Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, August 28, 2009

Hukum Peminum Arak (Khamru)

Posted by singamaraja

Ahlan Wasahlan

Berita keputusan mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman denda terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak masih lagi panas di perkatakan rakyat Malaysia termasuk yang masuk campur ialah bapak-bapak menteri serta pandangan ulama negara ini dan berbagai-bagailah pandangan mereka

Hukuman yang di jatuhkan oleh Mahkamah Syariah itu ialah denda RM 5,000 dan 6 kali sebatan, dengan hukuman tersebut maka pada mulanya tidaklah seheboh mana akan tetapi bila sampai kepada penangguhan hukuman sebat 6 kali maka barulah timbul berbagai-bagai spekulasi daripada orang ramai, mengapa ?

Ada yang memberikan alasan kerana menghormati bulan ramadan ? Ada pula berkata kerana tiada tukang sebat syari'ah ? sedangkan apabila hukuman telah jatuh sepatutnya telah tersedia orang yang menjalankan tugas akan tetapi ada saja alasan yang di berikan yang tidak boleh di terima akal dan sangat menghampakan

Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah bolehkah di terima oleh yang menerima hukuman tersebut bahawa dia akan terlepas daripada hukum Allah di akhirat nanti ? Sedangkan hukuman tersebut bukanlah berdasarkan undang-undang Tuhan atau syariah, apakah yang terhukum menyangka bahawa dia telah bebas dari hukuman Tuhan ?

Kartika Sari Dwi Shukarno mahukan hukuman sebat itu terus di jalankan tanpa dia memohon hukuman tersebut di rengankan atau di hapuskan, apakah dia merasakan bahawa dia akan bersih selepas menjalani hukuman tersebut ? Pada pandangan saya jika Kartika Sari Dewi mahu menjadi seorang yang bersih maka eloklah Kartika Sari Dewi memohon kepada mahkamah supaya dia di kenakan hukuman 40 sebatan dari mahkamah syariah tersebut sesuai dengan hukuman islam, JIKA MAHKAMAH TIDAK BERKUASA MELAYAN TUNTUTAN KARTIKA SARI DEWI MAKA SAYA RASA KARTIKA SUDAH JADI BERSIH CUMA YANG TERPERANGKAP IALAH PENGUASA AGAMA

Andainya Kartika mati sebelum hukuman yang di mintanya berhasil maka adakah Tuhan akan melepaskan dosanya ? Itu kena tanya ulama dan yang arif, walau bagaimanapun saya mengambil pendekatan tersebut sebagai nawaitu ikhlas dari pesalah yang tidak tercapai kerana takdir mendahului hukumannya oleh Allah

9 ADUN BN MELOMPAT ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

BERITA TERGEMPAR

JIKA PASAL SMS DI TRENGGANU MAKA SAYA YAKIN BENAR 65 % , DI KATAKAN BAHAWA 9 ORANG ADUN BN AKAN MELOMPAT PARTI PKR DAN JIKA KITA FIKIRKAN BAIK-BAIK MAKA UMNO BILA MELOMPAT KE PARTI LAIN MESTILAH BERTRANSIT KAT PKR, TAK BOLEH TERUS KEPADA PAS SEHINGGA BAU UMNO TU HILANG BARULAH OK SEBAB ADA DI ANTARA YANG MELOMPAT ITU KABARNYA MAHU KEPADA PAS JUGA

JIKA BENAR MENJADI KENYATAAN MAKA DUN TRENGGANU AKAN BUBAR DAN PILIHANRAYA AKAN DI ADAKAN DI SANA

Thursday, August 27, 2009

SARI DEWI MALAM HUK,HUK

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Maka panaslah orang melayu yang beragama islam di negara ini, dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawah termasuklah yang bukan beragama islam masuk campur urusan hukuman 6 sebatan yang di kenakan kepada Sari Dewi Malam oleh mahkamah yang di katakan SYARIAH yang berstatus TABIR GERBANG ALAM

Ada menteri kata " Jangan ada pula yang berkata hukuman syariah sebagai zalim " saya bersetuju dengan kenyataan menteri tu TAPI bukan SYARIAH di negara Malaysia nih , sebab hukum syariah di Malaysia ini tentunya adalah zalim sebab tidak menepati dengan hukum Tuhan

Dalam Al Quran Allah menyebut secara qata'i tentang hukum zalim mafhumnya" BARANG SIAPA YANG TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUMANKU MEREKA ADALAH ZALIM " oleh itu kita tak perlu bertegang urat tentang hukuman 6 sebatan tersebut kerana ia bukan hukuman yang boleh di kaitkan denga syariah

Di Malaysia ini ramai yang macam ayam mabuk tahi kerana mereka ramai yang mahu mempertahankan hukuman yang batil yang tiada berkait dengan syariah mengapa ? Apakah mereka mahu menghalalkan hukuman 6 sebatan itu sebagai syariah ? atau nak membodek golongan yang membuat penyelewengan agama ?

