Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, June 19, 2009

TERIMA KASIH DATO' HISYAM

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Singamaraja mengucapkan terima kasih banyaklah pada Dato' Hisyamuddin kerana dia tak mahu PAS berpecah belah, dan PAS juga tidak mahu UMNO berpecah belah, beginilah kita mau, jangan asyik nak bermusuh je, kalau nak baik sangka dengan PAS ni lagi baik UMNO menarik diri dari bertanding di Manik Urai, lagi muhibbah !

Wednesday, June 17, 2009

NASARUDIN KENA KUAT SEMANGAT

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Nasaruddin Md Isa yang di suruh oleh Nik Aziz keluar PAS dan mashuk UMNO semalam sebenarnya seorang yang berperawakan lembut dan mudah di goda serta lemah semangat, semangatnya ada pada sesiapa yang berada di sekelilingnya, jika dia pandai pilih kawan maka dia akan selamat tapi jika dia tersilap cari kawan maka dia akan di pergunakan oleh musuh, dalam jama'ah PAS sepatutnya dia di didik cara berjuang secara islam di dalam sebuah negara sekular yang terlalu banyak onak dan duri akan tetapi PAS gagal membimbing ahlinya yang bersikap sekular kepada islam yang sebenar

Tuesday, June 16, 2009

TERKINI, QALUAR KAMUK DARI PAS !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

GRRRRRRRRRR ! QALUARRRRR ! SAYA KATAK QALUARRRR !

TERKINI ! NIK AZIZ BERANG !

Astaghafirullah ! cool ! cool ! cool ! Hangpun Nasa satu hal juga, Hang dah tahu sekarang tengah panas Kerajaan Perpaduan awat hang sentuh lagi tentang Kerajaan Perpaduan kat dalam TV malam tadi, awat la hang nih, Hang bukan tak tahu orang tua tu tengah angin, la ni lagu mana hang nak selesaikan kes ni, hang kena ingat yang hang tu jadi MP kat negeri dia, so lagu mana hang nak bagi selesai itu hang punya pandai la, jangan nanti hang nak balik tengok kawasanpun tak boleh, naya hang ! ok hang pikiaq tengok la lagu mana nak bagi boleh bagi cool sama orang tua tuh ! hang lagu lah dulu sebelum hang jumpa dia, lagipun orang tua tu suka uleek kat dia, hang ingat tu !

BILA NIZAR BUAT HAL DI PARLIMEN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

HIDUP RAKYAT ! BUBAR DUN ! BUBAR DUN !

GEGAK GEMPITA SUARA PARLIMEN MALAYSIA HANYA BARU SAJA TAK SAMPAI 5 MINIT ANGKAT SUMPAH !

APAK INIK ? QALUAR ! QALUAR ! SAYA KATAK QALUAR, QALUAR LA !

Inilah cara politik Malaysia jika mahu jadi popular, nah sekarang Muhammad Nizar dahpun popular di dalam negara dan luar negara, saya rasa ini satu sejarah yang suasananya telah di pelajari oleh Muhammad Nizar kesan dari perundangan yang pincang dan di ragui, saya rasa jika Muhammad Nizar tidak lakukan demikian maka dia akan terbelenggu dengan undang-undang yang ada kerana undang-undang yang ada membuatkan popularnya terbantut begitu saja tambahan lagi apabila dia sudah berada di pusat, jadi tindakan Nizar itu adalah wajar dengan bersebab

Muhammad Nizar adalah seorang yang profesional dalam karier politik tanah air yang di lihat begitu laju bertindak selaras dengan kedudukannya di dalam parti, anak negeri Perak ini fasih berbahasa inggeris dan cina sesuai baginya menjana politik negara buat masa yang akan datang, dia boleh kemana saja sekalipun menjadi seorang imam yang baik dalam berjama'ah, ciri-ciri perjuangan Rasulullah saw yang serba boleh mungkin tiruan yang di lakukan oleh Nmuhammad Nizar walaupun tidak setaraf demikian namun untuk cita-cita tersebut sudah di ushakan dan di mulakan


KES ALTANTUYA DI BICARA SEMULA ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa sahlan

Berita Altantula akan di bicarakan semula hanya akan menghantui perasaan orang yang pernah di sebut-sebut dalam kes ini tentunya tidak akan dapat tidur lena, kepada orang yang telah terhukum mungkin masih ada lagi harapan untuknya memandang dunia ini sekiranya hukumannya nanti akan menyelamatkan nyawanya, pada pandangan saya jika Raja Petra Kamaruddin di panggil di dalam kes ini maka ia akan menggerunkan semua pehak, oleh kerana itu bersedialah dari sekarang kerana 8 July adalah tarikh yang sangat hampir

Monday, June 15, 2009

SILAK QALUAR ! SILAK ! SILAK !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan.

