Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Sunday, November 21, 2010

PERGOLAKAN POLITIK PKR

Posted by singamaraja

Salam

PERGOLAKAN PARTI PKR DIJANGKA TIDAK MENJEJASKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA PARTI TERSEBUT SEKALIPUN DATO ZAID IBRAHIM MENUBUHKAN PARTI BARU DAN YANG TERNYATA BERGOLAK IALAH PIMPINAN MEREKA SAHAJA KERANA ITU RAKYAT DIJANGKA TIDAK BERMASALAH UNTUK TERUS MENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Wednesday, October 6, 2010

Galas Mula Dikunjungi

Posted by singamaraja

Ahlan Wasahlan

Pilihanraya Galas Kelantan sudah resmi akan di adakan, SPR telah umumkan tarikh penamaan calon pada 26 Hb Oktober dan hari membuang undi pada 4 Nov, Khabar angin bagi pehak UMNO hendak mencalonkan Tengku Razaligh Hamzah sebagai calon BN/UMNO telah bertiup kencang namun keputusan daripada yang punya badan belum lagi diperolehi

UMNO nak calonkan Tengku Razaligh Hamzah untuk menyaingi calon daripada parti Pas yang sehingga kini belum lagi ditetapkan,UMNO telah nampak bahawa tiada calon UMNO di Galas yang layak menandingi calon Pas melainkan Tengku Razali Hamzah sekiranya UMNO mahu menang

Pencalonan Tengku Razali mungkin sengaja diwar-warkan oleh UMNO supaya Pas menjadi panik banun bagi pehak Pas siapapun calon di Galas maka mereka tetap akan melawannya tanpa rasa takut dan gentar, namun UMNO hendaklah awas ! sekiranya Tengku Razaligh Hamzah tumbang di Galas maka itu satu penginayaan bagi maruah dirinya oleh UMNO sendiri

Rasanya Tengku Razaligh Hamzah bukanlah seorang yang bodoh dan boleh dibodohkan oleh UMNO, persoalan yang timbul ialah apa sangatlah keistimewaan Tengku Razaligh dimata orang UMNO sedangkan dia terbiar sejak membubarkan parti Semangat 46 sehingga sekarang tiada jawatan pentingpun sanggup diberikan oleh UMNO pusat kepadanya, tiba-tiba apabila berlaku pilihanraya di Bahagiannya maka dia dilihat sebagai orang yang penting pula ?


Friday, September 3, 2010

BN GELABAH DENGAN SAMAN PAS KEATAS PETRONAS

Posted by singamaraja

Friday, August 20, 2010

Apa Lagi Yang Hendak Dikata !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

APA LAGI YANG HENDAK DIKATAKAN APABILA RAMAI ORANG UMNO BERKATA "PASLAH GANTIKAN UMNO ! AGAK TERGAMAM JUGA SAYA APABILA ORANG UMNO SENDIRI YANG BERKATA DEMIKIAN, APA PULAK KENA DENGAN ORANG UMNO NI ?

MUNGKINKAH MEREKA INI BERKATA IKHLAS ATAU MEREKA SUDAH KECIWA DENGAN PERGERAKAN PARTI MEREKA YANG SEKIAN HARI SEKIAN TERCABAR DENGAN BERBAGAI-BAGAI ISU YANG TIDAK SELESAI, APAKAH MASALAH INI JUGA YANG DIMAKSUDKAN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI NAZRI AZIZ ?

NAMPAKNYA UMNO SUDAH BERPECAH DIDALAM SENYAP !

Wednesday, August 4, 2010

APABILA MANUSIA MELUPAKAN TUHAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Apabila manusia mulupakan ingatan Tuhan maka mereka akan dilupakan Tuhan juga diakhirat nanti, kadangkala Tuhan menunjukkan musibah kelupaan tersebut tidak sampai masa untuk tempun diakhirat didunia ini sudah ditunjukkan oleh Allah namun manusia tidak juga mahu sedar-sedar, mungkin pintu hatinya telah tertutup rapat oleh kejahilan mereka

Thursday, July 15, 2010

Tiada Sebab Melayu Bersatu

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Semua orang melayu dari Pas dan UMNO sekarang ini menumpukan perkara yang berkait dengan isu perpaduan melayu sekalipun PAS sudah menutup pintunya kepada UMNO untuk bersatu namun UMNO masih lagi mengharapkan PAS membuka pintu untuk UMNO, apa yang anihnya para pemimpin UMNO masih lagi berkata bahawa PAS memerlukan UMNO, kenyataan ini tentulah ada muslihat pada benak UMNO

