Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, September 22, 2011

Nik Aziz kata Kelantan bukan Malaysia

Posted by singamaraja

Hudud: Umno OK tapi Malaysia tak sedia, kata Muhyiddin

TERKINI @ 06:46:51 PM 22-09-2011
September 22, 2011

PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.

Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.

“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.

“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno.

Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

“Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud,” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau.

Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...,” kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

“Saya juga memohon Datuk Seri Najib dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

0 comments:

Post a Comment