Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, September 5, 2009

DESIGN POLITIK PR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

DESIGH POLITIK PAKATAN RAKYAT, SAYA BERSETUJU PANDANGAN DR WAHAB DARI BLOG FACULTI SIASAH SYAR'IEYAH

Di sebabkan ramai dari ahli parti PKR yang akan menyertai PAS termasuk Anuar Ibrahim maka design politik Pakatan Rakyat perlu di perkemaskan untuk bersiap sedia mengambil tugas memerintah negara jika di izinkan oleh Allah pada PRU 13 nanti

Dalam bulan ramadan ini nampaknya terlalu banyak berita politik negara yang kelihatan serba baru ekoran dari serangan BN/UMNO terhadap negeri yang di kuasai oleh PR, sekarang masanya sudah sampai untuk PR melakukan serang balas atas perbuatan BN/UMNO

BN/UMNO sekarang sedang pening kepala kerana apa saja yang di lakukannya serba tak kena dan kebanyakan kenyataan pucuk pimpinannya memakan diri sendiri, maka kehulu dan kehilirlah pucuk pimpinan UMNO untuk menyelamatkan partinya dari menjadi musnah

Sebagaimana yang kita maklum apabila ada berita penghijrahan ahli parti lain ingin bersama PAS maka semua pehak nampaknya mula pening kepala namun kita tunggu apa yang akan berlaku perubahan pada PR yang memeningkan juga kepala parti UMNO/BN

Hati rakyat semua kaum telah faham politik UMNO/BN yang kelihatan cuba melakukan sesuatu yang kurang baik terhadap keadilan sejagat buat masa kebelakangan ini dan mereka faham tentang kerakusan UMNO/BN yang kelihatan begitu rakus menggunakan cara politik lanun

Friday, September 4, 2009

BN AKAN KALAH DI BAGAN PINANG

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL DI NEGERI SEMBILAN

Pilihanraya di DUN Bagan Pinang dalam Paliman Teluk Kemang Negeri Sembilan akan di adakan atas sebab kematian wakil rakyatnya dari parti UMNO/BN

KEDUDUKAN PENGUNDI DI BAGAN PINANG

Pengundi melayu 66 % Pengundi India 19.9 % dan pengundi cina 10.5 % , berpanduan kepada keputusan pilihanraya PRU 12 yang telah lalu BN/UMNO telah meraih undi se ramai 6,430 undi PAS seramai 4,097 undi, majoriti 2,333 undi, BN/UMNO menang

SEBELUM PRU 12 MAJORITY YANG DI PEROLEHI OLEH UMNO/BN IALAH 4,411 UNDI, MEROSOT SEBANYAK 2078 UNDI

Bagan Pinang yang berada di dalam Parlimen Teluk Kemang mengandungi 5 dewan undangan negeri termasuk Bagan Pinang, 3 DUN telah di menangi oleh PR dan 2 DUN telah di menangi oleh BN, sementara Parlimennya di menangi oleh PR. Keputusan kerusi Parlimen dan DUN sebelum ini telah di menagi semua oleh BN

Berpandukan keputusan PRU 12 yang telah lalu maka tidak mustahil UMNO/BN akan kalah teruk di Bagan Pinang

Thursday, September 3, 2009

ANUAR MENYERTAI PAS ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan Wa marhaban ! kepada Anuar Ibrahim jika benar ia akan menyertai PAS, tujuannya mungkin untuk menyelaras di samping kesedarannya wajib berada di dalam Jama'ah islam

Wednesday, September 2, 2009

KETUA PEMUDA UMNO JADI PM

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

KHAIRY JAMALUDDIN PATUT JADI PM MALAYSIA

MENGAPA DI BAWAH NAJIB NEGARA BANYAK TIMBUL MASALAH ? ADAKAH NAJIB TAK LAYAK JADI PM ?

Mengapa negara Malaysia di bawah pentadbiran Dato Najib kelihatan bergitu kelamkabut dan bersikap rakus dan tidak bertimbang rasa ?

Kenapa dengan SPRM ? Kenapa dengan SPR ? Kenapa dengan Polis ? Kenapa dengan Politik Perak ? Kenapa dengan politik Selangor, Trengganu ?

