Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, March 17, 2010

PADAH JADI KATAK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Apabila wakil rakyat sudah hilang pertimbangan di dalam dewan maka perangai mereka berubah menjadi tidak keruan, ini adalah angkara mereka telah berubah haluan dan hala tuju perjuangan, andainya mereka tidak menjadi katak maka mungkin mereka tidak berperangai demikian

Apakah puncanya ? Saya nampak punca yang asas ialah keberkesanan Yang di pertua dewan gagal mengendalikan mesyuarat dewan yang dari awal lagi sudah menampakkan tidak berkemampuan untuk mengendalikan dan mengawal ahli dewan walaupun dia boleh berbuat demikian

Sikap semua pehak di dalam dewan tersebut tidak mencerminkan sebagai wakil kepada rakyat yang mengharapkan nasib rakyat dan negara terbela dan berubah namun apa yang berlaku ialah wakil rakyat tidak membawa masalah kesusahan rakyat untuk di bincangkan bersama

Wakil rakyat hanya membawa perasaan masing masing untuk di pertontonkan dan di siarkan kepada rakyat bagi kemegahan mereka dan mereka mengharapkan nama mereka di julang atas keberanian meeka konon, berani yang tidak ada erti langsung kepada rakyat

Mereka tidak menyedari bahawa negara dan rakyat sedang menghadapi masalah hidup dan sosial yang amat parah, mereka hanya ikut kepala mereka sahaja sementara setiap kementerian yang menghadapi masalah kepincangan terus tidak berubah dan dewan pula tidak berhasil di menefaatkan untuk faedah rakyat

0 comments:

Post a Comment