Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, September 22, 2011

Posted by singamaraja

22
Sep

Rashid Daftarkan Pengundi Diragui – Malek Hussin

Malaysiakini

Abd Malek Hussin, orang yang disebut dalam kabel Kedutaan Amerika Syarikat sebagai berkata Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah menjelaskan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengeluarkan dokumen-dokumen palsu.

NONESebaliknya, Malek, bekas ketua NGO Raya Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) berkata Abdul Rashid sebenarnya mengakui terlibat dengan kontroversi operasi ‘Projek IC’ pada tahun 1990-an, tetapi peranannya setakat mendaftarkan individu dengan kad pengenalan yang diragui itu sebagai pengundi.

“Kabel Wikileaks salah petik saya. Bagaimana dia boleh mengeluarkan kad pengenalan? Itu tanggungjawab JPN. Beliau bercakap mengenai rakyat asing dengan kad pengenalan yang didaftarkannya,” kata Malek ketika dihubungi Malaysiakini.

Wikileaks baru-baru ini mendedahkan, Abdul Rashid mengakui kepada Malek bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

abdul rashid abdul rahman“Menurut Husin, Rashid ‘mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah’ bagi membantu Umno menguasai politik di sana,” kabel itu dipetik.

The New Straits Times hari ini melaporkan penafianRashid berhubung apa yang didedahkan oleh Wikileaks dan berkata beliau “tidak kena-mengena” dengan pengeluaran kad pengenalan itu.

Dalam artikel itu, Rashid juga menafikan memberitahu perkara-perkara yang didedahkan oleh Malek sambil menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

“Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi,” kata Rashid dipetik oleh akhbar New Straits Times.

sabah illegal immigrantMalek bersetuju bahawa tidak mungkin bagi Rashid berbuat demikian kerana peranan suruhanjaya itu adalah jelas bahawa mereka bertanggungjawab mendaftar pengundi, menentukan persempadan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya.

Walau bagaimanapun, bekas ketua Mafrel itu berkata bahawa kabel jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi di Sabah adalah 80,000 orang, iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan oleh kabel berkenaan.

0 comments:

Post a Comment