Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, January 23, 2010

Apa Muslihat Undi Awal ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Mengudi Awal Ganti Mengundi Secara Undi Pos ? Ada Waktu Bertenang ?

Apakah muslihat mengundi awal untuk menggantikan undi pos sedangkan bukankah para pengundi pos telahpun mengundi lebih awal sebagaimana lazimnya di buat dan apakah maksud waktu bertenang yang kononnya untuk meredakan keadaan sedangkan keputusan belum lagi di istiharkan, ini pasti ada muslihat yang tersirat oleh pehak penganjuran kerana SPR sentiasa di pertikaikan kejujurannya seperti penggunaan dakwat dulu

SPR di harapkan JANGAN alihkan pandangan kepada rakyat tentang MENGUNDI awal ini dari isu yang di katakan akan berlaku hak mengundi dua kali terhadap golongan tertentu, tektik ini sudah begitu masak dalam fikiran rakyat yang di anggap sudah pandai dengan tipu daya serta berbagai muslihat yang telah terburai dan hendaknya rakyat jangan lagi hendak di perbodohkan

Memperbodohkan rakyat bukan kerja orang bijak tapi kerja orang yang bodoh, memperbodohkan bangsa sendiri adalah perbuatan khianat terhadap bangsa sendiri, tentang masa bertenang mengapa tidak di adakan pada masa selepas kemenangan atau kekalahan di buat, bukankah langkah ini lebih baik dari yang di utarakan yang kononnya mahu meniru cara Thailand dan Indonesia ? Andainya mahu meniru cara Thailand dan Indonesia mengapa tidak tiru pada keseluruhannya

Nampaknya SPR sudah nampak cara yang terbaik dari kedua negara tersebut, ini bererti Thailand dan Indonesia lebih cerdik dari akal fikirang orang Malaysia

Wednesday, January 20, 2010

Menipu Sehingga Masuk ke Lubang Kubur ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

APA MOTIF JAHAT SPR HENDAK MEMPERLUASKAN UNDI POS ?

SPR mencadangkan undi pos kepada kakitangan yang bertugas penting terutama kepada kakitangan kerajaan di lihat sebagai helah hendak menipu dalam pilihanraya, orang jenis ini jika mati nanti mata dia terbeliak dan menjadi hantu sebab jahat dia macam Yahudi, semua orang nampak bahawa pengundi pos adalah pengundi menyelamatkan BN/UMNO yang hampir nazak, menambah undi pos kepada kakitangan yang penting adalah helah penipuan untuk memenangkan kepada BN/UMNO yang bakal tersungkur pada PRU 13 nanti inilah yang sebenarnya helah SPR yang kita nampak nyata

Buat masa sekarang pengundi pos hanyalah kepada polis dan tentera sahaja di benarkan mengikut undang-undang itupun cukup membebankan kerana terlalu banyak berlaku penipuan dengan terang, cuma rakyat sahaja yang belum berani bangun untuk membantah secara agrasif tentang penipuan ini sebab memikirkan keamanan di utamakan, andainya SPR mahu menambah lagi jumlah agensi kerajaan atau badan yang berumifom turut di benarkan mengundi secara pos maka rakyat tidak mungkin akan bersabar lagi

SPR mungkin nampak bahawa pengundi pos saja yang boleh menyelamatkan BN/UMNO dari kekalahan teruk sebab itu mereka mengesyurkan di tambah agensi kerajaan satau agensi-agensi yang lain upaya di benarkan mengundi secara pos, SPR jangan fikir rakyat Malaysia terlalu bodoh menilai cara penipuan yang telah dan akan di lakukannya, terkini pasukan polis pula di arahkan supaya mengambil kad pengenalan awam kerana mahu melaksanakan undi yang berganda untuk memenangkan BN/UMNO secara haram

Satu masa dulu ada ura-uran mahu pengundi menggunakan dakwat yang menunjukkan bukti bahawa pengundi tidak boleh mengundi dua kali namun ianya telah tidak di laksanakan kerana di takuti BN/UMNO akan kalah teruk lalu di batalkan, nampaknya SPR ini akan melakukan apa saja cara yang haram demi kemenangan kumpulan yang telah banyak menipu dan menjual rakyat selain dari mengamalkan amalan rasuah yang di anggap halal, apakah mereka akan menipu rakyat sehingga masuk ke lobang kubur ?

