Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, October 6, 2009

Terkini UMNO Ngelabah

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Apa hujah UMNO berkempen di Bagan Pinang ?

Sungguh muflis kempen UMNO di Bagan Pinang, kempen mengemis simpati UMNO di Bagan Pinang sehinggakan sanggup berbohong mencederakan diri sendiri, sanggup edar risalah palsu minta rakyat bersimpati, sanggup berhubung dengan pengundi tentera yang bersimpati dengan PR di suruh membuat kerja luar sehinggakan tak dapat mengundi di hari mengundi, sepatutnya BN yang memerintah negaralah yang mahu bersimpati dengan rakayat, ini sudah terbalik pulak

Kebanyakan kempen UMNO di Bagan Pinang meminta simpati rakyat dengan membuat tuduhan palsu bahawa PR rakus dan jahat, ini bukanlah kempen namanya, kita tak tahu bagaimana fikiran rakyat apabila UMNO berkempen demikian rupa

UMNO sebenarnya melakukan kempen sedemikian adalah kerana mereka hendak menutup tembelang busuk mereka dengan isu Rasuah, isu bosnya yang berkhaluat dulu, isu altantuya dan banyak lagi isu yang bertentangan dengan perkara sosial pemimpin parti tersebut yang telah menjadikan UMNO terpalit dengan keburukan moral, isu pengundi hantu tentera, isu kelemahan SPR dan banyak lagi

Semua kempen UMNO kali ini hanya untuk mengalih pandangan rakyat di negara ini kepada isu pemimpin dan ekonomi negara ketika ini yang kian sudah tidak lagi mampu bagi UMNO untuk menangkisnya, kerana itu mereka alihkan pandangan dan pemikiran rakyat terhadap kempen bodoh UMNO

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang Terkini

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Ana baru balik dari Bagan Pinang ! masya Allah kelentongnya UMNO ! nak marahpun ada nak ketawapun ada, tapi ketawalah yang lebinya, nasib baik ketawa tak berdekah-dekah boleh kontrol lagi insya Allah !

Apa cerita ?

Cerita ketua putra UMNO pakai guard leher yang di katakan sedikit luka TAPI dia pakai guard tengkok yang selalu orang pakai kerana terjatuh motor atau jatuh tunggang kuda ! hampeh betul la mamak sekor ni ! ayo yo ! ada patah ka ! lu kasi tau la sama itu orang UMNO pakai baju PAS kasi hantam sampai patah lu punya leher, lepas itu lu panggil la press confrence

Oi ! putaq alam betul la mamak sekor ni, Woi ! mamak ! lu cari la itu pambu kemudian nanti orang pukul sama lu dulu nanti lu baru tau

Saturday, October 3, 2009

Menang atau Kalah Bagan Pinang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UNTUK ORANG BAGAN PINANG

Ketika mana orang ramai sedang bercakap dari hal calon BN/UMNO maka ada pertanyaan yang kurang bijak di luahkan oleh UMNO " Jika selain Isa Samad UMNO boleh menang kah ? Jika orang lain selain Isa Samad yang jadi calon UMNO akan kalhkah ? Dr Mahadzir berkata orang yang salah boleh menang dan orang yang benar boleh kalah di Bagan Pinang

Soalnya bukan kalah ataupun menang, soalnya adalah untuk mengingatkan rakyat, jika di letakkan calon yang telah melakukan kesalahan maka ia tidak baik, dan jika UMNO letakkan calon yang baik maka maruah rakyat akan jadi baik, bayangkanlah jika mengundi calon yang tidak baik maka yang kelihatan tak baik ialah rakyat kerana tak tahu pilih yang baik dan yang tak baik

Mustahil rakyat tiada maruah dan tidak tahu hendak memilih mana yang baik dan yang tidak baik, bayangkan juga jika rakyat mengundi calon yang tak baik ? Tentulah rakyat di anggap tak tahu menilai di antara yang baik dan yang tak baik, andainya rakyat mengundi juga yang telah tidak baik maka mereka boleh tanya diri mereka sendiri sama ada mereka baik atau tidak baik

