Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, March 24, 2010

KEGAWATAN DI PARLIMEN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Secara total Parlimen kali ini tidak untuk membela nasib rakyat, ramai di antara mereka pada peringkat awal ini untuk menyerang pribadi lawan, di parlimen ini kita dapat melihat bagaimana wakil bebas menendang kuat pribadi Dato Sri Amuar Ibrahim, yang agak anihnya wakil BN/UMNO dari Kalabakan yang telah menunjukkan keterbukaannya membela ketua PKR dan DAP secara am

Kalabakan seolah-olah membela Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang yang di tuduh sebagai kominis oleh bebas yang menyokong UMNO mendapat tentangan hebat dari Kalabakan yang menunjukkan wakil bebas itu tidak bertanggungjawab dan hanya emosinya sahaja, demikian juga dengan ketua PKR yang di cemarkan oleh bebas telah mendapat sokongan moral dari Kalabakan

Wakil Kalabakan bercakap seolah-olah dia adalah seorang anggota PR membuatkan wakil UMNO tidak senang namun Kalabakan tetap mempertahankan hujahnya malah dia tidak memberi laluan terhadap wakil UMNO dari kumpulannya sendiri, dengan sikapnya ini dia mendapat tepukan hebat dari PR di Parlimen

Kalabakan kelihatan tersangat terbuka apabila dia memberikan hujahnya, satu sikap yang sangat di sanjung oleh rakyat yang tidak bersikap panatik dalam berpolitik, dia ada hujah yang tersendiri untuk di sampaikan kepada rakyat siapa Kalabakan yang sebenarnya dalam berpolitik, pada dasarnya Kalabakan telah berjaya mencuri hati rakyat di parlimen

KALABAKAN HERO DI PARLIMEN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

WAKIL RAKYAT DARI KALABAKAN BENAR-BENAR MENJADI HERO DI PARLIMEN, DIA MENYERANG WAKIL BEBAS DARI BAYAN BARU YANG MENUDUHNYA TERLIBAT DALAM RANCANGAN 16 SEPTEMBER

WAKIL KALABAKAN INI MEMINTA SUPAYA WAKIL BEBAS NANTI TIDAK DI BENARKAN MENYERTAI UMNO KERANA NANTI DIA AKAN GIGIT UMNO SEBAGAIMANA DIA GIGIT KETUANYA DALAM KEADILAN

WAKIL KALABAKAN JUGA BERKATA JIKA WAKIL BEBAS DARI BAYAN BARU INI DI TERIMA MENYERTAI UMNO MAKA SEMUA WAKIL BN/UMNO AKAN KELUAR PARTI, DENGAN KENYATAAN INI MAKA HANCURLAH HARAPAN WAKIL BAYAN BARU UNTUK MARA DI DALAM ARENA POLITIK

Tuesday, March 23, 2010

DEDAH SEMUA DI PARLIMEN !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam

Zahrin sedang dedah, Zulkifli juga sedang dedah prihal bekas ketuanya Dato' Sri Anuar Ibrahim, Zahrin mendedahkan isu yang terbaru iaitu bukan 8 orang yang akan melompat akan tetapi 40 orang yang akan melompat, di antara nama mereka yang telah di dedahkan ada yang telah membuat penafian, mereka ialah Ku Li, Ketua angkatan tentera, Bung Mokhtar dan Dato Ghafur Saleh, yang lain belum lagi membuat penafian sebab mereka mungkin belum lagi di tanya oleh wartawan

Apa yang jelas dan mungkin akan berlaku ialah kesemua mereka ini akan menafikannya, jika ini berlaku maka sahlah Zahrin menipu dan hanya untuk melepaskan geramnya sahaja, sementara itu mereka yang di libatkan namanya dalam isu 16 September mungkin akan hilang kepercayaan perdana menteri kepada mereka dan bintang mereka akan gelap buat masa akan datang

Sementara itu Zulkifli mula membuka kesah arahan yang di terimanya supaya membabitkan perdana menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya, nampaknya mereka yang melompat parti ini akan terus membuka keburukan Dato Sri Anuar Ibrahim supaya popularitinya akan hilang di mata rakyat

PILIHANRAYA KECIL DI PERLIS

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PILIHANRAYA KECIL AKAN BERLAKU DI PERLIS, INI BERIKUTAN PERLETAKAN JAWATAN ADUN TITI TINGGI KERANA DI GUGURKAN OLEH KERAJAAN NEGERI DARI JAWATAN EXCO YANG DI SANDANGNYA

Monday, March 22, 2010

BEKAS MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DATO' SULAIMAN DAUD MENINGGAL DUNIA Al Fatihah !

