Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, February 12, 2010

GUAN ENG BATALKAN PERARAKAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Di Pulau Pinang Guan Eng telah membatalkan perarakan menyambut maulidul Rasul selaras dengan apa yang terdapat di dalam hukum islam, sementara di Perak pula mufti besau Perak Tan Sri Harussani menegur Guan Eng sebab membatalkan perarakan tersebut YANG HUKUMNYA BIDAH, YANG SETIAP BID'AH ADALAH SESAT, DAN YANG SESAT ADALAH DI HUMBAN KEDALAM API NERAKA

OLEH ITU GUAN ENG BENARKAH ? ATAU MUFTI BESAR PERAK BENAR ! TOLONG BERI PANDANGAN !

Thursday, February 11, 2010

UMNO Penakut Berdebat Royalty

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Debat Royalty petrolium pada hari sabtu di Kota Bharu mungkin di batalkan kerana UMNO tidak berani menghantar wakilnya, demikian di nyatakan oleh penganjur majlis debat tersebut dan ini juga menunjukkan bahawa UMNO tidak ikhlas menerima kenyataan Ku Li baru-baru ini di Kota Bharu Kelantan

UMNO yang di katakan JUARA RAKYAT sebenarnya tidak langsung menunjukkan rasa kesian belas terhadap rakyat Kelantan dan kalau boleh hanya mereka sahaja yang mahu menjadi tuan kepada hasil minyak di Kelantan, yang lain mereka anggap bodoh dan tidak tahu nak mengendalikan hasil dari Tuhan

Umno jika menghadapi masalah barulah mereka mahu bersatu dan mencanangkan persaudaraan dengan bersemangat tinggi akan tetapi jika mereka berhadapan dengan kenyataan dan kebenaran yang hak maka mereka sanggup bersifat sombong dan bongkak tidak mahu bertolak ansur, inilah sifat bajang mereka

Apalah salahnya jika mereka menghantarkan wakil untuk debat tersebut tanda keikhlasan dan bertanggungjawab atas kebenaran namun mereka tidak pernah respon kerana mereka beranggapan merugikan mereka pada hal hasil tersebut adalah hak mutlak negeri Kelantan, inilah yang di katakan penyamun, tak malukah ?

UMNO tidak pernah ikhlas terhadap rakyat melainkan jika ada sesuatu yang membuatkan mereka menjadi tuan besar, sesungguhnya mereka adalah golongan rakus dan bongkak dan masa untuk mereka akan menerima pembalasan akan sampai juga, TUNGGULAH WAHAI UMNO BALASAN DARI TUHAN !

Bila PR dan Rakyat Jadi Timun !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Jika kita teliti dengan cara kasar dan halus apa yang telah dan akan berlaku terhadap negeri di bawah PR maka jelaslah sudah bahawa negeri di bawah pakatan pembangkang dalam keadaan ketakutan kerana sentiasa di kacau dan di sabotaj oleh BN/UMNO dengan menggunakan kuasa pehak berkuasa untuk mengkucar kacirkan dan terus merampas kuasa dengan cara yang tidak sah

Mahkamah telah buktikan kuasa mutlak yang ada padanya memenangkan BN/UMNO walaupun di pertikaikan keputusannya oleh orang yang faham tentang undang-undang dan ahli politik perlembagaan seperti Ku Li, bekas hakim, pakar undang-undang UIA dan orang ramai iaitu rakyat, namun apa yang boleh di lakukan oleh PR dan rakyat selain dari menyuruh bertenang

Istilah suara rakyat suara keramat sudah tidak berkesan umpama timun dengan durian, bergolek kena tidak bergolekpun kena, kerana duri durian ni berada di mana-mana, nak tebang pokok durian takut pula rugi, nak bantutkan pokok durian jangan bagi dia berbuah masalahnya adalah sama iaitu rugi, nak di racunpun masalahnya adalah sama, jadi nak buat bagaimana ??