Friday, October 2, 2009

UMNO Bagan Pinang Jangan Bodoh

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Isa Samad, Isa Samad,Isa Samad,Isa SamadmIsa Samad lepas tu anaknya, anaknya, anaknya, anaknya ! inilah tradisi UMNO nak memenopoli jawatan atau jadi wakil rakyat yang di wakili oleh satu keturunan keluarga orang lain hanya jadi penonton atau jadi pengikut dan tidak berupaya nak lawan sebab orang atau keluarga politik wajib banyak wang dan mereka yang banyak wang adalah kerana politik kemudiannya menjadi politik wang atau rasuah politik

Orang politik jika mereka melakukan rasuah politik maka mereka tidak perlu di dakwa ke mahkaman kerana Mahkamah tiada kuasa untuk membicarakan pesalah rasuah politik dan perasuah politik pula bebas kemana saja mereka nak pergi asalkan mereka BERUANG dam mereka tetap menjadi pilihan rakyat kerana hinanya seseorang itu bukan kerana rasuah tapi hinanya mereka kerana tiada BERUANG

Orang Negeri Sembilan belum lagi pandai berpolitik kerana itu mereka di buli oleh kumpulan yang BERUANG dari kalangan orang politik yang rasuah, oleh kerana itu jika orang Bagan Pinang khasnya dan Negeri Sembilan amnya mahu jadi pandai dan mahu menjadi calon buat masa akan datang maka mereka WAJIB UNDI PAS, jika PAS menang di sana maka keluarga Isa Samad sudah tidak lagi relevan jadi calon di sana dan orang lain pula berpeluang menjadi wakil rakyat

Thursday, October 1, 2009

Tentera Mahu Wakil Sendiri ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

MANA MUNGKIN BANDAR KEPUNYAAN TENTERA DARAT BERWAKILKAN AWAM, INI SUDAH MENGHINA KAMI !

Port Dickson yang telah di istiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri Malaysia di kira sebagai menggula-gulakan Tentera Darat bukan sebagai menghormati tentera kerana jika Perdana Menteri mahu menghormati Tentera maka sepatutnya kerajaan Barisan Nasional melantik tentera atau sekurang-kurangnya melantik seorang bekas tentera menjadi calon di sana

Suara dari tentera di Port Dickson yang baru saja Singamaraja terima menyatakan "Apakah kerajaan tidak yakin dengan tentera atau bekas tentera ? Mana mungkin Port Dickson yang telah di istiharkan sebagai Bandar Tentera Darat berwakil rakyatkan seorang awam yang namanya telah tercemar ? Demikian rintihan tentera yang sedang berkhidmat di sana, tambahnya lagi "Apakah dengan berwakilkan seorang calon yang telah berparut itu kami jadikan wakil atau ketua ? Ataupun adakah kami telah di hinakan ?

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang Akan Teruji

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Hati dan perasaan pengundi teruji dengan hebatnya janji kerajaan Barisan Nasional di Bagan Pinang, mereka di peningkan oleh lambakan berbagai janji yang kononnya untuk masa hadapan mereka, bagi pehak PAS yang berusha menyatakan bahawa perjuangan mereka adalah berdasarkan kepada islam akan kita lihat nanti adakah ia akan di minati oleh pengundi di sana, ini bererti rakyat akan memilih di antara islam ataupun kebendaan yang di janjikan

Khalifah islan yang di mulai oleh Saidina Abu Bakar As Sidiq memohon kepada orang ramai supaya menyokongnya menjadi khalifah telaj di jawab oleh orang ramai " Jika kamu benar kami akan membantu kamu, akan tetapi jika kamu tidak benar kami akan luruskan kamu dengan pedang ini " demikian panduan yang di utamakan oleh orang ramai kepada Khalifah islam yang pertama itu sebagai syarat rakyat menyokong beliau untuk menjadi ketua