Tuesday, January 19, 2010

Bakar Gereja 8 Di Tahan

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Khabarnya 8 orang sudah di tahan untuk siasatan berhubung dengan bakar gereja, yang baling batu dan najis kat Kelang tu belum lagi di tahan mungkin mereka ini licin sikit sebab baling masa malam buta, walau apapun kita tunggu kenyataan daripada polis

Kita hendak sangat tengok muka orang ini sama ada mereka ini kaki ibadat atau kaki ambil upah, atau kaki lima atau terdiri dari orang yang terlalu peka dengan semangat islam yang tinggi dengan ilmunya yang tinggi, harapkan mereka ini mengaku dan bersedia menceritakan mengapa mereka lakukan kerja yang sia-sia tanpa memahami hukum hakamnya

Yang menjadi persoalannya adakah dengan penangkapan ini akan membantu negara menerangkan kepada orang ramai dan kerajaan Amerika yang begitu mengambil berat tentang insiden ini ATAU kita akan mendapat cerita yang baru terhadap pelakon-pelakon isu kalimah ALLAH ? Kita tunggu ! harap-harapkan ada cerita yang boleh di telanjangkan cerita yang sebenarnya

Andainya cerita ini akan membabitkan arahan maka ada kemungkinan ada orang yang sukar untuk tidur malam atau imej mereka akan tercalar dengan parahnya terutama jika mereka ini mendapat arahan dari orang ramai dan tertentu

Amerika Mahu Sekat Ekonomi Malaysia

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

JUAL INJIN F5E DAN BAKAR GEREJA MENYEBABKAN AMERIKA MARAH DAN MUNGKIN EKONOMI MALAYSIA AKAN DI KENAKAN SEKATAN ?

Adakah berita di atas serius ? Atau mainan politik ? Jika berita tersebut benar maka ia adalah suatu yang sangat malang bagi negara ini kerana dalam masa negara menghadapi masalah ekonomi yang merudum terdengar pula berita yang sangat menakutkan setiap rakyat di negara ini kerana semua rakyat tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung dengan kuasa besar itu

Negara boleh muflis, boleh menjadi papa kedana jika pada masa terdekat ini Amerika melakukan sekatan ekonominya terhadap negara ini, persoalannya apakah puncanya Amerika terlalu marah dengan Malaysia sehinggakan kemungkinan mereka akan melakukan sekatan ekonomi ? Gara-gara apa ? Oleh siapa ? Salah siapa ?

Masalah bom gereja kita tak tahu siapa yang melakukannya, masalah punca berlaku adalah kerana tunjuk perasaan yang di lakukan kerana penggunaan perkataan Allah yang tidak dapat di tangani dengan baik dan bijak, nah sekarang mengapa kita tidak segarang dulu apabila Amerika cuba nak menggertak kita, mana wira tunjuk perasaan ? Mana dan siapa yang mula-mula membuka rahsia penjualan injin F 5E yang mahu namanya di sanjung dengan tidak menyedari perbuatannya itu menikam Perdana Menteri

Apakah Ianya Benar ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

JANGAN UNDANG MALA PETAKA !

Jika benar pasukkan polis di arahkan membuat kad pengenalan baru bagi membolehkan mereka dua kali mengundi maka ini satu mala petaka yang tidak dapat di elakkan lagi, walau apapun kita tunggu pengesahannya nanti dan setiap anggota PR perlu meninjau berita ini dengan menyungkil dari sumber apa sekalipun, kita tahu bahawa pasokan polis khasnya di Perak khabarnya telah di arahkan berbuat demikian

Memang kita telah banyak pengalaman tentang undi hantu atau hantu mengundi dua kali di negara ini namun PR tidak begitu berani untuk menyelidikinya kerana tiada kerjasama dengan pehak yang tertentu. walau apapun rasanya bukan terlalu sukar untuk mendedahkannya jika terdapat bukti-bukti yang jelas dan nyata dan membawanya ke muka pengadilan sekalipun pengadilan tersebut sukar di perolehi, apa yang kita harapkan sangat JANGAN MENCARI PASAL DAN MENGUNDANG KECELAKAAN