Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, June 10, 2009

POLITIK BABI GILA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Setiap mulut rakyat Malaysia bagaikan murai cabut ekor suka menilai sendiri apa juga isu yang di utarakan oleh pucuk pimpinan, sikap rakyat Malaysia ini mungkin ada kebaikannya kerana mungkin juga di katakan sudah matang berpolitik secara berterus terang, apa yang menjadi masalahnya ialah perancangan yang lahir dari minda orang politik atasan , mereka tidak bijak untuk menilai agrasif kematangan politik kampungan yang sekian hari sering meningkat sekalipun pemikiran politik kampungan ini di anggap tidak akan kemana

Para pemimpin politik di negara ini telahpun mencurahkan ilmu yang banyak kepada pengikutnya dan juga orang ramai dengan sebaik mungkin, namun pucuk pimpinan terlupa dengan sikap orang ramai yang telah di isi dengan berbagai ilmu itu kadangkala mereka lebih laju bertindak dari pucuk pimpinan sendiri kerana orang ramai ataupun pengikut tidak di turunkan dengan ilmu kesabara berfikir akibat dan kesannya terhadap keselamatan sesuatu berita itu sama ada ia boleh mendatangkan untung dan ruginya kepada kumpulan masing-masing

Keilmuan mengatur kebijaksanaan sesuatu berita itu boleh di hebahkan ataupun tidak menjadi beku di dalam kebijaksanaan pemikiran rakyat sebab itu kita dapat lihat betapa sesuatu berita itu apabila di kemukakan maka ia akan lebih laju di hebahkan dari kelajuan cahaya yang Tuhan jadikan ini semua kerana tiada keselamatan ilmu yang di curahkan oleh pucuk pimpinan kepada pengikut dan orang ramai, akibatnya yang akan menderita ialah dasar perjuangan kumpulan yang mungkin akan di benci oleh pengikut sendiri ataupun orang ramai

Akibat dari perkara yang di sebutkan di atas maka semua peringkat akan menjadi pening kepala yang berkesudahan dengan penyesalan yang tidak berkesudahan oleh kerana itu kepada pucuk pimpinan lain kali hendaklah berbincang dan berunding terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan parti ataupun kumpulan dan jadikan rahsia terlebih dahulu sebelum di sarankan kepada umun secara bijaksana supaya tidak menanggung malu dan keciwa

0 comments:

Post a Comment