Kenapa politik UMNO sudah jadi rojak dan tak pulih-pulih

Kenapa setiap pilihanraya UMNO kalah ?

Kenapa agen-agen kerajaan terus buat kerja nak tumbangkan pemerintah PR dan kenapa tidak bubar saja DUN ataupu Parlimen

Kenapa undang-undang dan perlembagaan tidak setabil dan huru hara ?

Tuesday, September 1, 2009

MULA TEMPUR JAM 10.08 AM

Posted by singamaraja

TERKINI dan TAMAT !

Tangkap ! Tangkap ! naik lorik ? Naik Lorik ? sana boleh cakap ! mana sidang ? KEDENGARAN TAKBIIIIR ! DAN KEDENGARAN JUGA HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYUK ?

SIDANG DUN PERAK

Posted by singamaraja

TERKINI

Tanpa Nizar sidang DUN Perak tetap di katakan berjalan lancar dengan kehadiran beberapa kereta meriam air oleh FRU yang bersiap sedia memuntahkan air berkimia pada ADUN PR, berita yang kita terima Nizar di ktakan telah sampai dan mereka berkumpul di wisma DAP dan di sekitarnya

BESOK SIDANG DUN PERAK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam

Besok hari rabu bersamaan 2 September 09 sidang DUN negeri Perak akan di adakan, walaupun pehak BN mengatakan tiada sidang akan tetapi pehak PR kata ada sidang, kenyataan kedua belah pehak ini kelihatan bercanggah di antara satu dengan yang lain

Andainya dengan sidang yang akan di adakan nanti akan menundang perselisihan dan pergaduhan yang baru maka raja dan orang terentu wajiblah bertanggungjawab kerana perlembagaan mungkin ada yang membolehkan sidang itu akan di adakan

Friday, August 28, 2009

Hukum Peminum Arak (Khamru)

Posted by singamaraja

Ahlan Wasahlan

Berita keputusan mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman denda terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak masih lagi panas di perkatakan rakyat Malaysia termasuk yang masuk campur ialah bapak-bapak menteri serta pandangan ulama negara ini dan berbagai-bagailah pandangan mereka

Hukuman yang di jatuhkan oleh Mahkamah Syariah itu ialah denda RM 5,000 dan 6 kali sebatan, dengan hukuman tersebut maka pada mulanya tidaklah seheboh mana akan tetapi bila sampai kepada penangguhan hukuman sebat 6 kali maka barulah timbul berbagai-bagai spekulasi daripada orang ramai, mengapa ?

Ada yang memberikan alasan kerana menghormati bulan ramadan ? Ada pula berkata kerana tiada tukang sebat syari'ah ? sedangkan apabila hukuman telah jatuh sepatutnya telah tersedia orang yang menjalankan tugas akan tetapi ada saja alasan yang di berikan yang tidak boleh di terima akal dan sangat menghampakan

Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah bolehkah di terima oleh yang menerima hukuman tersebut bahawa dia akan terlepas daripada hukum Allah di akhirat nanti ? Sedangkan hukuman tersebut bukanlah berdasarkan undang-undang Tuhan atau syariah, apakah yang terhukum menyangka bahawa dia telah bebas dari hukuman Tuhan ?

Kartika Sari Dwi Shukarno mahukan hukuman sebat itu terus di jalankan tanpa dia memohon hukuman tersebut di rengankan atau di hapuskan, apakah dia merasakan bahawa dia akan bersih selepas menjalani hukuman tersebut ? Pada pandangan saya jika Kartika Sari Dewi mahu menjadi seorang yang bersih maka eloklah Kartika Sari Dewi memohon kepada mahkamah supaya dia di kenakan hukuman 40 sebatan dari mahkamah syariah tersebut sesuai dengan hukuman islam, JIKA MAHKAMAH TIDAK BERKUASA MELAYAN TUNTUTAN KARTIKA SARI DEWI MAKA SAYA RASA KARTIKA SUDAH JADI BERSIH CUMA YANG TERPERANGKAP IALAH PENGUASA AGAMA