Posted by singamaraja

UMNO KENA UBAH DASAR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO KENA UBAH DASAR JIKA MEREKA MAHU SELAMAT SEBAGAI UMAT ISLAM

Orang UMNO dan para pucuk pimpinannya terpaksa ubah dasar perjuangan parti mereka jika mahu selamat sebagai umat Muhammad yang beragama islam, Al Marhom Prof Hamka dalam tafsiran Al Qurann Al Azharnya menyatakan bahawa semangat Kebangsaan itu membuatkan umat yang mengaku islam akan musnah imannya sekalipun mereka menjunjung quran setinggi langit kerana fahaman semangat kebangsaan itu adalah terlarang

Pandangan agama islam yang berasaskan hadis nabi yang sohih juga melarang kaum ataupun puak berjuang atas dasar semangat kebangsaan kaum dan puak kerana nabi tidak mengakui mereka sebagai umatnya, orang UMNO cukup pantang apabila mereka tidak memperjuangkan bangsa sekalipun agama melarang mereka berbuat demikian, UMNO ibarat pandangan , pendengaran, lidah dan hati mereka telah di peteri Allah kerana kedegilannya

UMNO melenting marah jika bangsanya di tipu dan di inayai akan tetapi dalam masa yang sama juga mereka menginaya nasib kaumnya sendiri, ini bererti biar mereka yang menginaya bangsanya asalkan bangsa lain jangan berbuat demikian, inilah penyakit UMNO yang perlu di ubah jika mereka mahu bangsa melayu bersatu atas nama islam, andainya mereka masih berdegil maka tiada harapan bagi mereka untuk menyatukan bangsa melayu

Islam tidak melarang sesuatu kaum atau puak itu memperjuangkan nasib kaumnya asalkan dasar membela itu di ambil dari asas-asas islam, mereka di terangkan apa yang boleh mereka lakukan dan pantang larangnya akan tetapi mereka se olah-olah tidak mahu faham, di sinilah kita katakan bahawa mereka telah di peteri oleh Allah dengan peteri yang sangat kuat dan sukar untuk di rombak lagi kerana sudah berkarat hijau dalam masa yang sama beribadat di buat juga




Saturday, March 20, 2010

POLITIK MALAYSI BERTAMBAH GAWAT

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

CERITA MENARIK 16 SEPTEMBER, ANUAR KENA PANGGIL, ZAHRINPUN DI PANGGIL KITA LIHAT SAMPAI TAHAP MANA KES INI BERJALAN WALAUPUN KES INI SUDAH LAPOK

Inilah Malaysia tanah airku, jika ada yang di benci maka yang di benci itu sepatutnya berjaga-jaga, harapkan biarlah ia menjadi jerat yang sentiasa bersiap sedia di sepanjang masa, namun sikap pelanduk juga yang di bawanya, akhirnya pelanduk juga yang lupakan jerat, tetapi kita lihatlah nanti pelanduk terjerat ataupun jerat yang akan terjerat diri sendiri

Yang jelas Anuar Ibrahim akan di panggil atas tuduhan menghasut, Zahrin juga akan di panggil atas alasan mereka cerita dalam parlimen, kemudian mereka berdua akan di panggil atas aduan polis yang di buat, jika hanya kenyataan tersebut hanya di dalam parlimen tidak apa, namun kenyataan di parlimen sudah di sambut oleh orang tertentu di luar parlimen lalu aduan di buat

Sekarang tak pasal-pasal mereka yang berkait tidak boleh tidur malam sebab macam mana nanti hendak jawab di mahkamah, tidakkah kes ini bagaikan "TIADA KERJA CARI KERJA, PERGI KE PULAU BATU DI GALAS" lagupun cerita ini di anggap sudah basi, kalau tidak silap Yang Di Pertuan Agongpun sudah tiada lagi

Sepatutnya kes ini tidak lagi relevan kerana ia sudah berlalu dan tidakpun apa-apa yang berlaku yang boleh menjejaskan sesiapa saja, akan tetapi mungkin juga kes ini hanya mencari sebab untuk menghukum Anuar Ibrahim yang di anggap licik dalam politik dan sandiwara, walau apapun kes yang akan timbul nanti mungkin akan menyusahkan diri orang yang membuat aduan di luar parlimen sebab mereka mungkin akan di ambil tindakan SAMAN MALU yang mencecah jutaan RM


Wednesday, March 17, 2010

PADAH JADI KATAK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Apabila wakil rakyat sudah hilang pertimbangan di dalam dewan maka perangai mereka berubah menjadi tidak keruan, ini adalah angkara mereka telah berubah haluan dan hala tuju perjuangan, andainya mereka tidak menjadi katak maka mungkin mereka tidak berperangai demikian

Apakah puncanya ? Saya nampak punca yang asas ialah keberkesanan Yang di pertua dewan gagal mengendalikan mesyuarat dewan yang dari awal lagi sudah menampakkan tidak berkemampuan untuk mengendalikan dan mengawal ahli dewan walaupun dia boleh berbuat demikian