ADAKAH HUKUMAN 6 SEBATAN BOLEH DI KAITKAN DENGAN SYARIAH ?


Tuesday, August 25, 2009

UMNO PERLU BERUBAH

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Kekalahan demi kekalahan kerusi parlimen dan DUN UMNO/BN menunjukkan bahawa mereka perlu berubah kepada dasar yang telah di sediakan oleh Allah, UMNO tiada pilihan lain jika ia mahu terus di hati rakyat

UMNO tidak perlu berdegil dengan dasar kebodohannya sekalipun UMNO ada muftinya sebagai penasihat dan juru cakap agamanya namun ia tetaplah gagal malah penasihat agamanya pula menjadi kemurkaan orang ramai

UMNO perlu kembali kepada dasar islam, tidak ada sebab UMNO menolak dasar islam sedangkan mereka sendiri beragama islam, apa yang menjadi masalahnya mengapa UMNO tidak mahu kembali kepada dasar islam ?

Cubalah orang UMNO fikirkan baik-baik dan cubalah mufti Perak fikir baik-baik apa masalahnya UMNO tidak mahu kembali kepada dasar islam ? apa yang tidak kena pada islam ? Sedangkan pada dasarnya orang UMNO mengaku sebagai orang islam

Mengakuilah secara ikhlas bahawa dasar kebangsaan yang UMNO bawa sebenarnya telah gagal untuk kamu berlaku adil terhadap bangsa kamu sendiri, terbukti bahawa kamu sering menzalimi bangsa kamu yang berlainan dasar perjuangannya

Hentikanlah ke egoan kamu sebagai pembela bangsa sendiri sedangkan kamu tetap tidak mahu berubah dan sering mendakwa bahawa kamulah pembela bangsa sedangkan kenyataannya kamu telah gagal berbuat demikian

Semangat bangsa yang kamu bawa sebenarnya membuatkan kamu tidak boleh berlaku adil malah kamu menyemai sikap sombong yang bukan kepalang terhadap bangsa kamu dengan cara yang kamu tidak sedari saban hari

Berbagai contoh Tuhan pertontonkan kepada kamu nasib bangsa yang berdiri atas dasar semangat bangsa, semuanya gagal dan akhirnya mereka berbunuhan sesama sendiri sekalipun sesama bangsa itu berTuhan yang satu, berkiblat yang satu,al Quran yang satu, bernabikan yang satu dan sebagainya

Kamu UMNO mengakuilah bahawa jika kamu membaca al Quran atau hadis nabi maka kamu akan dapat tahu bahawa perjuangan kamu adalah tidak benar sama sekali tetapi kamu masih juga berdegil dengan hujah yang bodoh lagi mengaibkan

Perjuangan kamu termasuk dalam kategori yang batil dan tidak di redhai oleh Allah akan tetapi kamu cuba mengelak dari kebenaran dan kamu ambil kebatilan dan kamu berbangga pula dengannya sedangkan jelas kamu telah melakukan penginayan diri sendiri

Kamu memarahi jama'ah PAS berkawan dengan DAP dan DAP pula menjadi igauan ngeri kamu saban hari sedangkan kamu tidak beruska memperbetulkan dasar kamu supaya umat islam bersatu di bawah satu dasar iaitu dasar islam

Kamu UMNO tidak berusha menyelamatkan diri kamu dengan dasar islam yang di jamin Tuhan untuk dunia dan akhirat namun kamu terus menerus menekankan bahawa dasar batal kamu itu juga yang benarnya lalu kamu memporak perandakan sesama manusia dan apabila manusia telah menjadi porak peranda maka mudah bagi kamu mengusai mereka (pecah dan perintah)

Berubahlah demi Allah dan Rasulnya sebelum kamu terkubur di bumi sendiri, terlalu banyak yang bersuara "MENGAPA ISLAM TIDAK MAHU BERSATU ? Tidakkah mereka memahami bahawa suara mereka yang menyeru bersatu itu tidak ubah sebagai orang yang munafik yang tidak faham dengan kehendak hukum daripada Allah ?