Andainya Kartika mati sebelum hukuman yang di mintanya berhasil maka adakah Tuhan akan melepaskan dosanya ? Itu kena tanya ulama dan yang arif, walau bagaimanapun saya mengambil pendekatan tersebut sebagai nawaitu ikhlas dari pesalah yang tidak tercapai kerana takdir mendahului hukumannya oleh Allah

9 ADUN BN MELOMPAT ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

BERITA TERGEMPAR

JIKA PASAL SMS DI TRENGGANU MAKA SAYA YAKIN BENAR 65 % , DI KATAKAN BAHAWA 9 ORANG ADUN BN AKAN MELOMPAT PARTI PKR DAN JIKA KITA FIKIRKAN BAIK-BAIK MAKA UMNO BILA MELOMPAT KE PARTI LAIN MESTILAH BERTRANSIT KAT PKR, TAK BOLEH TERUS KEPADA PAS SEHINGGA BAU UMNO TU HILANG BARULAH OK SEBAB ADA DI ANTARA YANG MELOMPAT ITU KABARNYA MAHU KEPADA PAS JUGA

JIKA BENAR MENJADI KENYATAAN MAKA DUN TRENGGANU AKAN BUBAR DAN PILIHANRAYA AKAN DI ADAKAN DI SANA

Thursday, August 27, 2009

SARI DEWI MALAM HUK,HUK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Maka panaslah orang melayu yang beragama islam di negara ini, dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawah termasuklah yang bukan beragama islam masuk campur urusan hukuman 6 sebatan yang di kenakan kepada Sari Dewi Malam oleh mahkamah yang di katakan SYARIAH yang berstatus TABIR GERBANG ALAM

Ada menteri kata " Jangan ada pula yang berkata hukuman syariah sebagai zalim " saya bersetuju dengan kenyataan menteri tu TAPI bukan SYARIAH di negara Malaysia nih , sebab hukum syariah di Malaysia ini tentunya adalah zalim sebab tidak menepati dengan hukum Tuhan

Dalam Al Quran Allah menyebut secara qata'i tentang hukum zalim mafhumnya" BARANG SIAPA YANG TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUMANKU MEREKA ADALAH ZALIM " oleh itu kita tak perlu bertegang urat tentang hukuman 6 sebatan tersebut kerana ia bukan hukuman yang boleh di kaitkan denga syariah

Di Malaysia ini ramai yang macam ayam mabuk tahi kerana mereka ramai yang mahu mempertahankan hukuman yang batil yang tiada berkait dengan syariah mengapa ? Apakah mereka mahu menghalalkan hukuman 6 sebatan itu sebagai syariah ? atau nak membodek golongan yang membuat penyelewengan agama ?

ADAKAH HUKUMAN 6 SEBATAN BOLEH DI KAITKAN DENGAN SYARIAH ?


Tuesday, August 25, 2009

UMNO PERLU BERUBAH

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Kekalahan demi kekalahan kerusi parlimen dan DUN UMNO/BN menunjukkan bahawa mereka perlu berubah kepada dasar yang telah di sediakan oleh Allah, UMNO tiada pilihan lain jika ia mahu terus di hati rakyat

UMNO tidak perlu berdegil dengan dasar kebodohannya sekalipun UMNO ada muftinya sebagai penasihat dan juru cakap agamanya namun ia tetaplah gagal malah penasihat agamanya pula menjadi kemurkaan orang ramai

UMNO perlu kembali kepada dasar islam, tidak ada sebab UMNO menolak dasar islam sedangkan mereka sendiri beragama islam, apa yang menjadi masalahnya mengapa UMNO tidak mahu kembali kepada dasar islam ?

