Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, August 28, 2009

Hukum Peminum Arak (Khamru)

Posted by singamaraja

Ahlan Wasahlan

Berita keputusan mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman denda terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak masih lagi panas di perkatakan rakyat Malaysia termasuk yang masuk campur ialah bapak-bapak menteri serta pandangan ulama negara ini dan berbagai-bagailah pandangan mereka

Hukuman yang di jatuhkan oleh Mahkamah Syariah itu ialah denda RM 5,000 dan 6 kali sebatan, dengan hukuman tersebut maka pada mulanya tidaklah seheboh mana akan tetapi bila sampai kepada penangguhan hukuman sebat 6 kali maka barulah timbul berbagai-bagai spekulasi daripada orang ramai, mengapa ?

Ada yang memberikan alasan kerana menghormati bulan ramadan ? Ada pula berkata kerana tiada tukang sebat syari'ah ? sedangkan apabila hukuman telah jatuh sepatutnya telah tersedia orang yang menjalankan tugas akan tetapi ada saja alasan yang di berikan yang tidak boleh di terima akal dan sangat menghampakan

Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah bolehkah di terima oleh yang menerima hukuman tersebut bahawa dia akan terlepas daripada hukum Allah di akhirat nanti ? Sedangkan hukuman tersebut bukanlah berdasarkan undang-undang Tuhan atau syariah, apakah yang terhukum menyangka bahawa dia telah bebas dari hukuman Tuhan ?

Kartika Sari Dwi Shukarno mahukan hukuman sebat itu terus di jalankan tanpa dia memohon hukuman tersebut di rengankan atau di hapuskan, apakah dia merasakan bahawa dia akan bersih selepas menjalani hukuman tersebut ? Pada pandangan saya jika Kartika Sari Dewi mahu menjadi seorang yang bersih maka eloklah Kartika Sari Dewi memohon kepada mahkamah supaya dia di kenakan hukuman 40 sebatan dari mahkamah syariah tersebut sesuai dengan hukuman islam, JIKA MAHKAMAH TIDAK BERKUASA MELAYAN TUNTUTAN KARTIKA SARI DEWI MAKA SAYA RASA KARTIKA SUDAH JADI BERSIH CUMA YANG TERPERANGKAP IALAH PENGUASA AGAMA

Andainya Kartika mati sebelum hukuman yang di mintanya berhasil maka adakah Tuhan akan melepaskan dosanya ? Itu kena tanya ulama dan yang arif, walau bagaimanapun saya mengambil pendekatan tersebut sebagai nawaitu ikhlas dari pesalah yang tidak tercapai kerana takdir mendahului hukumannya oleh Allah

2 comments:

Anonymous said...

ciao! ha aperto i battenti il nuovo portale di cinema direttamente dagli studios di Cinecittà. News, recensioni, anteprime, foto, video e tanto altro ancora; e se vuoi collaborare con noi scrivendo recensioni scrivici @ dnacinema@yahoo.it http://dnacinema.blogspot.com/ P.S. Complimenti per il blog, ottimo lavoro! (saresti daccordo per un'affiliazione? ci terrei particolarmente...) A presto!
Lorenzo

me vich said...

hi good your blog.thank you

Post a Comment