Dari dahulu lagi apabila UMNO yang membuat hal dan mengharapkan sesuatu dari PAS maka mereka akan berkata terbalik, itulah perangai UMNO yang pandai buat cerita, ertinya UMNO yang kelaparan tetapi dia kata PAS yang lapar, demikianlah sikap UMNO dari dulu hinggalah sekarang mereka tak pernah nak mengubah peranagi buruknya dari peringkat pucuk pimpinan hinggalah kepada peringkat ahli biasa

PAS bukan tidak kasihan dengan UMNO yang saban hari perjalanan parti melayu mereka bagai kan menongkah arus yang deras dan beransur hanyut dan terus hanyut , mereka mengharapkan PAS memperkuatkan parti tersebut akan tetapi PAS tidak boleh berbuat demikian kerana dasar PAS amat bertentangan dengan UMNO dan PAS tentunya tidak akan menggadaikan prinsip parti tersebut hanya dengan sebab nak selamatkan parti melayu yang ternyata salah disisi agama

Mereka mengharapkan PAS dibubarkan dan ahlinya menyertai UMNO, ini sudah semacam mereka mengundang ahli PAS masuk kedalam bakaran api neraka, ini semua tidak mungkin akan berlaku dalam sejarah politik negara, apa yang mereka sepatutnya lakukan ialah mereka wajib meminda perlembagaan parti mereka kepada islam jika mereka hendak selamatkan kuasa melayu di Negara ini kerana mereka juga melaungkan bahawa mereka juga memperjuangkan islam yang banyak dengan mendirikan banyak masjid di Negara ini

Kenyataan UMNO seolah-olah mereka membuka pekung di dadanya sendiri, yang sangat lemah dalam persoalan agama, apa yang PAS mahu ialah bukan syi'ar akan tetapi hukum yang wajib dilaksanakan untuk daulah islamiyah, jika mereka menyebut soal masjid maka di Negara yang kafirpun mereka membena masjid, inilah kebodohan UMNO tentang hukum agama, kita tidak menafikan bahawa masjid itu penting bagi syiar umat islam akan tetapi yang lebih penting lagi ialah hukum yang merupakan kekuatan umat islam dalam beragama

Perpaduan orang melayu tidak perlu disebut kerana tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah kaum dapat bersatu padu apabila perpaduan kaum itu dilaksanakan sebagai dasar penyatuan kaum semuanya akan berakhir dengan perpecahan melainkan dengan perpaduan didalam konsef islam itu sahaja yang kelihatan selamat dan menyelamatkan kaum

UMNO tidak akan mengubah dasarnya kepada islam, apa yang berlaku ialah hanya pengakuan lisan daripada mulut mereka sahaja yang mengatakan mereka juga memperjuangkan dasar islam, soalannya ialah apa yang mendorong mereka berkata demikian sedangkan dasar perjuangan mereka tidak langsung mencerminkan islam yang sebenar, mereka perlu faham jika hanya dengan pengiktirafan didalam perlembagaan jika disebut sahaja melayu maka dengan sendirinya itulah islam, pandangan ini adalah sangat dangkal dan tidak menesabah langsung, ertinya mereka tidak faham apa itu kaun dan apa itu islam

Kita tidak tahu sampai bila orang UMNO mahu faham tentang kalimah islam dan kaum, sebab itulah bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan di London "PAS perlu ada didalam politik negara jika tidak orang melayu dan UMNO akan hanyut" mengapa beliau berkata demikian ? Sebenarnya beliau sudah nampak bahawa kekuatan UMNO sebenarnya ada didalam PAS bukan didalam UMNO itu sendiri, maka orang-orang UMNO hendak menyedari hal ini dengan cara terbuka dan berlapang dada


Thursday, July 8, 2010

Pas Ajaran Sesat ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PAS tidak boleh berpeluk tubuh sahaja apabila parti itu di tuduh sebagai parti sesat, mereka kena bawa isu sesat itu kepengetahuan majlis Fatwa supaya PAS dibersihkan dari sebarang tuduhan sesat, tambahan lagi yang menuduh itu adalah seorang menteri kerajaan pusat dari UMNO

Pilihanraya mungkin tidak berapa lama lagi dan ia tentunya akan menjadi isu besar kepada orang yang tidak faham akidah atau untuk melawan tuduhan itu maka PAS terpaksa keluarkan pandangan mengikut kesohehan akidah terhadap orang UMNO pula, biar isu ini menjadi untung sabut timbul dan untung batu tenggelam

Isu sesat bukan satu isu kelakar politik kerana dasar perjuangan PAS adalah jelas mengikut ketentuan Allah dan RasulNya, jika isu ini tidak ditangani dengan betul ada kemungkinan dalam pilihanraya nanti PAS akan banyak hilang kerusinya

