Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, August 8, 2009

JANGAN MARAH BABI ....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

JANGAN ADA DI ANTARA MANUSIA MARAHKAN BABI KERANA BABI ITU CIPTAAN ALLAH DAN JANGAN ADA DI ANTARA MANUSIA MARAHKAN JIN KERANA JIN CIPTAAN ALLAH JUGA, INI BERERTI JIKA KITA MARAHKAN BABI DAN JIN MAKA SAMALAH KITA MARAH DENGAN CIPTAAN TUHAN SEPATUTNYA MEREKA MARAHKAN TUHAN

APA YANG MANUSIA PERLU LAKUKAN IALAH MENGKAJI PERANGAI BABI DAN JIN YANG DI TIRU OLEH MANUSIA, ERTINYA MANUSIA YANG BERPERANGAI BABI DAN SYAITAN YANG MEMBELAKANGKAN UNDANG-UNDANG TUHAN, LEBIH-LEBIH LAGI ORANG YANG DI KATAKAN ISLAM AKAN TETAPI TAK MAHU PATUH DENGAN HUKUM TUHAN MAKA MEREKALAH PUNCA DATANGNYA VIRUS BABI DAN SYAITAN INI

Wednesday, August 5, 2009

DI ANTARA DUA PEMIKIRAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

UMNO DAN PAS DUA PEMIKIRAN YANG BERBEZA

Bangsa melayu di Malaysia berpecah kepada dua pemikiran yang tidak seimbang pendapat dan pandangan masing-masing, dua kumpulan besar ini ialah PAS dan UMNO, sementara PKR dan melayu Sarawak serta Sabah mereka ini bolehlah dianggap berkiblatkan kepada UMNO ataupun PKR

Melayu UMNO pada dasarnya terkeluar dari fahaman islam yang sebenar kerana mereka tidak menjadikan dasar perjuangan mereka kepada islam yang berpandukan kepada Quran,Hadis,Ijmak Ulama dan qias sementara PAS menjadikan dasar perjuangannya kepada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias dan dasar itulah yang sebenarnya yang membezakan arah tuju perjuangan

Orang UMNO tentunya merasa terkecil hati dengan tanggapan ini namun itulah pada hakikatnya kecuali mereka bersetuju merubah dasarnya kepada islam mengikut ketentuan Tuhan dan mereka tidak boleh marah kerana pada dasarnya itulah yang di anuti mereka iaitu semangat Kebangsaan yang nabi tidak mengakui sebagai umatnya, tuduhan ini mungkin di anggap berat akan tetapi itulah sebenarnya

Sementara perjuangan orang melayu di dalam jama'ah PAS semuanya telah maklum bahawa perjuangan mereka adalah selaras dengan apa yang telah di tetapkan oleh Allah seperti di atas cuma mereka tidak dapat hendak mel;aksanakannya kerana Malaysia masih di perintah oleh UBN yang di terajui oleh UMNO yang tidak membenarkan PAS melaksanakan islam kecuali perlembagaan negara itu di pinda bagi membolehkan islam itu di laksanakan dan buat sementara PAS hanya melaksanakan konsep dakwahnya

PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu secara mantap sebab dasar kedua parti ini sangat berbeza oleh itu segala seruan supaya melayu PAS dan UMNO di satukan atas dasar bangsa dan ketuanan tidak akan berlaku walaupun pernah berlaku dahulu namun ternyata ia tidak akan kekal kerana dasar ini, UMNO buat masa ini sangat mendesak supaya melayu bersatu akan tetapi pendesak-pendesak ini hanya mengikut pemikiran mereka sahaja dan tak sampai kemana

Adapun perhubungan PAS dengan parti yang lain hanya dalam mentadbir negara sahaja ia tidak meliputi yang lain dan jika UMNO mahukan PAS dan UMNO bersatu di dalam pengurusan maka ia juga di anggap sukar sebab sudah ada pengalaman yang pahit ketika mereka bersama dahulu oleh sebab itu PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu kecuali UMNO mengubah dasarnya kepada islam


Monday, August 3, 2009

PERHIMPUNAN HARAM ISA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam,

Perhimpunan secara haram oleh penunjuk perasaan pada 1 Ogos yang lalu pada dasarnya gagal kerana tidak sampai 10,000 orang yang menyertainya jika di bandingkan dengan janji awal 100,000 yang di cadangkan oleh penganjur

Istilah perhimpunan haram kerana tidak mendapat kebenaran daripada pehak Polis, jika polis membenarkan perhimpunan tersebut maka perhimpunan itu di namakan perhimpunan halal, dan ada suara yang menyatakan pendirian JIKA polis benarkan perhimpunan maka ramai yang akan hadir pada 1 Ogos itu

Polis mempunyai alasan tidak membenarkan perhimpunan anti ISA kerana ada satu lagi pehak akan berkumpul dan akan berarak juga untuk menyatakan perasaan mereka yang pro Isa, jika kedua kumpulan pro dan anti ini bertemu maka polis kuatir akan berlaku suatu keadaan yang sangat bahaya yang boleh mengundang malapetaka yang serius, ertinya hujah polis benar

ISA di katakan suatu sistem yang di ujudkan oleh kerajaan untuk membenteras pengaruh kominis, itu asal usul akta ini dan sekarang kominis sudah tiada lagi lalu di gunakan pula untuk anti keganasan di dalam negara ini dan kerajaan memfocuskan kepada JI, Al Qaeda yang berjenama islam dan ia di pandang sebagai bahaya kepada negara

Selain dari jenama islam tidak pula kedengaran kezaliman mereka, yang bahaya hanya pergerakan islam sahaja walau di mana juga mereka berada di muka bumi ini dan yang mula-mula menjenamakan islam ini sebagai pelampau yang membawa kepada keganasan ialah dari pehak Yahudi dan Nasrani kemudian di tiru pula oleh negara lain termasuk Malaysia

Rata-rata kebanyakan negara tidak mahu mengkaji asal usul kumpulan itu menjadi ganas, tidak mungkin seseorang islam itu melakukan sesuatu yang di luar pertimbangan jika tiada punca sebab mereka berbuat demikian oleh itu mengapa tiada di buat kajian bersama dan cara untuk mengatasinya secara adil

Di negara Malaysia akta ISA di gunakan untuk kumpulan ini dan mungkin akan di perluaskan kepada yang lain untuk menjaga kepentingan tertentu walaupun di katakan ia tidak patut di jadikan demikian akan tetapi ia di ambil kesempatan untuk mengekalkan kuasa ertinya ia telah di salahgunakan

ISA tetap zalim sebab ia di laksanakan tanpa perbicaraan ertinya menahan seseorang tanpa perbicaraan menyebabkan ia di pandang zalim, apabila di sebut zalim maka ia tetap berdosa maka di sinilah punca bantahan itu di buat dan Allah akan sentiasa akan menjatuhkan bala terhadap negara yang di anggap zalim dan bala itu tetap dirasai oleh semua manusia bukan golongan yang melakukan zalim sahaja kerana itu kebangkitan semua pehak berlaku