Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, May 3, 2011

INILAH KERJA ORANG MELAYU

Posted by singamaraja


Panas: Kecoh Di Karnival Jom Heboh TV3, Yang Di Pertua MPK Perlu Bertanggung Jawab Isu Adanya Dua Kelulusan Di Atas 'Tapak Jualan' Yang Sama !

KUANTAN, 3 Mei - Baru-baru ini kami telah mendedahkan satu insiden yang tidak diingini berlaku menjelangnya program Karnival Jom Heboh TV3 di Padang MPK 2 dekat sini.

Artikel Panas: 'Belum Pun Bermula', Karnival Jom Heboh TV3 Kecoh Gara-Gara Isu 'Perebutan Tapak' Gerai Jualan Di 'Kawasan Letak Kereta' Padang MPK 2 !! yang kami siarkan itu rupa-rupanya telah mendapat perhatian serius daripada pihak atasan TV3.

Dalam kejadian itu, difahamkan beberapa orang Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bertindak mengalihkan kanopi yang telah dipasang oleh TV3 berhampiran kawasan letak kereta Padang MPK2. Kejadian itu sungguh memalukan, tambahan pula ia disaksikan oleh beberapa orang awam yang berada disitu. Malah, ada sebahagian daripada mereka telah bertindak mengambil gambar dan video sebagai bukti.

Difahamkan, kekecohan "berebut tapak gerai jualan" itu menyebabkan pihak TV3 terpaksa membenarkan gerai jualan basah (makanan dan minuman) didirikan atas kawasan gelanggang Futsal. Ini sungguh mengejutkan, kerana gelanggang tersebut sebenarnya masih digunakan oleh pihak yang berkenaan.

Semua ini berlaku kerana tekanan daripada pihak yang berkenaan. Biarpun karnival tersebut sudah berakhir dua hari lalu (1 Mei), namun kekalutan akibat kekecohan itu wajar dibongkarkan demi keadilan untuk semua pihak. Kami melihat, perkara ini tidak berlaku jika adanya sikap profesional dan bertanggungjawab pihak-pihak yang berkenaan. Soalnya, kenapa harus berlaku kekecohan sedangkan ia jelas memalukan pihak terbabit.

Dua Kelulusan Atas Tapak Sama, YDP Perlu Jawab

Siasatan kami jelas mendapati kekalutan berpunca daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri. Ia berikutan tindakan mereka meluluskan kawasan tapak gerai jualan yang telah disewakan kepada TV3 untuk penganjur lain.

Difahamkan, dalam beberapa mesyuarat yang diadakan oleh pihak berkenaan dengan majlis tempatan itu, sememangnya tiada kebenaran ruang niaga diperuntukkan kepada pihak lain melainkan TV3 sahaja. Malah, TV3 pula dipercayai telah membayar sewaan tapak karnival terbabit lebih dari RM50,000 termasuk kawasan tapak letak kerata berkenaan (RM4,000). Keputusan telah dibuat oleh Yang DiPertuanya Dato’ Haji Zulkifli bin Haji Yaacob (foto). Namun, anehnya beberapa hari menjelang karnival terbabit berlangsung, satu kelulusan "luar biasa" telah diberikan kepada penganjur lain di lokasi yang sama. Permit dan surat kelulusan yang asli telah diperolehi dan ditandatangani oleh Yang Dipertua terbabit sendiri.

Soalnya, kenapa berlaku pertindihan kelulusan atas tapak yang sama?. Inilah yang menjadi punca kekecohan berkenaan sebenarnya. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kepada sebuah agensi kerajaan seperti itu. Tambahan pula MPK telah beberapa kali menerima anugerah kecemerlangan. Soalnya, kenapa perkara sebegini boleh berlaku dan tidak diketahui oleh YDP sendiri yang ketika itu berada di luar kawasan.

Janji beliau untuk menyelesaikan perkara itu haruslah ditunaikan. Ini kerana jika benar kelulusan dan sewaan tapak gerai jualan terbabit telah diberikan kepada pihak TV3, maka bagaimana pula ada surat kelulusan dan permit lain dikeluarkan oleh agensi yang sama?. Inilah menjadi punca berlakunya kekecohan tersebut.

[Satu siasatan yang rapi harus dilakukan oleh Yang DiPertua MPK bagi mencari punca kenapa kelulusan boleh berlapis atas tapak yang sama. Bayangkan jika pihak TV3 mengambil tindakan saman terhadap MPK, bukankah risiko yang lebih besar akan berlaku sebenarnya.

Pihak MPK cuba melakukan satu tindakan yang profesional untuk tidak membenarkan penganjur lain membuka gerai di kawasan berkenaan. Namun anehnya kelulusan telah diberikan, malah lebih teruk lagi apabila gerai-gerai "pasang siap" yang berselerak muncul di saat akhir karnival itu bermula juga amat mengejutkan.

Sepatutnya Penguatkuasa MPK mengambil tindakan menyaman atau mengarahkan peniaga terbabit menutupnya jika benar mereka begitu tegas dalam isu tapak yang menjadi perebutan itu. Namun, anehnya MPK mengutip pula sewaan RM20 terhadap peniaga berkenaan. Ini sungguh memalukan sebenarnya? Ketegasan yang jelas tidak bertempat.

Tambah mengejutkan disaat ratusan ribu rakyat datang ke Karnival Jom Heboh TV3, pihak MPK juga membuat operasi saman "parking". Bukankah mereka sudah mengaut keuntungan besar hasil penganjuran karnival terbabit, maka tidak wajar mereka membebankan orang ramai dengan kesalahan meletak kereta. Bukankah ketika itu, semua "parking lot" penuh dan merupakan hari peristiwa. Sudah sewajarnya dua hari itu diberi kelonggaran kepada orang ramai, asalkan ia tidak mengganggu lalu lintas.

Difahamkan, pihak TV3 juga khabarnya akan mengkaji sama ada akan meneruskan karnival Jom Heboh di Kuantan atau membatalkannya pada masa yang akan datang. Semuanya, gara-gara tindakan memalukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri sebenarnya].

0 comments:

Post a Comment