Sikap semua pehak di dalam dewan tersebut tidak mencerminkan sebagai wakil kepada rakyat yang mengharapkan nasib rakyat dan negara terbela dan berubah namun apa yang berlaku ialah wakil rakyat tidak membawa masalah kesusahan rakyat untuk di bincangkan bersama

Wakil rakyat hanya membawa perasaan masing masing untuk di pertontonkan dan di siarkan kepada rakyat bagi kemegahan mereka dan mereka mengharapkan nama mereka di julang atas keberanian meeka konon, berani yang tidak ada erti langsung kepada rakyat

Mereka tidak menyedari bahawa negara dan rakyat sedang menghadapi masalah hidup dan sosial yang amat parah, mereka hanya ikut kepala mereka sahaja sementara setiap kementerian yang menghadapi masalah kepincangan terus tidak berubah dan dewan pula tidak berhasil di menefaatkan untuk faedah rakyat

Monday, March 15, 2010

ORANG DAN KERA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SATU ROMBONGAN MANUSIA MEMASUKI HUTAN KERANA HENDAK MENINJAU APA YANG TERDAPAT DI SITU

Dalam perjalanan menuju ke hutan manusia ini bercerita tentang kera yang terdapat banyak di hutan tersebut, sampai saja di gigi hutan maka merekapun berjumpalah dengan kumpulan kera-kera sedang melompat ke atas pokok dan turun ke bumi

Manusia:
Tengok tu ! banyaknya kera !

Kera:
Eh ! kami bukan banyak tapi ramai ! jika banyak itu menunjukkan barang

Manusia:
Eh ! betullah kata era tu ! kita yang salah !

Kera:
Memang kamu yang salah sebab kamu semuanya bodoh ! Kamu ni siapa ?

Manusia:
Eh ! tak kenalkah kami ini orang ! orang melayu

Kera:
Oooo ! orang melayu ! kamu bukan manusiakah ? Oooo! di sebabkan kamu orang maka silalah masuk kat sana, di sana ramai orang-orang utan, tapi apa pasal kamu pakai seluar dan baju ! bukankah yang berpakaian itu manusia ?

Orang:
Eh ! kami ni manusialah !

Kera:
Eh ! tadi kata oang ! sekarang kata manusia pulak !

Orang:
Kami kadang-kadang jadi orang dan kadang-kadang jadi manusia !

Kera:
Memang orang boleh jadi manusia dan manusia boleh jadi orang ? Kamu hidup dua alam ?

Orang:
Memang kami boleh hidup pada dua alam, alam hutan dan alam pekan

Kera:
Hari ni kamu tahu apa jad kat Pekan ?

Orang:
Eh kami tak tahu ! Ada apa kat Pekan

Kera:
Hari ni di Parlimen ramai wakil manusia telah keluar Parlimen sebab mereka tidak mahu bincang hal kementerian dalam negeri sebab di parlimen tu ramai orang yang bercampur manusia, Eh nanti kalau kamu balik kamu jemputlah orang-orang tu masuk hutan tengok cara kami hidup

Orang:
Kamu perli kami ke ?

Kera:
Eh ! taakkkk ! kami nak suruh orang di pekan tu tengok cara kami melompat macam kami, cara orang melompat kat pekan tu adalah cara katak, bodoh punya orang

BERSIAP SEDIA .....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Tidak payah hendak ingatkan kepada umat islam supaya bersiap sedia kerana islam memang sentiasa bersiap sedia, yang perlu bersiap sedia ialah orang melayu !

Orang melayu dan umat islam adalah dua perkara yang sangat berbeza, melayu perlu bersiap sedia untuk menjadi umat islam yang baik, kemudian di kenali sebagai umat islam

Umat melayu jika mereka bersatu dan berakhir dengan berpecah belah, umat islam jika mereka bersatu maka mereka akan bersemangat ukhwah dan akan kekal

Apabila umat melayu menjadi umat islam maka apabia mereka berpecah juga maka ini bererti mereka kembali kepada semangat melayu dan islam telah di hilangkan

Orang islam tidak boleh jadi orang melayu akan tetapi orang melayu boleh jadi orang islam sebab islam bukan spesis kaum dan puak macam Gog Megog

Sunday, March 14, 2010

SEMBAHYANG HAJAT TERUSKAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Senbahyang hajat untuk mohsin wajib di teruskan sebab dia mengkhianati penduduk Bagan Serai, tidak timbul soal mengapa pesuruhjaya PAS Perak berdiam diri ataupun tidak, Ahmad Awang jika dia merasakan perlu sembahyang hajat untuk orang yang khianat maka dia dan pengikutnya perlu teruskan, orang lain jangan masuk campur

