Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, April 6, 2010

NAMA PERKASA SUDAH BUSUK !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

JAUHI PERKASA !!!

Ramai yang terperangkap dengan pertubuhan PERKASA, sebagaimana yang di ketahui pada perengkat awal lagi bahawa PERKASA bukanlah satu pertubuhan untuk mempertahankan perlembagaan 152 persekutuan akan tetapi pertubuhan itu adalah hanya nak nama dan mengambil kesempatan sokongan daripada orang melayu, akhirnya rakyat tahu siapa perkasa

Kegagalan perkasa mengotakan janji guruhnya kepada pemimpin MCA dan GERAKAN selama 48 jam berakhir dengan jenaka kosong dan bodoh, pada perengkat awal juga kebanyakan rakyat Malaysia tahu bahawa PERKASA adalah agen UMNO yang bertindak liar dan pondan, presidennya dari jenis darah panas tapi bacul dan pembohong besar, mereka hanya nak tipu melayu

Di sini kebanyakan orang melayu sudah naik loya dengan perangai PERKASA, mereka juga telah memperbodohkan bekas perdana menteri yang agak yakin dengan PERKASA akhirnya apa yang di dapati ialah malu yang bukan sebarang tanggung, Dr Mahadzir adalah seorang yang cerdik, demikian pujian dari mursyidul 'am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan akan tetapi yang bijak dan licik sebenarnya adalah Ibrahim anak lelaki Ali

Sekarang UMNO juga sudah naik muak dengan presiden PERKASA kerana pertubuhan itu banyak memberikan kerugian dalam arena politik UMNO, kaum lain sudah dapat mengagak bahawa pertubuhan NGO ini sebenarnya ada tujuan serampang dua mata, satu kerana hendak meyakinkan UMNO bahawa merekalah akan menyambung perjuangan bangsa melayu dan UMNO mengharapkan sangat dengan pertubuhan ini namun gagal, kedua mereka mahu mengkudakan UMNO supaya menghormati mereka, juga gagal

Sekarang orang melayu tidak boleh berbangga dengan PERKASA , dan orang melayu hendaklah menjauhkan diri dari pertubuhan ini kerana pemimpinnya takbur, riak, dan bodoh sombong, mereka yang telah terperangkap dengan pertubuhan ini eloklah keluar dan anggaplah pertubuhan ini sebagai pertubuhan yang sudah mati


0 comments:

Post a Comment