Berdasarkan syarat yang di berikan oleh orang ramai yang mensyaratkan antara kebenaran dan kebengkokan pemimpin, jika ini di ambil kira maka orang ramai akan memilih pemimpin yang benar bukan pemimpin yang bengkok dan yang telah membuat salah yang parutnya masih ada, seolah-olah ada di antara manusia yang tetap mahukan pemimpin yang telah rosak akhlaknya untuk terus menjadi pemimpin, dengan itu penduduk di Bagan Pinang akan teruji keimanan mereka

Gempa Mengubah Undi Pos

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

TERKINI DI BAGAN PINANG

Kerana Gempa Bumi Undi Pos Lari Kepada PR (PAS)

Apabila Tuhan Marah kepada muslihat UMNO di Bagan Pasir yang menawarkan berbagai janji kemudahan kepada Tentera semperna pilihanraya kecil di sana maka Allah mengimbangkan pegangan manusia yang benar dan yang palsu dengan gempa bumi yang mengobankan ratusan nyawa sebagai ingatan kepada manusia supaya memikirkan mana yang benar dan yang palsu

Berita daripada Bagan Pinang di terima sebentar tadi menyatakan bahawa ramai di antara pengundi Pos menyatakan bahawa mereka akan menilai parti mana yang mereka akan pilih berpandukan kebenaran mengikut dasar perjuangan masing-masing dan mereka menyatakan bahawa Gempa dan Sunami menginsafkan mereka tentang kebenaran dan kebatilan

Ada juga di antara penduduk di Bagan Pinang termasuk tentera menyatakan bahawa mereka kan mencari nas daripada Quran dan Hadis tentang punca bala yang di datangkan oleh Allah di bumi dan di lautan kemudian mereka akan menilai parti mana yang benar ataupun salah dan mereka akan mengaitkan dengan alam keliling mereka dan perbuatan amalan mereka

Monday, September 28, 2009

Penilaian Awal Bagan Pinang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Penilaian awal di Bagan Pinang kedudukan ialah:

Pengundi awam PAS 63 % UMNO 37 %

Pengundi Pos dari Tentera PAS 46 % UMNO 54 %

Semua pengundi di Bagan Pinang mungkin akan berubah peratusannya selepas kedudukan pribadi calon di ketahui pada malam ini, jika PAS dan UMNO mengemukakan calon masing-masing maka peribadi mereka akan menjadi penilaian peratusan penyokong mungkin akan berubah dengan ketara

Penilaian pengundi sudah tidak membuat penunpuan terhadap parti kerana jiak penilaian parti di ambil kira maka PAS akan mendapat sokongan sebanyak 72 % dan UMNO mendapat 28 % ini adalah penilaian yang di buat oleh pengundi di sana dan mungkin penilaian di seluruh negara, ini kerana UMNO telah terlalu lama memerintah dan terlalu banyak telah membuat kesalahan. lagipun rakyat mahu merasakan apakah kesenangan yang di azamkan oleh parti yang baru untuk faedah rakayat

Kebanyakan rakyat di negara ini terutana kedua ibu dan bapa sudah muak dengan telatah kerajaan yang gagal membendung gejala sosial anak-anak mereka yang hidup meliar dan tidak mendengar nasihat kedua orang tua mereka, semua ini di lihat kerana kerajaan gagal memelihara alam keliling remaja negara

Keciwa denga suasana kegagalan pemerintah maka rata-rata rakyat di negara ini mahu mencuba kerajaan yang baru

UMNO Tumpul Akal

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Nak tertawapun ada, nak kata UMNO bodohpun tak boleh juga sebab mereka ni semuanya pandai-pandai belaka. Isu siapa jadi calon di Bagan Pinang agak memuramkan muka di kalangan UMNO di Bagan Pinang

UMNO mahukan Isa Samad jadi calon di sana, UMNO juga ada yang tak mahu Isa jadi calon sebab pribadinya akan menjadi isu, sebab itu yang lebih baik bagi UMNO meletakkan wanita sebagai calon di sama AKAN TETAPI sebenarnya UMNO tidak bertanding di sana, so apa sebab UMNO nak gadoh-gadoh ?