PANDIKAR AMIN MULIA YANG MENJADI MAHAGURU SILAT KINABALU TELAH MENGARAHKAN 10 MP PR QALUAR DIWAN RAKYAT KERANAK MELAUNGQAN HIDUP RAKYAT DAN BUBAR DUN:

PANDIKAR AMIN MULIAK BERKATAK:

Yang berhurmat sila patuh carak berpakian, tanggalkan lilitan di kapalak dan lengan kerna ituk melanggar carak berpakian diwan

Sayak katak qaluar, qaluarlah ! silak ! silak ! qaluaaaar la ! silak ! silak ! sayak katak qaluar ! silak ! silak !

Sunday, June 14, 2009

PAK NAJIB LAWAT CHINA, LEE KUAN YU LAWAT KELANTAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

APABILA NAJIB LAWAT CHINA MAKA CHINA LEE KUAN YEW PULA LAWAT KELANTAN, CANTEEEEEK ! INGAT-INGAT CHINA MALAYSIA MESRA KAT CHINA MANA HA ! ISHHH ! NIK AZIZ DAH BILANG PADA LEE KUAN YEW HAL KEBAIKAN KERAJAAN KELANTAN DAN BUKAN LEE JUMPA NIK AZIZ SAJA TAPI JUMPA SAMA HADI AWANG ! DIA MAHU APA YA ,

ADAKAH DIA NAK BAGITAHU SOAL POLITIK ATAU NAK BAGI TAHU PAS MESTI BERSATU JANGAN SERUPA UMNO BERPECAH BELAH ? ATAU DIA TAK JUMPA SAPA-SAPA LAGI KE ?

Thursday, June 11, 2009

TAN BENG HUAT ADUN DAP LETAK JAWATAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Adun DAP Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatangnya kepada pucuk pimpinan parti bagi membolehkan satu lagi pilihanraya kecil di adakan di Jawi Pulau Pinang, surat yang tidak bertarikh itu menerangkan jika dia di dapati bersalah atas kesalahan rasuah maka dia akan tetap mengosongkan kerusinya sebagai ADUN Jawi

Wednesday, June 10, 2009

POLITIK BABI GILA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Setiap mulut rakyat Malaysia bagaikan murai cabut ekor suka menilai sendiri apa juga isu yang di utarakan oleh pucuk pimpinan, sikap rakyat Malaysia ini mungkin ada kebaikannya kerana mungkin juga di katakan sudah matang berpolitik secara berterus terang, apa yang menjadi masalahnya ialah perancangan yang lahir dari minda orang politik atasan , mereka tidak bijak untuk menilai agrasif kematangan politik kampungan yang sekian hari sering meningkat sekalipun pemikiran politik kampungan ini di anggap tidak akan kemana

Para pemimpin politik di negara ini telahpun mencurahkan ilmu yang banyak kepada pengikutnya dan juga orang ramai dengan sebaik mungkin, namun pucuk pimpinan terlupa dengan sikap orang ramai yang telah di isi dengan berbagai ilmu itu kadangkala mereka lebih laju bertindak dari pucuk pimpinan sendiri kerana orang ramai ataupun pengikut tidak di turunkan dengan ilmu kesabara berfikir akibat dan kesannya terhadap keselamatan sesuatu berita itu sama ada ia boleh mendatangkan untung dan ruginya kepada kumpulan masing-masing

