Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, November 9, 2009

Pesanan Baginda Rasullullah s.a.w

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PESANAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W KEPADA UMATNYA YANG JANGAN DI AMBIL RENGAN DAN JANGAN BURUK SANGKA TERHADAP HADIS INI JIKA ANDA UMATNYA YANG IKHLAS

عن حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال: كان الناس يسأ لون رسول الله صلى الله وسلم عن الخير

وكنت اسأله عن الشر مخا فة ان يدركنى ، فقلت، يا رسول الله ، انا كنا فى جاهلية وشر ؟ فجاءناالله بهذا الخير، فهل بعد هذا الخير من شر؟ قال : نعم ، قلت : وهل بعد ذلك الشر من خير قال نعم، فيه دخن، قلت وما دخنه؟ قال: قوم يهدون بغير هديي تعرف منهم وتنكر ، قلت، فهل بعد ذلك الخيرمن شر؟ قال: نعم، دعاة على ابواب جهنم، من اجابهم اليها فذفوه فيها، قلت، صفهم لنل، قال: هم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا ، قلت، فما تأمرني ان ادركني ذلك؟ قال: تلزم جماعة المسلمين وامامهم، قلت، فان لم يكن جماعة ولا امام ؟
قال: فاعتزل تلك الفرق كلها،ولو ان تعض بأصل سجرة حتى يدركك الموت وانت على ذلك

Maksudnya:

Dari Khuzaifah bin Yamani katanya: orang ramai bertanyakan kepada Rasullullah saw berkenaan dengan kebaikan, aku bertanyakannya berkenaan dengan kejahatan, lalu aku berkata wahai Rasullullah kami dahulunya berada dalam jahiliyah, dan kemudian Allah datangkan kepada kami kebaikan (islam) adakah selepas kebaikan islam itu ada keburukannya ? Sabda Rasullullah saw Ya ! di dalamnya ada keburukan

Lalu aku bertanya: Apakah keburukan itu ya Rasullullah, sabda Rasullullah saw: "adanya golongan-golongan yang berpegang dengan yang lain daripada ajaraku dan memberikan petunjuk dengan yang lain daripada petunjukku, kamu mengenali mereka dan kamu mengingkari mereka

Aku bertanya lagi: Adakah selepas kebaikan itu ada pula keburukan, Sabda Rasullullah saw : Ya di dalamnya ada penyeru-penyeru ke arah neraka jahannam, sesiapa yang menyahut seruan mereka nescahaya akan di campakkan bersama mereka ke neraka jahannam

Lalu aku berkata: Gambarkan kepada aku bagaimanakah sifat mereka itu, Rasulullah saw bersabda: "Mereka itu adalah kulit yang sama dengan kita dan bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa kita"

Lalu aku bertanya lagi : Apakah perintah engkau jika aku sempat berjumpa dengan keadaan ini, maka sabda Rasullullah saw: " Engkau hendaklah bersama dengan jama'ah islam dan pemimpin mereka, Aku bertanya lagi : " Sekiranya tiada jama'ah dan tiada pemimpin ? Sabda Rasullullah saw : " Kamu hendaklah mengasingkan diri dari jama'ah mereka walaupun engkau terpaksa memakan akar-akar kayu ataupun engkau mati dalam keadaan demikian

Berdasarkan hadis Rasullullah ini adakah sesiapa yang hendak menafikannya dan bagaimana nasib kita sebagai umat Muhammad saw ?

Bagaimanakah syarat-syarat dasar yang di bawa oleh jama'ah islam dan bagaimana pula syarat dasar yang bukan jama'ah islam di dalam negara ini ? tanyakanlah diri sendiri

Thursday, November 5, 2009

Ragam Tersirat

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Tidak ada keikhlasan melainkan semuanya pekerjaan syaitan, kadangkala manusia mewajibkan kepada mereka berperangai syaitan kerana pendirian pribadi yang berpandukan agama tidak ada kepada mereka melainkan di dorong oleh sifat takut, ada kepentingan, tiada pendirian atau mereka telah di kuasai oleh manusia jenis syaitan

