Ahlan Wa Sahlan
Negara Malaysia sudah menjadi tidak menentu, ekonomi, politik, perundangan dan perlembagaan sudah menjadi huru hara, keadaan ekonomi rakyat tidak setabil, walau apapun rakyat negara ini adalah di antara rakyat yang paling sabar di dunia, mereka masih mahukan hidup aman sekalipun dalam keadaan tertekan umpama hidup bernafas di dalam lumpur
Sekarang kerajaan yang memerintah cuba hendak menenangkan sedikit perasaan rakyat dengan memperkenalkan 1 Malaysia, namun semangat perkauman terus juga di hembuskan oleh UMNO kerana dasar perjuangannya tidak akan hilang dengan konsef 1 Malaysia, rakyat sedang melihat lakonan ini sama ada ianya boleh berjaya ataupun berlaku di sebaliknya