Yang bertanding di sana ialah BARISAN NASIONAL maka yang terbaiknya BN lah yang layak membincangkan siapa calon yang layak di kerusi tersebut sebab itu UMNO tak perlu jadi pening kepala di antara mereka, jika UMNO membelakangkan BN maka BN berhak membelakangkan UMNO

UMNO tidak akan menang di mana-mana pilihanraya di Malaysia jika mereka tidak gunakan lambang KATI MAMAK sebab itu apa yang kita nampak jika UMNO gunakan lambang keris maka UMNO sudah lama hilang di bumi Malaysia

UMNO menang kerana tumpang rakan-rakan dalam BN kerana itu bersyukurlah dengan BN dan ajaklah parti komponen bincang siapa yang layak jadi calon di Bagan Pinang

Saturday, September 26, 2009

Terkini Dari Bagan Pinang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

KHUSUS DI BERIKAN PENUMPUAN KEPADA PENGUNDI TENTERA

Berbagai rancangan telah dan akan di atur oleh Kenenteria Pertahanan di bawah kelolaan menteri Pertahanan Dato' Zahid anak lelaki Hamidi untuk menghalalkan rancangan berkempen bagi pehak UMNO untuk angkatan tentera khususnya untuk memikat hati pengundi tentera di Bagan Pinang, kementerian Pertahanan akan melakukan apa saja untuk mendapatkan undi tentera

Muslihat UMNO mudah di baca kerana kerja kotor mereka biasanya mudah di hidu sekalipun mereka tahu perbuatan mereka itu haram di sisi sistem demokrasi negara, apa yang PR akan lakukan nanti ialah supaya rakaman di buat untuk membongkar kerja kotor UMNO kepada orang ramai, UMNO memang tiada bermoral apabila mereka melakukan pelanggaran perkara yang mereka larang

Kedudukan sekarang dapat kita fahami bahawa kecenderungan pengundi kepada UMNO dan PAS adalah 50-50 itu yang kita buat kajian setakat ini, ini kerana golongan tentera yang kita jumpa menyatakan bahawa mereka kadangkala terpaksa mengundi UMNO atas alasan ugutan, menahan kenaikan pangkat, biasiswa dan sebagainya, namun mereka cuba menongkah arus dengan merosakan kertas undi

Rata-rata mereka berpandangan supaya SPR memohon kepada kerajaan membenarkan wakil parti yang bertanding memasuki kamp tentera bagi tujuan berkempen ini kerana kami mahu mendengar apakah janji mereka kepada tentera bagi mencerahkan masa hadapan mereka apabila bersara kerana ramai dari bekas tentera tidak di pedulikan selepas bersara dan kerajaan hanya melayan mereka semasa berkhidmat sahaja

Ada juga di kalangan tentera menyatakan bahawa " kami akan undi PR kerana kami yakin BN sudah mula di tolak oleh rakyat di negara ini dan akan hilang kuasa mereka pada PRU 13 nanti jadi kami akan membuat persediaan awal menyokong PR dari sekarang supaya masa hadapan kami terbela dan lebih baik, kami tak boleh dengar hujah pegawai kami yang mengarahkan mengundi UMNO kerana hal masa depan kami tidak bergantung kepada pengaruh pegawai kami

Thursday, September 24, 2009

Analisa awal Bagan Pinang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Berita awal di Bagan Pinang menyatakan bahawa rakyat mahukan calon BN bersih sebagai seorang wakil yang berwibawa tanpa ada parut rasuah terhadap personelnya, kerana itu Isa Samad tidak di kehendaki bertanding di sana dan berilah calon yang bersih dari parut rasuah

Di sana orang UMNO sendiri yang mahu bertanding menyatakan bahawa "Anjing kalau tak makan tahi maka cium ada juga" menambahkan lagi harapan Isa Samad untuk jadi calon menjadi tipis atau jika bertanding juga maka UMNO akan kalah