Keilmuan mengatur kebijaksanaan sesuatu berita itu boleh di hebahkan ataupun tidak menjadi beku di dalam kebijaksanaan pemikiran rakyat sebab itu kita dapat lihat betapa sesuatu berita itu apabila di kemukakan maka ia akan lebih laju di hebahkan dari kelajuan cahaya yang Tuhan jadikan ini semua kerana tiada keselamatan ilmu yang di curahkan oleh pucuk pimpinan kepada pengikut dan orang ramai, akibatnya yang akan menderita ialah dasar perjuangan kumpulan yang mungkin akan di benci oleh pengikut sendiri ataupun orang ramai

Akibat dari perkara yang di sebutkan di atas maka semua peringkat akan menjadi pening kepala yang berkesudahan dengan penyesalan yang tidak berkesudahan oleh kerana itu kepada pucuk pimpinan lain kali hendaklah berbincang dan berunding terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan parti ataupun kumpulan dan jadikan rahsia terlebih dahulu sebelum di sarankan kepada umun secara bijaksana supaya tidak menanggung malu dan keciwa

PERTEMUAN DUA MUSUH DI HOSPITAL

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

PERTEMBUNGAN DUA MUSUH POLITIK DI HOSPITAL TAIPING MENGECUTKAN MENTERI BESAR MAHKAMAH IAITU ZAMRI APABILA MUHAMMAD NIZAR MEMBUAT LAWATAN DI HOSPITAL YANG SAMA KERANA MENGUNJUNGI PESAKIT SERANGAN PERISTIWA KAMUNTING TAIPING, HE HE HE BERJUMPA DEPA NOO ! TAPI KELIHATAN SANGAT SI ZAMRI TU MENGELABAH HABIIIIIS ! HU HU HU, LA AWATNYA HANG NI TAKUT SANGAT, PI LA SAMA-SAMA, TAK DA APA EHHHH !

Tuesday, June 9, 2009

KAMUNTING TAIPING

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Satu M 3 H dan 15 lagi di masukkan ke dalam hospital dan rawatan rapi

Monday, June 8, 2009

JANGAN BUAT HURUHARA DI PERAK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

BERITA TERKINI

di Perak di katakan berlaku pergaduhan yang mungkin akan membawa padah jangkitan ketempat yang lain, pergaduhan kaum hendaklah di hindarkan dan pasukan keselamatang hendaklah menghentikannya serta merta, perkara yang berlaku di Kamunting Taiping ini tidak sepatutnya berlaku dan di harapkan orang luar jangan campur tangan

POLITIK DALAMAN HURUHARA, MENGAPA ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

Apakah punca malang yang menimpa ahli parti-parti di dalam negara ini, boleh di katakan setiap parti di negara ini sedang di landa keretakan yang menunggu akan belah, pada pandangan saya apabila terdapat campur tangan yang mengacau dasar sesebuah parti oleh individu yang bukan ahli parti adalah punca sebenar krisis parti-parti di negara ini sedangkan dasar setiap parti itu sepatutnya di hormati oleh kekawan di dalam sesuatu pakatan oleh kerana itu setiap pucuk pimpinan parti perlu membawa apa-apa cadangan berdasarkan kepada perlembagaan yang di bolehkan oleh parti di samping membincangkan terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan sebelum di cadangkan kepada pehak yang berkaitan

Kebiasaannya apabila hendak menilai dasar dan setiakawan di dalam sesebuah pakatan kita akan melihat pertembungan dasar sesebuah parti dengan sebuah parti yang lain sering mengatakan dasar masing-masing yang benar sekalipun mereka berada di dalam sebuah pakatan dan perkara ini hendaklah di hentikan serta merta


SEMANGAT JUANG MAT SABU

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Semangat juang Abang Mat Sabu perlu ada pada negeri Perak, nampaknya kebanyakan negeri selain dari negeri Perak tidak nampak kesakitan yang di hadapi oleh kerajaan negeri Perak yang tumbang kepada kerajaan BN pada beberapa waktu yang lalu sebab itu mungkin Abang Mat Sabu di pinggirkan dari merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar yang ke 55 yang lalu dan ada kemungkinan besar sebab utama mengapa negeri Perak tidak di hiraukan oleh negeri lain ialah kerana ada di antara pemimpin dalam pakatan rakyat yang mencela dasar PAS yang membawa islam sebagai dasar perjuangannya

Saturday, June 6, 2009