Anasir yang datang dari luar jangan pandai-pandai bersuara kerana suara dari luar itu adalah racun untuk memecah belahkan jama'ah PAS di negeri Perak dengan melaga-lagakan antara Ahmad Awang dengan Pesuruhjaya PAS Perak, andaikata pesuruhjaya PAS Perak tidak bersuara langsungpun itu tidak mengapa, nanti apabila dia menghadapi masalah di Perak maka Ahmad Awang pula boleh tutup mulut sebagaimana Pesuruhjaya PAS buat dan rasanya itu bukanlah isu

Isunya ialah bagaimana nak mengajar katak yang datang ke Bagan Serai dan menjadi wakil rakyat disana yang telah mengkhianati pendudk Bagan Serai termasuk Ahmad Awang

BEBAS, BEBAS !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

ORANG BEBAS,WAKIL RAKYAT BEBAS TIADA TEMPAT DI BUMI

Allah tidak perintah manusia bersifat bebas, tiada istilah bebas dalam kehidupan, yang ada Allah suruh ialah pilih islam atau kafir, pilih benar atau salah, jika bebas ia menunjukkan manusia yang tiada pendirian, wakil rakyat bebas menunjukkan mereka tiada berpendirian yang tetap dan mereka tidak pula di pilih oleh rakyat berdasarkan kepada suara bebas ini menunjukkan mereka itu tidak benar dan mengkhianati rakyat

Di akhirat ada neraka dan syurga, orang benar masuk syurga dan orang salah masuk neraka, dan orang bebas nak campak ke mana ?

Saturday, March 13, 2010

ANAK AZIAN MEMPROSES DADAH

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

BERHATI-HATI DENGAN ORANG SENI

Anak pelakon terkenal Azian Irdawaty Bbenjy di tahan kerana melakukan kesalahan berat memproses dadah jenis kokain dan sabu, perbuatan anak Azian ini adalah bertujuan untuk merosakkan orang ramai (perosak masyarakat) yang tidak boleh di ma'afkan, Ibu bapa yang anak mereka terlibat dengan ketagihan dadah bermakan hati berulam jantng setiap hari kerana mengamalkan dadah, rupanya bapa segala syaitan adalah anak seniwati Azian, dan kita tidak hairan di waktu kebelakangan ini ramai para artis terlibat dengan dadah

RAKYAT MALAYSIA AWAS !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

ORANG LOMBOK LAGI ! LOMBOK HAI LOMBOK !

RAKYAT MALAYSIA PERLU BERHATI-HATI DENGAN LELAKI LOMBOK YANG DATANG MENCARI MAKAN DI MALAYSIA SEBAB MEREKA BANYAK MENGACAU WANITA DAN GADIS MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN ILMU GUNA-GUNA (HITAM) SUDAH RAMAI YAG TERKENA DAN MENJADI ROSAK BINASA TERMASUK ISTERI ORANG DAN AHLI PERNIAGAAN

JIKA ORANG LOMBOK MAHU DATANG UNTUK CARI MAKAN SILAKAN TAPI JANGAN KACAU ANAK ISTERI ORANG, KAMU SEBNARNYA MEMALUKAN ORANG LOMBOK DAN KAMU MENYUSAHKAN ORANG MLAYSIA, AWASSSSS ! ORANG LOMBOK ! KAMU JANGAN BIKIN RIBUT DI RANTAU ORANG ! NANTI KALO TIDAK DI BENER MASUK NANTI JANGAN BILANG MALAYSIA TIDAK MAU TOLONG BANGSA SERUMPUN YA !

Thursday, March 11, 2010

RAKYAT MAHU PERUBAHAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Masa sudah hampir sampai untuk rakyat mahukan perubahan di dalam negara, keinginan rakyat sudah tidak dapat di pertahankan lagi, ini di buktikan dengan ke hadiran begitu ramainya rakyat berbilang kaum menghadiri majlis ceramah yang di adakan oleh PR sekalipun PR menghadapi berbagai rintangan dan halangan dengan banyaknya kes yang agak mencemaskan

Pemikiran rakyat sudah berubah mereka tidak peduli dengan tohmahan yang di lemparkan oleh BN/UMNO terhadap PR, mereka mahu merasakan bagaimana corak pemerintahan PR untuk mengubah nasib mereka, BN/UMNO yang begitu lama memerintah di negara ini sudah banyak melakukan berbagai kesalahan kemudian di tutup dengan berbagai penafian bodoh

Anak-anak muda sudah tidak peduli dengan helah penepisan dan penafian oleh BN/UMNO atas penyelewengan dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak peduli dengan itu semua kerana sudah jemu dengan alasan-alasan yang kadangkala tidak menesabah langsung, jadi nampaknya PR perlulah bersiap sedia memperkemaskan diri masing-masing untuk mengambil alih kuasa pemerintahan