Wednesday, June 16, 2010

Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PESTA KELANTAN DI BATALKAN TUHAN DENGAN BALA HUJAN DAN RIBUT KENCANG YANG MELANDA KOTA BHARU, JANJI UMNO NAK BAGI NIK AZIZ BERUCAP PADA MAJLIS TERSEBUT DI TARIK BALIK DENGAN TIDAK MEMBENARKAN NIK AZIZ BERUCAP JELAS MENUNJUKKAN SIKAP MUNAFIK UMNO

PESTA KELANTAN YANG HANYA DI HADIRI OLEH HANYA TIDAK SAMPAI 500 ORANG BERTUJUAN HENDAK MENARIK MINAT RAKYAT KEPADA UMNO TERNYATA TELAH DI GAGALKAN OLEH ALLAH DENGAN MEMBATALKAN MAJLIS TERSEBUT, INI SATU AMARAN KERAS ALLAH KEPADA MEREKA

RATUSAN RIBU RINGGIT TELAH DIGUNAKAN UNTUK MAJLIS TERSEBUT TERNYATA SATU PEMBAZIRAN WANG RAKYAT OLEH UMNO, SEMENTARA RAKYAT TERUS MENYOKONG UMNO SEBAB KEBENDAAN YANG TIDAK HABIS-HABIS DI BURU MELALUI UMNO YANG TIDAK HABIS-HABIS MENIPU RAKYAT

Tuesday, June 15, 2010

Lubuk Emas Kerajaan ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Pembenaan Parlimen, Istana Negara dan Lapangan Terbang Sungai Besi adalah kerana tapak tersebut di lihat sebagai lubuk Emas kepada kerajaan, tapak tersebut bernilai tinggi untuk golongan kroni tertentu membuat wang

Friday, June 11, 2010

MUKTAMAR PAS

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Muktamar PAS yang di adakan di Kelantan di jangka menghasilkan satu pormula kerja untuk menghadapi pilihanraya umum 13 bagi menawan banyak kursi daripada BN/UMNO, keyakinan ini di lihat dari sudut kesedaran rakyat yang berbilang kaum di negara ini atas dasar halatuju perjuangan parti PAS dalam Pakatan Rakyat

Apa yang hebuh di perkatakan di akhir-akhir ini di kalangan golongan yang bukan islam ialah keterbukaan PAS dalam menentukan calonnya pada pilihanraya umum yang lalu dengan meletakkan calonnya yang bukan dari kalangan parti tersebut sebagai sikap keterbukaan semanagt baru bangsa lain kepada parti tersebut

Tuesday, June 8, 2010

MABUK HENDAK BERSATU ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

JIKA ORANG MELAYU HENDAK BERSATU MAKA SERTAILAH PAS, ATAU UMNO TUKAR DASAR PERJUANGANNYA KEPADA DASAR ISLAM MAKA BERSATULAH ORANG MELAYU JIKA TIDAK MAKA "LAKUM DEENAKUM WALI YADEEN" (Kamu ikut jalan kamu dan kami ikut jalan kami)

Sunday, June 6, 2010

TETAP HARAMKAN JUDI

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

NEGERI DI BAWAH PAKATAN RAKYAT TETAP TERUS MENGHARAMKAN JUDI WALAUPUN VINCENT TAN MERAYU JUDI DI HALALKANDI NEGERI PAKATAN RAKYAT , ALASANNYA MUDAH KERANA KERAJAAN KELUARKAN LESEN SEBAB NAK MENGELAKKAN JUDI HARAM, SEDANGKAN SEMUA BENTUK JUDI ADALAH HARAM

Monday, May 31, 2010

MAKA MARAHLAH ORANG KEPADA ISRAIL !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Israil mengganas lagi ! Israil membunuh lagi ! Mengapa Israil berani mengganas dan membunuh ? Semua itu kerana keizinan Allah kerana Allah mahu perasaan umat islam menderita dengan mengizinkan Israil berbuat demikian KERANA umat islam membelakangkan agama dan mendepankan perjuangan semangat bangsa yang di larang oleh agama

Allah mengajar umat islam yang buta, Allah mengajar umat islam yang pekak, Allah mengajar umat islam yang bisu, sekalipun mereka tidak pekak, bisu dan buta pada pysikalnya namun mereka buta mata hati, kerana dalam hati mereka ada berpenyakit, lalu Allah tambah penyakit itu dengan mengizinkan Yahudi mermaharaja lela di timur tengah

Umat islam telah di beri amaran oleh Allah tentang Yahudi dan Nasrani supaya kamu jangan jadikan mereka kawan rapat, akan tetapi di situlah juga kamu membuat rujukan, Allah memberikan amaranNya juga kepada kamu tentang musuh yang ghaib iaitu syaitan supaya kamu jangan terpedaya dengan mereka akan tetapi kamu jadikannya juga sebagai kawan