Kembalilah wahai UMNO kepada islam jika kamu mahu terus membela bangsa kamu

KEPUTUSAN AKHIR PERMATANG PASIR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO kalah dengan majority 4551 undi

umno dapat 5067 undi

PAS dapat 9618 undi

Keluar mengundi 14,768 undi bersamaan 73 %

Undi rosak 83 Undi

Peratusan keluar mengundi rendah dan setiap calon mendapat undi yang kurang, walau apapun keputusan yang di perolehi oleh PAS adalah selesa dan besar

KEPUTUSAN N.11 UMNO KALAH TEROK !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlam

Keputusan akhir tidak rasmi

UMNO 4941

PAS 9616

Majority 6675

Undi Rosak 43

Peratusan keluar mengundi 73.2 %

GEMPAR ! UMNO MENANG ?

Posted by singamaraja

MACAM SERIUS JE !

Berita terkini ada berita keputusan awal UMNO menang ? Ish Tak Caya La , tunggu pukul 8 malam nih ! memang tidak di nafikan ada keputusan awal dari saluran pos mengundi tapi takkan la UMNO menang sedangkan UMNO akan tutup buku pada PRU 13 nanti

Monday, August 24, 2009

N. 11 mungkin tegang

Posted by singamaraja

aHLAN wA sAHLAM,

Laaaa ! tetiba je suasana di Permatang Pasir boleh jadi kacau, nampaknya BN dah mula memulakan kekacauan di Permatang Pasir kita tunggu apa sebenarnya yang berlaku

Ada orang buat lucah ?

Posted by singamaraja

Ahlan,

Ada orang pakai lambang PAS kemudian buat kerja lucah, depa genyit mata pada bulam ramadan, depa mencarut, depa ada yang lebih berani sentuh orang pompuan, Ciiis ? celaka depa, takkan oghang Peh buat kerja nih ! pagi-pagi dah nak caghi pasai !

Hari Penentu di Permatang Pasir...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Mundar mandir di Permatang Pasir, di jangka PAS menang lebih besar kali ni, yang takutnya para pengundi sentiasa di pantau oleh UBN sebab depa dah bagi duit untuk pangkah B End

YUSRI YANG TIDAK AMAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Yusri yang telah mendedahkan rahsia rakannya yang juga calon UMNO di Permatang Pasir sekarang hidup terpaksa bersifat munafik kerana terpaksa membuat kenyataan kedua sidang akhbarnya yang membela pula rakannya Rohaizat kerana di katakan pembangkang menyerang prihal pribadi kawannya Rohaizat, walhal yang mendedahkan penyelewengan Rohaizat adalah Yusri sendiri, apakah yang telah terjadi padanya ?

Yusri mungkin di paksa ataupun di ugut supaya membuat kenyataan seolah-olah membela Rohaizat selepas dia menelanjangkan temannya itu atau dia menyesal membuat pendedahan keburukan kawannya sendiri sedangkan Rohaizat sangat perlu di lambung akhlaknya supaya pengundi menyukainya, namun nasi sudah menjadi bubur kerana ternyata Yusri sudah menambah musuhnya atas sikap tidak kosistennya

Inilah dunia politik, tersilap langkah maka kamu akan di peralatkan atau di lakukan apa saja asalkan hajat orang tertentu tercapai dan yang menjadi mangsa ialah saudara Yusri sendiri, inilah nasib seseorang yang tiada kuat semangat dan tiada pendirian

SELANGOR DAN KEDAH AKAN BUBAR

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SELANGOR DAN KEDAH AKAN BUBAR DUN UNTUK MENGAJAR UMNO DAN BN

Haaaaaaa ! Apa khabaq UMNO ?

Selangor dan Kedah akan bubarkan DUN tak lama lagi, AM cam .... menyamun la lagi ! kali ni hangpa tinggal batu nisan hangpa tau takkkkkk !

Sunday, August 23, 2009

UMNO KELAMKABUT,PAS NGELABAH .....

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PANAS TERKINI

UMNO KELAMKABUT, PAS NGELABAH DI PERMATANG PASIR

Besok mengundi di Permatang Pasir, UMNO yakin menang sebab dia dah bagi banyak habuan kat penduduk Permatang Pasir kemudian nak jadikan penduduk di sanan duduk dalam lubuk Emas jika penduduk di sana bagi undi pada UMNO

PAS juga yakin mereka akan menang, sebab tidak ada sebab penduduk di Permatang Pasir yang begitu ramai umat islam akan undi UMNO yang bersemangat Kebangsaan yang nabi tak akui umatnya, tambahan lagi pada bulan ibadat ini takkanlah mereka tempah diri untuk masuk neraka, di samping itu status calon yang UMNO kemukakan itu di katakan banyak menipu dan berbohong

PAS ada mengelabah sikit sebab UMNO banyak gunakan kebendaan seperti Firaun zaman purba, biasanya penduduk permatang Pasir mereka tak kira sangat masuk neraka jika undi UMNO janji mereka dapat benda sudahlah