Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, April 8, 2009

APA MAKSUD UNDI PEKAN UNDI KAMPUNG ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Shahlan Wa Marhaban,

APA MAKSUD UNDI PEKAN DAN UNDI KAMPUNG ?

Rasanya tidak ujud istilah undi pekan dan undi kampung, yang mengistilahkan undi pekan dan undi kampung ini datang dari pemikiran BN/UMNO kemudian di tiru oleh parti pembangkang pula, persoalannya mengapa istilah ini di ketengahkan ? Apakah kita mahu katakan bahawa pengundi kampung masih bodoh dan pengudi pekan sudah pandai ? Jika istilah ini terus di gunakan maka jauhlah hati orang kampung dan bengkaklah dada orang pekan, dalam keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini nampaknya istilah ini sudah tidak boleh lagi di pakai sebab perkampungan orang cina (bagan) sudah menunjukkan mereka sudah menjadi pengundi yang pandai, ertinya mereka sudah menjadi pandai walaupun mereka terus tinggal di kampung demikian juga denga orang india di ladang

Di perkampungan orang melayu yang tinggal hanya orang tua-tua sementara anak-anak mereka tinggal di pekan kerana bekerja, merekalah yang banyak menyara orang tua mereka di kampung, mengikut adat jika anak-anak mereka tidak menyara hidup mereka maka mereka akan menjadi susah, oleh yang demikian maka kita cula pandangan orang kampung yang rata-rata mereka mengakui bahawa jika anak mereka gagal menyara kehidupan mereka maka matilah mereka kebuluran, apabila di tanya pula bagaimana dengan pengundian maka mereka kata ikut apa kata anak sebab merekalah menyara kami, ertinya orang kampung sudah mula pandai, kerana itu istilah undi kampung dan undi pekan tidak ujud lagi

2 comments:

Isabel Branco said...

Have a good day.

I like very much your lion.

Kisses for you.

Basuh Baju said...

kata undi adalah rahsia..tp boleh pulak tau berapa pertus undi kaum cina,melayu dan india..

btl, ingt org kmpg ni bodoh ke.. tp tak dinafikan org bandar lebih byk dpt informasi dr media baru..tu psl undi utk pakatan meningkat.

Post a Comment