BenarlahAllah dan RasulNya bahawa manusia yang membelakangkan Tuhan akan mudah di kuasai oleh syaitan dan manusia, kita menyedari bahawa mana-mana negara yang tidak mengambil islam sebagai dasar hidup maka rakyat di negara tersebut akan hidup sebagai haiwan yang melata demikian yang telah di tentukan oleh Allah

Manusia adalah jenis makhluk yang sempurna di antara makhluk Allah yang lain namun apabila manusia tidak bersedia keluar daripada sifat makhluk kepada sifat manusia yang bergelar insan maka kehidupan manusia iru tiada bezanya dengan haiwan walaupun kelihatannya manusia itu berbeza dengan haiwan, demikian jika kita rajin membaca al quran

Manusia jangan malu-malu membandingkan sifat mereka yang ada dengan haiwan yang lain, manusia makan,minum, mandi, tidur, berkasih sayang, berketurunan, berusha dan berikhtiar maka haiwan juga demikian cuma haiwan tidak memiliki lembaga akalnya, sebab itu haiwan boleh berfikir sama macam manusia akan tetapi matlamatnya tidak sempurna

Pernahkah kita melihat haiwan membiarkan anaknya berhujan dan tidak makan ? Pernahkah kita melihat haiwan membiarkan anaknya di usik oleh manusia ? Pernahkah kita melihat haiwan tidak mengajar anaknya bagaimana nak hidup dan mencari makan ? Semua itu kita kena fikir jika kita mahu mengakui diri kita sebagai manusia yang sempurna

Wednesday, November 4, 2009

Rempah Ratus Berita

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

KES MUHAMMAD NIZAR

Permohonan Muhammad Nizar untuk mendapatkan 11 orang hakim bagi menghakimi kesnya gagal, apa yang bermain dalam fikiran rakyat Peran dan negara ialah jika 11 orang hakim yang menghakimi kes Muhammad Nizar maka Nizar akan menang, jika hanya sekadar 5 orang sahaja maka Nizar akan kalah, macam mengundi pada pilihanraya pulak yang dapat di jangka akan keputusannya

ISU DR ASRI

Isu ini sudah sampai kepada pengetahuan Sultan, sebab itu lain kali JAIS jangan membuat kerja tergesa-gesa kerana kesannya akan menyusahkan JAIS sendiri dan kesan dari tangkapan ini menghasilkan tuduhan buruk pada Nakha'ie Ahmad pengarah Yadim yang di pendekkan tugasnya kerana ada kes

ROYALTY MINYAK

Royalty minyak kelantan yang di tuntut bukan Ihsan, kerana itu kerajaan dan petronas jangan nak bodohkan rakyat Kelantan, mereka itu lebih bijak dari kamu dan jangan cuba nak memerangkap rakyat Kelantan kerana rakyat sudah banyak belajar atas penindasan BN

MUSIM HUJAN

Musim hujan sekarang semua pehak kena berhati-hati di jalan raya dan berhati-hati juga pada setiap bangunan kerana pembenaannya tidak cukup kuat sebab harga bangunan mengikut nilai yang kontraktor perolehi

RASUAH SATU CARA HIDUP

Di negara ini kerajaan cuba menghapuskan amalan rasuah sama ada rasuah perniagaan, pembangunan ataupun politik, akan tetapi ia pasti sukar untuk di hapuskan kerana ia bermula daripada peringkat atasan

PERGOLAKAN POLITIK

Pergolakan politik akan terus berlaku pada setiap parti kerana adanya virus tamak dan mabuk kuasa di antara ahli-ahli di samping ada tangan ghaib yang cuba memecahbelahkan keharmonian masyarakat di Malaysia

TIDAK BERTANGGUNJAWAB

Ada agensi kerajaan yang tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna kerana ada tujuan udan di sebalik batu untuk kepentingan peribadi yang sangat menyusahkan rakyat di negara ini, mereka perlu di perangi dengan menghukum mereka

SEKONGKOL

Ada agency kerajaan yang suka mencipta huruhara di dalam negara ini kerana ada motif politik kotor untuk kumpulan tertentu bagi mengekalkan kuasa politik mereka sementara rakyat tiada upaya untuk menghakimi mereka kerana suara rakyat beku

