Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Sunday, January 8, 2012

AISYAH

Posted by singamaraja

Sunday, January 8, 2012

Pemurnian Sirah : Umur Aisyah r.a semasa berkahwin dengan Nabi s.a.w

http://papankekunci.com/wp-content/uploads/2011/07/Aisyah-di-Balik-Tirai-Jendela.jpg
Proof 1:

Bila kah Siti Aisyah dilahirkan?

Semua ke 4 anak Saidina Abu Bakar bersama 2 orang isterinya lahir sebelum kedatangan Islam "Saidina Abu Bakar (ra) berkahwin dengan 2 wanita yang bernama Fateelah binti Abd Al Aza dan Ummi i Rooman dizaman jahiliah.

Abu Bakar mendapat 4 orang anak dari perkahwinan tersebut, 2 lelaki dan 2 perempuan.Isteri pertama Fateelah melahirkan Abdullah dan Asma`.

Isteri kedua Umm i Rooman melahirkan Abd al Rahman dan Siti Aisyah.

Tabrani mengatakan Siti Aisyah lahir sebelum tahun 610 Masehi, sehingga Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun.

Proof 2:

Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud

Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal."Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud.....Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak.

"Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b," Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.

Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;

1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.

2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610

3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun

Proof 3:

Pertunangan Siti Aisyah

Menurut sejarah dari Tabrani; Saidina Abu Bakar waktu hendak berhijrah ke Habsyah pada tahun 615 Masehi, (7 tahun sebelum Hijrah ke Medina pada tahun 622 Masehi) beliau telah pergi ke rumah Mut`am.

Abu Bakar meminta Mut`am mengambil Siti Aisyah menjadi isterinya. Mut`am yang telah menjadi tunangan Siti Aisyah menolak permintaan Abu Bakar disebabkan Abu Bakar telah memeluk Islam. Mut`am kemudian memutuskan pertunangan dengan Siti Aisyah.

Semasa Siti Aisyah berumur 6 tahun, maka kita akan dapati Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad pada 623 Masehi, maka umur Siti Aisyah telah menjangkau 14 tahun. ( umur 6 tahun + 7 tahun hijrah = 13 tahun + 1 tahun hijriah ).

Possibility 4:

Siti Aisyah masuk Islam

Muhammad saw menjadi nabi pada tahun 610 Masehi. Menurut sejarah Siti Aisyah adalah orang ke 21 atau 22 yang masuk Islam pada tahun pertama Nabi saw berdakwah iaitu pada tahun 610 Masehi.

Maka jika Siti Aisyah masuk Islam pada tahun 610 Masehi maka umur beliau paling rendah waktu kahwin dengan Nabi Muhammad saw adalah 19 tahun.

Jika kita mengambil umur Siti Aisyah paling rendah 6 tahun waktu masuk Islam maka kita dapati beliau dilahirkan pada tahun 604 Masehi ( 6 tahun sebelum Islam )


Possibility 5:

Surah Al Qamar

Diriwayatkan oleh Bukari didalam Kitab Tafsir nya:" Siti Aisyah (ra) mengatakan " Aku adalah seorang gadis" ketika surah Al Qamar - Surah 54 diturunkan. "Mengikut sejarah surah Al Qamar diturunkan pada tahun 613 Masehi. ( 9 tahun sebelum Hijrah).

Ini menunjukkan bahawa Siti Aisyah lahir sebelum kedatangan Islam, iaitu sebelum tahun 610 Masehi.Jika Siti Aisyah lahir sebelum 610 Masehi maka paling rendah umur beliau kahwin dengan Nabi Muhammad saw pada 623 Masehi adalah 14 tahun

Possibility 6:

Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur Fatimah (ra)

{Menurut Ibnu Hajar didalam kitabnya: Al-isabah fi tamyizi'l-sahabah, Ibn Hajar al-Asqalani, Vol 4, Pg 377, Arabic, Maktabatu'l-Riyadh al-haditha, al-Riyadh, 1978}"} Fatimah (ra) dilahirkan ketika Kaaba di perbaiki.

Ketika itu Rasulullah saw berumur 35 tahun...dan Fatimah (ra) adalah 5 tahun lebih tua dari Siti Aisyah (ra)

"Rasulullah lahir pada 570 Masehi.Rasulullah saw berumur 35 tahun pada 605 Masehi ( 570+35=605 M) Rasulullah saw berumur 53 tahun pada 623 Masehi ( Fatimah berumur 18 tahun )Umur anak Rasulullah saw, Fatimah pada 623 Masehi ada lah 18 tahun Umur Siti Aisyah pada 623 Masehi adalah 13 tahun ( 5 tahun lebeh muda dari Fatimah )

Berdasarkan fakta ini kita dapati;Umur Siti Aisyah waktu kahwin dengan Rasulullah saw pada tahun 623 Masehi ialah 13 tahun Siti Aisyah dilahirkan pada tahun 610 Masehi

Possibility 7:

Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`

Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372," Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun.

Asma` adalah 10 tahun lebih tua dari Siti Aisyah. {73 Hijrah = 695 Masehi} 695 Masehi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah - 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2 Hijrah à Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun

Possibility 8:

Bilakah Siti Aisyah (ra) wafat?

Siti Aisyah wafat pada tahun 678 Masehi maka kita akan dapati ;

1. Umur Siti Aisyah pada 678 Masehi ada lah 73 tahun

2. Aisyah berumur 27 tahun pada waktu Nabi Wafat pada tahun 632 M (678-632=46) = 73 - 46 = 27 tahun

3. Aisyah berumur 17 waktu kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 Masehi

Apa yang kita dengar ialah Aisyah berkahwin masa umur 6 tahun atau 9 tahun.. sesetengah pendapat mengatakan penyelewangan fakta sejarah bahawa umur sebenar Aisyah r.a semasa berkahwin ialah 16 tahun atau 19 tahun. wallahualam..

0 comments:

Post a Comment