Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, September 14, 2009

Yang Di katakan Agama

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Para ulama telah menerangkan tentang agama dalam maksud yang menyeluruh yang merangkumi perkara yang berkait dalam kehidupan manusia dan negara, sehingga zaman muta akhir ini ulama telah membahagikan agama mengikut jurusan yang tertentu

Agama yang berkait dengan akidah di namakan ilmu Tauhid atau ilmu Usuluddin atau ilmu Aka'idul Iman, perkara yang berkait dengan hukum hakam di namakan Ilmu Fekah dan perkara yang berkait dengan kerohanian di namakan Tasawwuf atau ilmu Akhlak

Ulama zaman muta akhir ini membahagikan ilmu islam dan perkara fekah dalam perkara yang berkait dengan pemerintah sama ada yang berhubung dengan ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan politik di namakan siasah syari'iyyah yang bersumber daripada kitab dan sunnah Rasullullah s.a.w

Di zaman muta akhir ini juga islam telah menjadi perhatian umum setelah ideologi-ideologi yang lain gagal menyelesaikan banyak perkara, oleh kerana itu golongan yang menentang islam terpaksa bercakap tentang islam mengikut hati perut mereka kepada golongan rakyat yang buta agama akan tetapi tidak kepada golongan yang faham agama

Ibnu Qayyim berkata "Tiada siasah melainkan menepati hukum syarak, ertinya tidak boleh menyanggah hukum syarak yang bersumber daripada Al Quran dan sunah Rasullullah s.a.w selain dua sumber ini ia tidak boleh di katakan syarak sekalipun ia telah di istiharkan sebagai hukum syarak

Umat islam di akhir zaman sering di kelirukan oleh golongan Jahula yang sering membawa fitnah dalam perkara agama dan mereka juga sering menyembunyikan perkara agama demi kepentingan golongn yang hendak mengelirukan atau hendak memalsukan islam demi politk ala Yahudi mereka

Terdapat juga golongan yang menggunakan para ulama yang mengurangkan darjat hukum agama demi kepentingan kaum yang tertentu kerana ada sumber daripada pehak atasan golongan bukan islam supaya mencacatkan hukum agama islam dengan tujuan supaya kitab panduan orang islam akan di tinggalkan kerana sudah ada undang-undang islam yang baru

1 comments:

Kabasaran Soultan said...

Very nice sharing ...
Jadi banyak tahu nih

Ayo mari kita sholat Dzuhur...

Post a Comment