HATI BUSUK

Ada segelintir rakyat yang memiliki hati yang busuk yang tugas mereka untuk menghancurkan ekonomi orang melayu dan golongan ini terlalu jahat sehinggakan orang yang berkuasa bersama-sama dengan suara syaitan mereka

Monday, November 2, 2009

Tangkap, Lepas dan Dakwa

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Penangkapan bekas mufti Perlis agak menggemparkan banyak pehak, orng bijak dan pandai agama seperti Dr Asri jangan sangka dia boleh bebas berceramah agama, tambahan lagi negara ini bukan negara yang berasaskan agama akan tetapi negara yang berasaskan tunjuk kuasa, jika zaman orang yang pandai agama berceramah pasal agama seperti zaman dahulu maka Dr Asri tentunya selamat

Tertangkapnya Dr Asri bekas mufti ini menunjukkan dia terlupa dengan nasib bekas mufti Selangor dahulu iaitu al Marhom Ishak Baharom kerana mencegah maksiat di negeri Selangor. Dr Asri telah di tangkap dan di lepaskan 4 jam kemudiannya tanpa pertuduhan namun Singamaraja yakin dia akhirnya akan di tuduh sebagai memberikan ceramah agama tanpa tauliah atau kebenaran

Thursday, October 29, 2009

Seminar Politik Langkah Bijak

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Langkah Pas pusat akan menganjurkan seminar politik kepada ahlinya di lihat sebagai untuk memantapkan ahlinya cara berpolitik di anggap satu langkah yang bijak kerana apa yang kita lihat kebelakangan ini apabila begitu ramai orang sudah mengenali parti itu tapi selok beluk arah tuju parti itu tidak ramai yang faham

Ramai ahli-ahli yang baru berjuang dalam jama'ah Pas masih lagi terikat dengan fahaman melayu itu islam dan islam itu melayu, fahaman ini sangat merbahaya tambahan pula kehidupan mereka sentiasa di nyanyikan oleh suara media yang saban hari mengumandangkan konsep tersebut yang menyumbat telinga mereka saban hari

Konsef bangsa atau konsep melayu mereka ambil dari penyatuan akal di kalangan mereka yang di pacu oleh barat sementara konsep islam telah tersedia dan di tetapkan oleh Allah yang manusia tidak boleh ubah melainkan dari ayat mutasabbihah, itu sebab di ujudkan ijmak Ulama dan qias, kehidupan jamaah islam di negara ini sentiasa di dedahkan oleh musuh islam dengan konsep sekular yang mereka boleh dengar dan lihat setiap hari

Di katakan lebih seribu orang akan menghadiri seminar pada 7 Nov hadapan di harapkan seminar itu mampu melahirkan pejuang islam yang baik


Wednesday, October 28, 2009

DUN Perak Bersih atau Kotor

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Persidangan Dewan Undangan negeri Perak bersih atau kotor, Speaker dia bersih atau kotor, tindakan polis benar atau tidak, penyingkiran Zambry dan 6 Exconya benar atau tidak, minit mesyuaratnya sah atau tidak, minit mesyuarat PR benar ataupun tidak, sidang telah berjalan pada pukul 10 am sedangkan ADUN PR masih di periksa polis adil ataupun tidak, membuka songkok dan jubah speaker PR dan mencekeknya adil atau tidak

Di pandang dari amalan demokrasi tindakan yang telah di lakukan oleh BN/UMNO dan polis benar atau tidak, jika benar tunjukkan alasannya mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri, menghalang ADUN dengan melambat-lambatkan ahli dewan masuk kerana alasan relevan atau tidak, selama mana suasana ini dapat di tahan oleh ADUN PR ?

Tuesday, October 27, 2009

Sidang DUN Perak

Posted by singamaraja

TERKINI

Persidangan DUN Perak macam pasar malam ini kerana ADU BN/UMNO dan ADUN PR masing-masing bersidang berasingan, di saat ini ADUN BN/UMNO sedang mengikuti persidangan ADUN PR bermesyuarat yang di kendalikan oleh V Sivakumar

Polis Halang Masuki Bngunan DAP

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Polis telah menghalang 4 wakil DAP melintasi masuk bangunan nya tapi melepaskan kemudiannya sepatutnya kawasan tersebut tidak boleh di masukki oleh orang ramai sahaja kerana keselamatan bukannya wakil parti DAP, ni mulalah nak cari pasal atau saja nak buat provokasi ?

