bijak di luahkan oleh UMNO " Jika selain Isa Samad UMNO boleh menang kah ? Jika orang lain selain Isa Samad yang jadi calon UMNO akan kalhkah ? Dr Mahadzir berkata orang yang salah boleh menang dan orang yang benar boleh kalah di Bagan Pinang

Soalnya bukan kalah ataupun menang, soalnya adalah untuk mengingatkan rakyat, jika di letakkan calon yang telah melakukan kesalahan maka ia tidak baik, dan jika UMNO letakkan calon yang baik maka maruah rakyat akan jadi baik, bayangkanlah jika mengundi calon yang tidak baik maka yang kelihatan tak baik ialah rakyat kerana tak tahu pilih yang baik dan yang tak baik

Mustahil rakyat tiada maruah dan tidak tahu hendak memilih mana yang baik dan yang tidak baik, bayangkan juga jika rakyat mengundi calon yang tak baik ? Tentulah rakyat di anggap tak tahu menilai di antara yang baik dan yang tak baik, andainya rakyat mengundi juga yang telah tidak baik maka mereka boleh tanya diri mereka sendiri sama ada mereka baik atau tidak baik

Friday, October 2, 2009

UMNO Bagan Pinang Jangan Bodoh

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Isa Samad, Isa Samad,Isa Samad,Isa SamadmIsa Samad lepas tu anaknya, anaknya, anaknya, anaknya ! inilah tradisi UMNO nak memenopoli jawatan atau jadi wakil rakyat yang di wakili oleh satu keturunan keluarga orang lain hanya jadi penonton atau jadi pengikut dan tidak berupaya nak lawan sebab orang atau keluarga politik wajib banyak wang dan mereka yang banyak wang adalah kerana politik kemudiannya menjadi politik wang atau rasuah politik

Orang politik jika mereka melakukan rasuah politik maka mereka tidak perlu di dakwa ke mahkaman kerana Mahkamah tiada kuasa untuk membicarakan pesalah rasuah politik dan perasuah politik pula bebas kemana saja mereka nak pergi asalkan mereka BERUANG dam mereka tetap menjadi pilihan rakyat kerana hinanya seseorang itu bukan kerana rasuah tapi hinanya mereka kerana tiada BERUANG

Orang Negeri Sembilan belum lagi pandai berpolitik kerana itu mereka di buli oleh kumpulan yang BERUANG dari kalangan orang politik yang rasuah, oleh kerana itu jika orang Bagan Pinang khasnya dan Negeri Sembilan amnya mahu jadi pandai dan mahu menjadi calon buat masa akan datang maka mereka WAJIB UNDI PAS, jika PAS menang di sana maka keluarga Isa Samad sudah tidak lagi relevan jadi calon di sana dan orang lain pula berpeluang menjadi wakil rakyat

Thursday, October 1, 2009

Tentera Mahu Wakil Sendiri ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

MANA MUNGKIN BANDAR KEPUNYAAN TENTERA DARAT BERWAKILKAN AWAM, INI SUDAH MENGHINA KAMI !

Port Dickson yang telah di istiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri Malaysia di kira sebagai menggula-gulakan Tentera Darat bukan sebagai menghormati tentera kerana jika Perdana Menteri mahu menghormati Tentera maka sepatutnya kerajaan Barisan Nasional melantik tentera atau sekurang-kurangnya melantik seorang bekas tentera menjadi calon di sana

Suara dari tentera di Port Dickson yang baru saja Singamaraja terima menyatakan "Apakah kerajaan tidak yakin dengan tentera atau bekas tentera ? Mana mungkin Port Dickson yang telah di istiharkan sebagai Bandar Tentera Darat berwakil rakyatkan seorang awam yang namanya telah tercemar ? Demikian rintihan tentera yang sedang berkhidmat di sana, tambahnya lagi "Apakah dengan berwakilkan seorang calon yang telah berparut itu kami jadikan wakil atau ketua ? Ataupun adakah kami telah di hinakan ?