PAS yang bertanding di sana sudah tentu membawa isu dasar perjuangannya di sana iaitu orang islam wajib memilih calon yang berjuang atas dasar islam ertinya jika orang islam tidak sokong parti yang berdasarkan islam bererti mereka berdosa

UMNO cuba sedaya upaya mengharapkan undi daripada tentera untuk menyambung tali hayatnya namun tentera yang kebanyakannya terdiri dari orang muslim sudah tentu akan memilih yang terbaik untuk mereka iaitu memilih calon PAS walaupun undi mereka di pantau oleh kerajaan Barisan Nasional

Tentera adalah benteng pertahanan negara, mereka adalah wira yang tidak takut dengan ugutan sesiapapun, oleh kerana itu harapan bagi PAS untuk mendapatkan sokongan dari tentera adalah tinggi dan di jangkan tentera adalah menyebelahi PAS sekurang-kurangnya 35 % akan di perolehi oleh PAS dari undi mereka, jika ini berlaku maka PAS akan menang di sana sekalipun dengan majoriti nipis


Wednesday, September 23, 2009

Kembali Kepada Fitrah

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Ulama dalam islam kena memainkan peranan lebih tegas supaya menukar fitrah hari raya mengikut adat kepada fitrah agama yang sebenarnya, tidak sudah dengan tradisi adat untuk merayakan sambutan berhari raya mengikut adat yang tidak bermakna apa-apa mengikut agama islam selagi tradisi sambutan tidak di ubah

Islam di kurniakan Allah dengan hanya dua perayaan iaitu perayaan hari raya fitrah dan juga hari raya korban yang mana perayaan ini sepatutnya di penuhi dengan pengertian maksud takbir hari raya yang mengingatkan manusia yang beragama islam tentang mengEsakan Tuhan, tentang peranan musuh islam hendak menghancurkan agama Allah dan tentang pertolongan Allah yang memburu musuh Islam dalam keadaan Ke EsaanNya

Merayakan dua perayaan ini bukan untuk bersedih dan hiba akan tetapi umat islam perlu beringat tentang rancangan musuh islam yang hendak menggelincirkan akidah umat islam yang tidak saja datang dari musuh umat islam akan tetapi juga datang dari kalangan umat islam yang jahil tentang agama yang sentiasa hendak merosakkan pegangan agama mereka

Saturday, September 19, 2009

Takbir Hari Raya

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Umat islam hanya di berikan oleh Allah dengan dua perayaan, iaitu perayaan 'Idul Adha dan 'Idul Fitri, hari raya hanya di benarkan kepada muslim yang telah berjaya melakukan ibadat , hari raya 'Idul Adha setelah mereka mengerjakan ibadah haji (selepas ukuf) dan Hari raya 'Idul Fitri setelah mereka berjaya mengerjakan ibadah puasa

Umat islam menyambut hari raya dengan bertakbir membesarkan Allah, dalam takbir banyak cerita yang wajib di terjemahkan kepada umum secara betul yang mana isi kandungan cerita takbir ialah berkait dengan membesar dan mengagungkan Tuhan

Selepas kita membesarkan Allah maka kita di dedahkan dengan cerita Allah membantu orang islam dalam melaksanakan islam iaitu agama Allah sekalipun mereka tidak di sukai oleh orang kafir, orang zalim,orang fasik dan yang sealiran dengannya seperti orang berfahaman assobiyah

Kemudian dalam takbir itu juga Allah memdedahkan bagaimana aktiviti tentera bersekutu yang mahu menghancurkan kaum muslimin yang di kenali sebagai peperangan ahzab yang mana Allah memburu akan musuh tersebut dalam keadaan EsaNya

Takbir hari raya bukan cerita sedih kerana tak dapat berhari raya dengan keluarga, bukan kerana tak buat kuih hari raya, bukan kerana tak beli baju raya, bukan kerana mercun, akan tetapi takbir adalah ingatang Allah kepada manusia yang tidak mahu kembali kepada jalanNya yang sebenar dan ingatan Allah kepada manusia tentang musuh islam yang terdiri dari tentera ahzab

