Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, May 26, 2010

DUNIA SUDAH BERCELARU

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

APABILA ORANG MENGAMALKAN MAKSIAT MENGEPALAI URUSAN AGAMA, MAKA TUNGGULAH BALA DARIPADA ALLAH

Manusia semakin berani melanggar batas tugas dan tanggungjawab yang bukan bidang yang di fahaminya itu menandakan dunia sudah hampir musnah, itulah yang berlaku di negara ini, di katakan ulama sudah bersekongkol dengan umarak yang melakukan maksiat untuk membincangkan soal agama

Ulama sudah menjadi lembu di cucuk hidung, sementara umarak memang bercita-cita tinggi untuk menguasai ulama supaya agama dapat di catur mengikut acuan umarak yang jahil dalam urusan agama dan waktu yang sama ulama sudah tidak ada kekuatan apabila berhadapan dengan umarak kerana fulus dan pangkat

Agama mengajar kita dengan satu pandangan nasihat, apabila di serahkan perkara agama kepada orang yang jahil tentang agama maka tunggulah kehancuran agama tersebut dan rakyat yang menderita, negara akan terus menerima bala daripada Allah s.w.t, sementara ulama yang bersekongkol tetap akan di balakan oleh Allah kerana takut bersuara

Umarak memang suka urusan yang nereka tidak tahu di serahkan kepada mereka kerana mudah untuk mereka mengubah hukum Allah dan rasulNya dan ini telahpun berlaku di negara ini, akibatnya hukum yang di tetapkan oleh Allah sudah tidak lagi menjadi hukum yang benar, apa yang ada hanyalah tinggal hukum hawa nafsu, kemudian hukum tersebut di lebelkan sebagai hukum syara', semua ini siapa yang akan tanggung ? Ulama sanggup tanggung ? Sebab itu jika ada ulama jangan jadi ulama bisu !

Monday, May 24, 2010

DALAM PERKARA HUKUM TIADA SUARA RAKYAT

Posted by singamaraja

Salam

Dalam perkara hukum yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia maka semua makhluk termasuk manusia tidak boleh berkira-kira untuk di ambil pandangan mereka, manusia tidak boleh membuat apa-apa ketetapan dalam soal hukum sama ada mengurangkan atau melebihkan

Di negara ini ramai di antara manusia cuba hendak mentafsir undang-undang yang Allah telah tetapkan, mereka kena ingat bahawa hukuman Allah adalah hukum yang mutlak, yang haram tetap haram, yang makroh tetap makroh dan yang harus tetap harun dan demikian juga hukum-hukum yang lain yang berkaitan dengan kesalahan yang di lakukan oleh manusia

Mereka tidak boleh mengolah hukum yang telah di tetapkan, perkara hukum bukan tertakluk kepada antum a'alamu bi umurrid dunyakum (Kamu lebih faham dalam urusan dunia kamu) Hadis ini tiada kaitannya dengan hukum yang kata'ie yang telah di tetapkan oleh Allah kepada manusia

Manusia jangan cuba hendak samakan dengan menilai suara manusia terbanyak untuk menghalalkan hukum yang haram, inilah kelemaham para pemimpin yang terdapat di dalam negara ini, N3 ini adalah berkaitan dengan judi yang telah di luluskan oleh kerajaan Barisan Nasional yang mana kumpulan PAS akan membuat bantahan di seluruh negara yang akan di adakan tidak lama lagi

Jangan mengambil kira dari suara tunjuk perasaan atau suara dari rakyat maka lesen judi itu akan di ambil kira, apa yang penting ialah suara daripada Allahlah yang wajib di ambil kira jika sekiranya kamu mengaku sebagai seorang islam sebab itulah ibnu Qayyim al Jauzziyah menyatakan bahawa "Tiada siasah melainkan menepati hukum syarak"

Sunday, May 23, 2010

SEMBUH DAN SAKIT

Posted by singamaraja

Salam

Adun Kerdau di katakan kembali tenat kemudiannya di katakan stabil balik di IJN, sakit dan sembuh ini di ikuti pula ADUN Parit Raja di masukkan ke Hospital kerana sakit dada, agaknya dia mungkin sakit jantung macam ADUN Kerdau mudah-mudahan dia sembuh