Hari ini umat islam di seksa oleh Allah perasaan mereka, namun apa yang kamu perlu buat ? Sedangkan kamu tidak berada di landasan islam yang benar, kamu ambil landasan yang di larang oleh agama iaitu kamu berbangga dengan bangsa dan puak kamu, kamu canangkan di seluruh negara bahawa dasar kamu adalah yang terbaik dengan tidak menyedari bahawa kamu sebenarnya telah menderhakai agama kamu sendiri hasilnya kamu di hina oleh Allah

Orang melayu khasnya hidup bagaikan kelkatu yang sukakan kepada cahaya api, sekalipun mereka tahu api itu bahaya akan tetapi mereka masih lagi menerkan kepada api bagaikan kelkatu yang membakar diri, mereka tahu Israil itu bahaya akan tetapi mereka kawan juga, larangan Allah dan rasul langsung tidak di pedulikan akibatnya mereka menjadi bangsa yang sesat dan hilang maruah diri

Wednesday, May 26, 2010

DUNIA SUDAH BERCELARU

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

APABILA ORANG MENGAMALKAN MAKSIAT MENGEPALAI URUSAN AGAMA, MAKA TUNGGULAH BALA DARIPADA ALLAH

Manusia semakin berani melanggar batas tugas dan tanggungjawab yang bukan bidang yang di fahaminya itu menandakan dunia sudah hampir musnah, itulah yang berlaku di negara ini, di katakan ulama sudah bersekongkol dengan umarak yang melakukan maksiat untuk membincangkan soal agama

Ulama sudah menjadi lembu di cucuk hidung, sementara umarak memang bercita-cita tinggi untuk menguasai ulama supaya agama dapat di catur mengikut acuan umarak yang jahil dalam urusan agama dan waktu yang sama ulama sudah tidak ada kekuatan apabila berhadapan dengan umarak kerana fulus dan pangkat

Agama mengajar kita dengan satu pandangan nasihat, apabila di serahkan perkara agama kepada orang yang jahil tentang agama maka tunggulah kehancuran agama tersebut dan rakyat yang menderita, negara akan terus menerima bala daripada Allah s.w.t, sementara ulama yang bersekongkol tetap akan di balakan oleh Allah kerana takut bersuara

Umarak memang suka urusan yang nereka tidak tahu di serahkan kepada mereka kerana mudah untuk mereka mengubah hukum Allah dan rasulNya dan ini telahpun berlaku di negara ini, akibatnya hukum yang di tetapkan oleh Allah sudah tidak lagi menjadi hukum yang benar, apa yang ada hanyalah tinggal hukum hawa nafsu, kemudian hukum tersebut di lebelkan sebagai hukum syara', semua ini siapa yang akan tanggung ? Ulama sanggup tanggung ? Sebab itu jika ada ulama jangan jadi ulama bisu !

Monday, May 24, 2010

DALAM PERKARA HUKUM TIADA SUARA RAKYAT

Posted by singamaraja

Salam

Dalam perkara hukum yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia maka semua makhluk termasuk manusia tidak boleh berkira-kira untuk di ambil pandangan mereka, manusia tidak boleh membuat apa-apa ketetapan dalam soal hukum sama ada mengurangkan atau melebihkan

Di negara ini ramai di antara manusia cuba hendak mentafsir undang-undang yang Allah telah tetapkan, mereka kena ingat bahawa hukuman Allah adalah hukum yang mutlak, yang haram tetap haram, yang makroh tetap makroh dan yang harus tetap harun dan demikian juga hukum-hukum yang lain yang berkaitan dengan kesalahan yang di lakukan oleh manusia

Mereka tidak boleh mengolah hukum yang telah di tetapkan, perkara hukum bukan tertakluk kepada antum a'alamu bi umurrid dunyakum (Kamu lebih faham dalam urusan dunia kamu) Hadis ini tiada kaitannya dengan hukum yang kata'ie yang telah di tetapkan oleh Allah kepada manusia

Manusia jangan cuba hendak samakan dengan menilai suara manusia terbanyak untuk menghalalkan hukum yang haram, inilah kelemaham para pemimpin yang terdapat di dalam negara ini, N3 ini adalah berkaitan dengan judi yang telah di luluskan oleh kerajaan Barisan Nasional yang mana kumpulan PAS akan membuat bantahan di seluruh negara yang akan di adakan tidak lama lagi

Jangan mengambil kira dari suara tunjuk perasaan atau suara dari rakyat maka lesen judi itu akan di ambil kira, apa yang penting ialah suara daripada Allahlah yang wajib di ambil kira jika sekiranya kamu mengaku sebagai seorang islam sebab itulah ibnu Qayyim al Jauzziyah menyatakan bahawa "Tiada siasah melainkan menepati hukum syarak"