Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, September 22, 2011

Pilihanraya hampir benar

Posted by singamaraja

PEKAN, 22 Sept - Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Zaidi Ahmad (foto) mengejutkan ramai pihak bila dia mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan besar akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat ini. Ia berdasarkan kepada senario semasa tentang beberapa isu panas yang dibangkitkan dan juga beberapa pertemuan sulit antara Najib dengan pihak-pihak tertentu dalam Parlimen Pekan untuk membincangkan strategi pilihanraya mutakhir ini.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Markaz PAS, Felda Chini 3 dekat sini malam tadi. "Saya mendapat ilham ini menerusi Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia sendiri", katanya. Beliau turut menegaskan, bahawa pembubaran parlimen kemungkinan besar akan dibuat selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Najib tidak lama lagi.

"Najib dijangka akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober. Biasanya selepas ini Ketua Pembangkang akan diberi ruang yang luas untuk membahaskan bajet tersebut. Tapi, 7 Oktober jatuh pada hari Jumaat dan Anwar (Ketua Pembangkang) pasti akan membahaskannya pada hari Isnin 10 Oktober. Maka, Anwar tidak sempat untuk bahaskan bajet itu kerana Najib akan umumkan pembubaran parlimen pada hari tersebut", kata beliau. Beliau turut yakin dan menegaskan selepas itu SPR diberi tempoh 60 hari untuk menetapkan hari pencalonan dan pengundian Pilihanraya Umum ke-13.

"SPR kemungkinan besar akan tetapkan 29 Oktober sebagai hari penamaan calon dan pengundian biasanya 9 atau 10 hari selepas itu. Tapi memandangkan tempoh itu begitu hampir dengan Hari Raya Aidil Adha maka mungkin akan dianjakkan seminggu dua selepas itu.

Dalam tempoh itu difahamkan Najib dan Rosmah akan tunaikan fardhu haji di Mekah. Media akan "cover" berita itu seluas-luasnya bagi menagih simpati rakyat terutamaya orang Melayu Islam. Kononnya mereka sudah insaf dann rakyat mesti undi BN. Maknya sekitar pertengahan atau hujung bulan November pilihanraya pasti dijalankan"
, kata beliau lagi.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam ceramah malam
taditermasuk Chegubard, Razali Alias, Jeffri dan Wak Sarjuni (PAS)

[Kenyataan beliau itu mengejutkan ramai pihak yang mendengar ceramah tersebut. Mereka hairan bagaimana beliau boleh tahu maklumat tersebut sedangkan ia adalah sulit. Namun menurutu Zaidi, jika Najib tidak berani adakan pilihanraya pada tempoh yang beliau nyatakan maka kemungkinan besar ia akan diadakan pada awal tahun 2012 nanti. Namun, kenyataan yang dibuat oleh beliau itu sebenarnya bukanlah ilham dari mana-mana pihak. Cuma ia mungkin bersumberkan kepada maklumat yang boleh dipercayai.

Melihat kepada senario politik hari ini, ia memungkin juga apa yang dikata. Cuma ramai yang menjangka Najib akan adakan pilihanraya umum pada tarikh keramat yang diminatinya iaitu 11 November 2011 (11.11.11). Apakah telahan itu benar?.

Maklumat diterima ramai petugas pilihanraya SPR kini sudah menerima surat tawaran dan pengesahan lokasi pusat mengundi yang perlu dijaga oleh mereka. Biasanya, jika surat sudah dikeluarkan maka ia akan menjurus kepada pilihanraya dalam tempoh terdekat. Tidak mungkin ia dianjakkan terlalu jauh dari sekarang. Apapun semua pihak diminta bersedia dengan apa jua kemungkinan yang berlaku].


0 comments:

Post a Comment