Di negeri Perak banyak pokok durian, buahnya banyak, durinyapun banyak juga, akan tetapi waktu kebelakangan ini durian Perak sudah tidak berapa laku sebab banyak yang di serang ulat timun selain dari persaingan dari durian di negeri lain, apa yang Perak terpaksa buat sekarang ialah memasamkan durian untuk buat tempoyak, itu saja yang boleh di lakukan oleh rakyatnya

Kulit durian di buang sebab banyak duri, ia sangat bahaya kepada keselamatan manusia sebab itu rakyat di negeri Perak di nasihatkan supaya menanam saja kulit durian tersebut, kemudian ambil timun makan dengan sambal tempoyak, ha barulah durian itu tidak merbahaya, sebab itu di katakan bahawa sejahat durian hanya ada pada durinya, maka duri durian itulah UMNO/BN

Tuesday, February 9, 2010

PR Jangan Tidur Lena ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Negeri yang PR kuasai jangan tidur lena selagi belum memerintah negara, kadangkala kita lihat apabila PR memerintah meeka macam tidur lena, sebab itu BN/UMNO senang melakukan angkara dan aginda mereka

Solat Hajat dan Do'a Sudah Tapi ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Solat hajat sudah, do'apun sudah. munajat juga sudah tapi kalah juga ! Macam penderitaan orang Palastin di buminya, inilah nasib Muhammad Nizar dan kekawannya di dalam Pakatan Rakyat yang kalah lima kosong

Apakah ayat yang di baca tidak betul ? Apakah Allah tidak dengar rintihan orang yang solat dan berdo'a ? Semuanya ini mesti di jawab oleh semua parti dalam pakatan rakyat, bagi pehak yang menang merasakan mereka betul macam orang Yahudi yang sentiasa menang terhadap Palastin dan negeri arab yang lain

Orang UMNO mengatakan kemenangan mereka kerana mereka benar, orang Yahudipun sebut demikian, sebab mereka benar, bagi pehak PR walaupun mereka solat dan berdo'a akan tetapi mereka bersalah sebab itu mereka kalah, pandangan mereka cukup mudah dan kepada yang kalah atau menang saya ucapkan kepada mereka syabas dan bersabar

Undang-undang negara Malaysia kata PR dan Nizar salah, tak betul, sekalipun mereka menggunakan undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Tuhan akan tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya menerima undang-undang tersebut sebagai yang berdaulat

Undang-undang ciptaan manusia di dahulukan, sementara undang-undang Tuhan di pinggirkan, itu soal lain dan maruah pula adalah persoalan yang lain, apa yang nyata maruah tidak bernilai apa-apa kerana semua pehak memang tidak mengetahui keburukan moral, apa yang mereka lihat ialah semuanya indah belaka

Manusia yang bijak pandai akan menunjukan kepandaiannya tanpa batas dan sempadan, orang bodoh senang dengan kebodohannya dan orang gila begitu selesa dengan kegilaannya, jadi apabila semua pehak merasakan diri mereka sudah cukup selamat sebenarnya mereka buta kepada alam yang akan di tuju oleh mereka, bagi saya biarlah mereka celik di dunia ini akan tetapi mereka akan di butakan oleh Allah di akhirat nanti, dan harus di ingat bahawa mereka akan berhadapan dengan sakratul maut yang menyentap nyawa mereka dengan cara yang sangat kasar

Monday, February 8, 2010

Ramai Dah Sampai .....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Ramai orang Perak dah sampai kat KL, keputusan mahkamah besok juga akan di saksikan oleh warga Perak yang bekerja kat Selangor dan Wilayah, besok mungkin jalan raya sesak dan trafik jem

Sunday, February 7, 2010

MASALAH PULAU PINANG ORANG LUAR JANGAN MASUK CAMPUR

Posted by singamaraja

NIK AZIZ DAN AGAMA

Posted by singamaraja

Salam

Apa itu agama ? Agama itu kalau mau tau kenak tanya orang hindu kerna agamak itu bahasa orang hindu, namun jika di tanya pada orang melayupun boleh juga sebab orang melayu juga berasal dari tanah besat India dari keturunan anak nabi Noh a.s

Dalam quran bilang DINUL ISLAM (cara hidup Islam) orang barat bilang (Way Of Life) orang melayu dan india bilang agama, semua istilah ini jika di bawa kepada maksud dari fahaman akidah ia bermaksud agama itu berteraskan kepada dua kalimah syahadah

Dalam quran juga Tuhan sudah tetapkan asal agama itu lahir dari pengertian amanah yang di sebut oleh Allah dalam al quran Al A'araf 172 iaitu LA ILAHA ILL ALLAH MUHMMADARRASULLULLAH selain dari itu bukan tuntutan agama

Islam ada banyak jenis iaitu 73 jenis semua masuk meraka kecuali satu jenis sahaja jadi jika mahu duduk satu meja jangan ada yang duduk atas meja atau bawah meja