Cubalah orang UMNO fikirkan baik-baik dan cubalah mufti Perak fikir baik-baik apa masalahnya UMNO tidak mahu kembali kepada dasar islam ? apa yang tidak kena pada islam ? Sedangkan pada dasarnya orang UMNO mengaku sebagai orang islam

Mengakuilah secara ikhlas bahawa dasar kebangsaan yang UMNO bawa sebenarnya telah gagal untuk kamu berlaku adil terhadap bangsa kamu sendiri, terbukti bahawa kamu sering menzalimi bangsa kamu yang berlainan dasar perjuangannya

Hentikanlah ke egoan kamu sebagai pembela bangsa sendiri sedangkan kamu tetap tidak mahu berubah dan sering mendakwa bahawa kamulah pembela bangsa sedangkan kenyataannya kamu telah gagal berbuat demikian

Semangat bangsa yang kamu bawa sebenarnya membuatkan kamu tidak boleh berlaku adil malah kamu menyemai sikap sombong yang bukan kepalang terhadap bangsa kamu dengan cara yang kamu tidak sedari saban hari

Berbagai contoh Tuhan pertontonkan kepada kamu nasib bangsa yang berdiri atas dasar semangat bangsa, semuanya gagal dan akhirnya mereka berbunuhan sesama sendiri sekalipun sesama bangsa itu berTuhan yang satu, berkiblat yang satu,al Quran yang satu, bernabikan yang satu dan sebagainya

Kamu UMNO mengakuilah bahawa jika kamu membaca al Quran atau hadis nabi maka kamu akan dapat tahu bahawa perjuangan kamu adalah tidak benar sama sekali tetapi kamu masih juga berdegil dengan hujah yang bodoh lagi mengaibkan

Perjuangan kamu termasuk dalam kategori yang batil dan tidak di redhai oleh Allah akan tetapi kamu cuba mengelak dari kebenaran dan kamu ambil kebatilan dan kamu berbangga pula dengannya sedangkan jelas kamu telah melakukan penginayan diri sendiri

Kamu memarahi jama'ah PAS berkawan dengan DAP dan DAP pula menjadi igauan ngeri kamu saban hari sedangkan kamu tidak beruska memperbetulkan dasar kamu supaya umat islam bersatu di bawah satu dasar iaitu dasar islam

Kamu UMNO tidak berusha menyelamatkan diri kamu dengan dasar islam yang di jamin Tuhan untuk dunia dan akhirat namun kamu terus menerus menekankan bahawa dasar batal kamu itu juga yang benarnya lalu kamu memporak perandakan sesama manusia dan apabila manusia telah menjadi porak peranda maka mudah bagi kamu mengusai mereka (pecah dan perintah)

Berubahlah demi Allah dan Rasulnya sebelum kamu terkubur di bumi sendiri, terlalu banyak yang bersuara "MENGAPA ISLAM TIDAK MAHU BERSATU ? Tidakkah mereka memahami bahawa suara mereka yang menyeru bersatu itu tidak ubah sebagai orang yang munafik yang tidak faham dengan kehendak hukum daripada Allah ?

Kembalilah wahai UMNO kepada islam jika kamu mahu terus membela bangsa kamu

KEPUTUSAN AKHIR PERMATANG PASIR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO kalah dengan majority 4551 undi

umno dapat 5067 undi

PAS dapat 9618 undi

Keluar mengundi 14,768 undi bersamaan 73 %

Undi rosak 83 Undi

Peratusan keluar mengundi rendah dan setiap calon mendapat undi yang kurang, walau apapun keputusan yang di perolehi oleh PAS adalah selesa dan besar

KEPUTUSAN N.11 UMNO KALAH TEROK !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam

Keputusan akhir tidak rasmi

UMNO 4941

PAS 9616

Majority 6675

Undi Rosak 43

Peratusan keluar mengundi 73.2 %

GEMPAR ! UMNO MENANG ?

Posted by singamaraja

MACAM SERIUS JE !

Berita terkini ada berita keputusan awal UMNO menang ? Ish Tak Caya La , tunggu pukul 8 malam nih ! memang tidak di nafikan ada keputusan awal dari saluran pos mengundi tapi takkan la UMNO menang sedangkan UMNO akan tutup buku pada PRU 13 nanti

Monday, August 24, 2009

N. 11 mungkin tegang

Posted by singamaraja

aHLAN wA sAHLAM,

Laaaa ! tetiba je suasana di Permatang Pasir boleh jadi kacau, nampaknya BN dah mula memulakan kekacauan di Permatang Pasir kita tunggu apa sebenarnya yang berlaku