Perak Terkini

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

BANGUNAN SUK IPOH PERAK CEMAS DAN LEMAS KERANA TERLALU RAMAI POLIS

Setakat ini belum lagi ada berita daripada DUN Perak, apa yang dapat kita kongsi bersama ialah bangunan SUK Perak telah di hadiri oleh polis dengan jumlah yang begitu ramai, semua pintu ke bandar Ipoh telah di kawal dan di lencongkan pada tempat tertentu demi keselamatan, black maria kelihatan bersedia untuk mengisi manusia di dalamnya

Liputan hari ini mungkin agak sukar kerana polis berkawal terlalu ketat dan ramai, walau bagaimanapun kita cuba membuat liputan keselamatan di sekitar bangunan SUK

Hassan Ali, Nasaruddin

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Hassan Ali dan Nasaruddin berehatlah dari menjadi alat UMNO, tindakan kamu memanggil blogger UMNO atau pro UMNO sebenarnya tidak bijak kerana sidang yang kamu adakan itu bukan untuk bercakap tentang tugas kamu sebagai wakil rakyat tapi sebagai seorang ahli PAS yang bercakap tentang masalah dalaman dalam PAS dan perancangan kamu yang bersekongkol dengan UMNO sama ada kamu berdua sedar atau terlepas pandang

Kamu berdua sepatutnya fahan tentang dasar kedua parti UMNO dan PAS ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara, yang kamu perlu faham ialah apabila perdana menteri israil di dalam dewan parlimen Mesir membacakan ayat al Quran lalu terpesonalah semua bangsa arab dan ramai di antara bangsa arab yang mula berlembut dengan israil, selang beberapa hari saja umat Palastin di bunuh dengan kejamnya oleh Israil

Allah mengingatkan umat islam tentang bangsa ini yang bermaksud " Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu selagi kamu tidak mengikuti cara hidup mereka "


SUK Perak dah Ghaib ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Adakah benar ceritanya nyaj oi bahawa SUK Perak telah hilang tanpa kesan menjelang 28 Oktober ? Kemana mike menghilangkan diri atau di sorok oleh hantu sorok-sorok ? minta sesiapa yang tahu cerita ini

Monday, October 26, 2009

28 Oktober Yang Gersang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

DUN Perak akan mengadakan mesyuarat DUN buat pertama kalinya selepas 7 May 09 yang lalu, pada sidang DUN 7 May 09 tersebut kita di sajikan dengan mesyuarat ala samseng dan paling buruk di negara ini dan tiada sebarang aginda mesyuarat yang di iktiraf mengikut tamadun manusia walaupun pada mesyuarat itu di katakan terlantiknya speaker baru dan terlucutnya speaker lama oleh majlis mesyuarat DUN di rimba

Sebelum dari itu semasa mesyuarat DUN yang telah di adakan dan di pengurusikan oleh speaker PR maka Zambry dan 6 exconya telah di gantung dari menghadiri sidang DUN, ini bermakna wakil UMNO/BN krang 7 orang bagi sesi sidang DUN kali ini, andainya mereka ini hadir juga maka sidang akan kecoh pada awal pembukaannya, dan speaker dari BN yang di katakan telah di lantik pada sidang kecoh 7 May itu akan di sekat kerana telah cemar dan tidak sah

Sementara itu speaker BN telah memberikan amarannya kepada speaker PR supaya tidak memakai baju speaker, ini juga adalah asas-asas punca pertenkaran akan berlaku pada sidang DUN yang akan di adakan itu, kita tengoklah apa suasana yang akan berlaku nanti , saya rasa iakan menghasilkan berita tak baik dan gagal




Sunday, October 25, 2009

Tak Jadi EGM Atok Betul !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

TAK JADI EGM UMNO pula prasssss !

