Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, January 24, 2011

UMNO BERPENYAKIT GANJIL

Posted by singamaraja

Ahlan Wasahlam

Lakonan UMNO semakin ketara, rakyat sudah mula bosan dengan mereka kerana sikap yang suka mengada-adakan cerita yang sangat mengelirukan, sikap mereka seolah-olah dicari-cari untuk melindungi keaiban yang mereka cipta sendiri untuk menutup malu, seringkali apabila mereka telah melakukan sesuatu yang jahat akhirnya mereka menuduh pehak lain yang melakukannya

Terlalu huduh dan membosankan, mungkin kerana terlalu lama memerintah negara maka mereka sudah tiada modal hendak diketengahkan bagi penilaian masyarakat, pada mulanya masyarakat menerima hujah lakonan mereka, namun akhirnya masyarakat sudah nampak tembelang mereka yang sangat huduh

Orang UMNO mengambil pendekatan politik yang sangat huduh dan tidak bernilai, serta menjijikkan, pergerakan mereka buat masa akhir ini hanyalah menunggu masyarakat hendak termuntah mendengarkannya, kekuatan mereka hanyalah merasuah masyarakat yang kurang berupaya didalam kehidupan

Sikap ahli UMNO yang sudah hilang rasa malu dan harga diri membuatkan parti itu semakin dipinggirkan oleh rakyat secara beransur-ansur, sebenarnya UMNO sebuah parti yang sepatutnya sudah lama berkubur di negara ini, cuma disebabkan mereka masih mempunyai wang,polis,tentera,spr dan setengah dari kakitangan kerajaan sebagai menyambung nyawa parti tersebut



TENANG MUNGKIN MILIK PAS

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

KECERDIKAN MENILAI HUJAH BN DAN PAS MAKA RAKYAT MUNGKIN MEMILIH PAS PADA PILIHANRAYA KECIL TENANG

Penduduk Tenang telah dihujani dengan alasan politik parti yang bertanding, PAS membawa kepada berhujah mengapa penduduk Tenang wajib memilih calonnya, sementara UMNO juga demikian, memandangkan kepada kedua-dua belah pehak telah berhujah setakat ini maka PAS mendahului UMNO, hujah UMNO nampaknya tertumpu kepada pembangunan rakyat dengan menghulurkan bantuannya sebagai pemerintah yang baik hati sekalipun hanya semasa musim pilihanraya sahaja sementara PAS berhujah atas dasar kebenaran yang dibawa oleh parti tersebut

Disebabkan PAS adalah sebuah parti yang berprinsipkan islam maka mereka membawa masage soal kebenaran dosa dan pahala, ini ekoran dari cetusan kempen sekutu UMNO iaitu MCA yang membawa isu bersalam, isu ini pada mulanya dilihat oleh UMNO sebagai perangkap dan memerangkap pendirian calon tentang prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS itu sendiri namun apabila calon PAS yang beragama islam membantah disebabkan adanya pantang larang dalam hukum beragama maka ianya dibantah akhirnya orang yang faham dalam soal pantang larang beragama akhirnya isu tersebut disanggah dan berjaya dimatikan

UMNO dan sekutunya terus mencari helah untuk mencari jalan bagi memikat hati rakyat di Tenang, mereka nampaknya gagal menunjukkan hujah berpolitik secara bersih lalu mereka menggunakan alat memikat rakyat dengan menabur janji dan merasuah rakyat dengan kebendaan, cara ini nampaknya berkesan namun kebersihan dan ketelusannya adalah diragui kerana ia berlaku semasa pilihanraya sahaja, sementara PAS terus berhujah dan menerangkan penyelewengan yang telah banyak dilakukan oleh UMNO, jadi hanya rakyat yang bersih sahaja yang akan insap tentang kebenaran dan kebatilan

Kedudukan popularity calon mungkin calon PAS lebih disenangi dan disukai oleh penduduk Tenang dan setakat ini calon PAS sudah berada dihati rakyat Tenang walau apapun mungkin juga kebendaan yang diperkenalkan oleh UMNO akan mengatasi calon PAS kerana UMNO telah mendidik rakyat kepada kebendaan yang sangat menebal, ada diantara rakyat Tenang yang menilai setakat ini Cikgu Mala mengatasi calon UMNO dengan kadar 57% dan UMNO 43% dan sudah ada suara dari pucuk pimpinan UMNO mengesyurkan supaya mulut rakyat di Tenang perlu disumbat lsgi dengan kebendaan