Wednesday, September 16, 2009

Lepas Mahadzir Daim Pula !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SELEPAS MAHADZIR DAIM ZAINUDDIN PULA KOMEN UMNO DAN KERAJAAN

Tun Daim Zainuddin pula menyusuli Dr Mahadzir Muhammad untuk memberikan pandangannya tentang kedudukan UMNO di hati rakyat, Tun Daim menjelaskan bahawa golongan muda di negara ini menyebelahi Parti Pembangkang terutama PAS

PAS di lihat oleh golongan muda tempat pengharapan yang besar untuk mereka buat masa akan datang ia bukan saja untuk selamat di dunia akan tetapi juga di akhirat, UMNO yang memerintah sekarang kelihatan gagal untuk menyediakan pekerjan bagi golongan muda walaupun sudah setengah abad memerintah negara

Lebih 80 % golongan muda memilih dan mengharapkan parti Pembangkang untuk membela nasib mereka sementara parti pembangkang pula akan berusha sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa memerintah di negara ini bagi memudahkannya mengolah kumpulan yang tiada pekerjaan mendapatkan pekerjaan

UMNO yang sedang leka dengan memperkokohkan kedudukannya dalan parti dan negara terus tidak memperdulikan nasib golongan muda, mereka hanya membela nasib kroni dan segelintir suku dan puak bagi memperkokohkan ketuanan melayu bagi terus menjajah pemikirang golongan penganggur, hal ini sudah lama di perhatikan golongan muda dan PRU 13 nanti di tangan merekalah nasib UMNO

Monday, September 14, 2009

Yang Di katakan Agama

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Para ulama telah menerangkan tentang agama dalam maksud yang menyeluruh yang merangkumi perkara yang berkait dalam kehidupan manusia dan negara, sehingga zaman muta akhir ini ulama telah membahagikan agama mengikut jurusan yang tertentu

Agama yang berkait dengan akidah di namakan ilmu Tauhid atau ilmu Usuluddin atau ilmu Aka'idul Iman, perkara yang berkait dengan hukum hakam di namakan Ilmu Fekah dan perkara yang berkait dengan kerohanian di namakan Tasawwuf atau ilmu Akhlak

Ulama zaman muta akhir ini membahagikan ilmu islam dan perkara fekah dalam perkara yang berkait dengan pemerintah sama ada yang berhubung dengan ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan politik di namakan siasah syari'iyyah yang bersumber daripada kitab dan sunnah Rasullullah s.a.w

Di zaman muta akhir ini juga islam telah menjadi perhatian umum setelah ideologi-ideologi yang lain gagal menyelesaikan banyak perkara, oleh kerana itu golongan yang menentang islam terpaksa bercakap tentang islam mengikut hati perut mereka kepada golongan rakyat yang buta agama akan tetapi tidak kepada golongan yang faham agama

Ibnu Qayyim berkata "Tiada siasah melainkan menepati hukum syarak, ertinya tidak boleh menyanggah hukum syarak yang bersumber daripada Al Quran dan sunah Rasullullah s.a.w selain dua sumber ini ia tidak boleh di katakan syarak sekalipun ia telah di istiharkan sebagai hukum syarak

Umat islam di akhir zaman sering di kelirukan oleh golongan Jahula yang sering membawa fitnah dalam perkara agama dan mereka juga sering menyembunyikan perkara agama demi kepentingan golongn yang hendak mengelirukan atau hendak memalsukan islam demi politk ala Yahudi mereka

Terdapat juga golongan yang menggunakan para ulama yang mengurangkan darjat hukum agama demi kepentingan kaum yang tertentu kerana ada sumber daripada pehak atasan golongan bukan islam supaya mencacatkan hukum agama islam dengan tujuan supaya kitab panduan orang islam akan di tinggalkan kerana sudah ada undang-undang islam yang baru