Atok saya Pak Karamu tu bolehlah saya katakan otai muslihat politik orangnya, betul dia kata dari awal-awal lagi EGM kerja orang gila dan memalukan dan merendahkan Pucuk pimpinan Pas saja, walaupun ramai orang yang tak setuju dengan atok tapi pandangan atok terhadap kenyataan Nik Aziz itu juga muslihat politik, akibatnya semua orang terkejut beruk termasuklah UMNO yang akhirnya mereka berpandangan berbagai-bagai dan di sanalah Nik Aziz dapat membaca hati anak buahnya dan hati bukan anak buahnya

Atok kata perkara asas yang boleh mencacamarbakan bukanlah soal UG yang menyebabkan ujud pro dan kontra dalam Pas dan di luar PAS tapi soal EGM yang hendak di gunakan pada tempat dan masa yang sangat tidak relavan, katakanlah ada sekor dua hantu raya UMNO di dalam Pas maka EGM tak perlu di gunakan jika di gunakan maka nampak sangatlah orang Pas ini menggunakan peluru berpandu kerana nak tembak hanya dua ekor nyamuk yang sedang lemas selepas terkena ubat nyamok

Orang Pas jangan hanya berpolitik tanpa memahami muslihat berpolitik, kalau hanya pandai berpolitik tanpa ada muslihat maka belajarlah dulu kemudian barulah bercakap tentang politik, atok kata bakal yang mewarisi akal Nik Aziz buat masa yang akan datang ialah Mat Sabu dan Salahuddin Ayob

Friday, October 23, 2009

Orang Pas Di seru masuk DAP

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Jika betul PAS akan mengadakan Muktamar Khas untuk menyingkirkan kepimpinannya maka mereka di harapkan keluar beramai-ramai dari PAS dan menyertai DAP kerana parti itu memerlukan orang melayu yang beragama islam dan Nik Aziz sudah berpandangan bahawa DAP baik untuk masa akan datang bagi orang bersemangat melayu juga mungkin yang beragama islam

Ana rasa setiap orang melayu yang tidak bersemangat kaum tidak layak masuk UMNO tapi mereka layak untuk masuk DAP ataupun PKR namun DAP lebih baik dari PKR sebab dalam DAP ada Demokratik dalam PKR ada Keadilan kedua-dua itu di kira ok lah, tapi ingat orang PKR hendaklah tentukan bau UMNO yang ada pada mereka itu di klorok dulu


Wednesday, October 21, 2009

One Malaysia Muslihat Cemas BN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Konsep One Malaysia adalah konsep cemas kerajaan UMNO/BN setelah sokongan bukan islam merosot terhadap UMNO/BN, UMNO/BN mengharapkan jika konsep ini di perkenalkan orang bukan islam kembali menyokong UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya sekali gus mengekalkan mereka berkuasa di negara ini

One Malaysia seolah-olah UMNO menggadaikan dasar perjuangan kebangsaan melayu yang di amalkan oleh UMNO selama ini akan tetapi One Malaysia nampaknya hanya untuk mengembalikan maruah UMNO sahaja tanpa mendaulatkan perkara bahasa, budaya, agama dan lainnya yang menjadi kemegahan sesebuah negara

Contoh yang paling jelas ialah terkuburnya bahasa kebangsaan di negara yang di katakan sudah merdeka ini dan rata-rata di pejabat kerajaan dan swasta tidak mengamalkan bahasa kebangsaan Malaysia sebagai bahasa yang di kuatkuasakan dan kerajaan hanya arahkan secara tidak ikhlas supaya menggunakan bahasa kebangsaan bagaikan melepaskan batuk di tangga

Dalam soal bahasa dan budaya nampaknya Malaysia macam berada di persimpangan jalan sama ada mahu mengikut dan mendaulatkan maruah bahasa dan budaya atau mahu memadamkannya terus dan menggantikannya dengan konsep sama seperti singapura atau Malaysia mahu mengikut fahaman dasar DAP untuk Malaysia Malaysian

Singapura telah berjaya menjadikan penduduk negara itu sebagai bangsa singaporean setelah negara itu telah di serahkan oleh pemerintah UMNO kepada PAP dan singapura telah menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa resmi kepada penduduknya dan mungkin UMNO yang menjadi teras pemerintah di negara ini juga akan menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kebangsaan di satu hari nanti jika UMNO terus berkuasa di negara ini, inilah matlamat konsef One Malaysia