Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, October 29, 2009

Seminar Politik Langkah Bijak

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Langkah Pas pusat akan menganjurkan seminar politik kepada ahlinya di lihat sebagai untuk memantapkan ahlinya cara berpolitik di anggap satu langkah yang bijak kerana apa yang kita lihat kebelakangan ini apabila begitu ramai orang sudah mengenali parti itu tapi selok beluk arah tuju parti itu tidak ramai yang faham

Ramai ahli-ahli yang baru berjuang dalam jama'ah Pas masih lagi terikat dengan fahaman melayu itu islam dan islam itu melayu, fahaman ini sangat merbahaya tambahan pula kehidupan mereka sentiasa di nyanyikan oleh suara media yang saban hari mengumandangkan konsep tersebut yang menyumbat telinga mereka saban hari

Konsef bangsa atau konsep melayu mereka ambil dari penyatuan akal di kalangan mereka yang di pacu oleh barat sementara konsep islam telah tersedia dan di tetapkan oleh Allah yang manusia tidak boleh ubah melainkan dari ayat mutasabbihah, itu sebab di ujudkan ijmak Ulama dan qias, kehidupan jamaah islam di negara ini sentiasa di dedahkan oleh musuh islam dengan konsep sekular yang mereka boleh dengar dan lihat setiap hari

Di katakan lebih seribu orang akan menghadiri seminar pada 7 Nov hadapan di harapkan seminar itu mampu melahirkan pejuang islam yang baik


Wednesday, October 28, 2009

DUN Perak Bersih atau Kotor

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Persidangan Dewan Undangan negeri Perak bersih atau kotor, Speaker dia bersih atau kotor, tindakan polis benar atau tidak, penyingkiran Zambry dan 6 Exconya benar atau tidak, minit mesyuaratnya sah atau tidak, minit mesyuarat PR benar ataupun tidak, sidang telah berjalan pada pukul 10 am sedangkan ADUN PR masih di periksa polis adil ataupun tidak, membuka songkok dan jubah speaker PR dan mencekeknya adil atau tidak

Di pandang dari amalan demokrasi tindakan yang telah di lakukan oleh BN/UMNO dan polis benar atau tidak, jika benar tunjukkan alasannya mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri, menghalang ADUN dengan melambat-lambatkan ahli dewan masuk kerana alasan relevan atau tidak, selama mana suasana ini dapat di tahan oleh ADUN PR ?

Tuesday, October 27, 2009

Sidang DUN Perak

Posted by singamaraja

TERKINI

Persidangan DUN Perak macam pasar malam ini kerana ADU BN/UMNO dan ADUN PR masing-masing bersidang berasingan, di saat ini ADUN BN/UMNO sedang mengikuti persidangan ADUN PR bermesyuarat yang di kendalikan oleh V Sivakumar

Polis Halang Masuki Bngunan DAP

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Polis telah menghalang 4 wakil DAP melintasi masuk bangunan nya tapi melepaskan kemudiannya sepatutnya kawasan tersebut tidak boleh di masukki oleh orang ramai sahaja kerana keselamatan bukannya wakil parti DAP, ni mulalah nak cari pasal atau saja nak buat provokasi ?

Perak Terkini

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

BANGUNAN SUK IPOH PERAK CEMAS DAN LEMAS KERANA TERLALU RAMAI POLIS

Setakat ini belum lagi ada berita daripada DUN Perak, apa yang dapat kita kongsi bersama ialah bangunan SUK Perak telah di hadiri oleh polis dengan jumlah yang begitu ramai, semua pintu ke bandar Ipoh telah di kawal dan di lencongkan pada tempat tertentu demi keselamatan, black maria kelihatan bersedia untuk mengisi manusia di dalamnya

Liputan hari ini mungkin agak sukar kerana polis berkawal terlalu ketat dan ramai, walau bagaimanapun kita cuba membuat liputan keselamatan di sekitar bangunan SUK

Hassan Ali, Nasaruddin

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Hassan Ali dan Nasaruddin berehatlah dari menjadi alat UMNO, tindakan kamu memanggil blogger UMNO atau pro UMNO sebenarnya tidak bijak kerana sidang yang kamu adakan itu bukan untuk bercakap tentang tugas kamu sebagai wakil rakyat tapi sebagai seorang ahli PAS yang bercakap tentang masalah dalaman dalam PAS dan perancangan kamu yang bersekongkol dengan UMNO sama ada kamu berdua sedar atau terlepas pandang

Kamu berdua sepatutnya fahan tentang dasar kedua parti UMNO dan PAS ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara, yang kamu perlu faham ialah apabila perdana menteri israil di dalam dewan parlimen Mesir membacakan ayat al Quran lalu terpesonalah semua bangsa arab dan ramai di antara bangsa arab yang mula berlembut dengan israil, selang beberapa hari saja umat Palastin di bunuh dengan kejamnya oleh Israil

Allah mengingatkan umat islam tentang bangsa ini yang bermaksud " Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu selagi kamu tidak mengikuti cara hidup mereka "


SUK Perak dah Ghaib ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Adakah benar ceritanya nyaj oi bahawa SUK Perak telah hilang tanpa kesan menjelang 28 Oktober ? Kemana mike menghilangkan diri atau di sorok oleh hantu sorok-sorok ? minta sesiapa yang tahu cerita ini

Monday, October 26, 2009

28 Oktober Yang Gersang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

DUN Perak akan mengadakan mesyuarat DUN buat pertama kalinya selepas 7 May 09 yang lalu, pada sidang DUN 7 May 09 tersebut kita di sajikan dengan mesyuarat ala samseng dan paling buruk di negara ini dan tiada sebarang aginda mesyuarat yang di iktiraf mengikut tamadun manusia walaupun pada mesyuarat itu di katakan terlantiknya speaker baru dan terlucutnya speaker lama oleh majlis mesyuarat DUN di rimba

Sebelum dari itu semasa mesyuarat DUN yang telah di adakan dan di pengurusikan oleh speaker PR maka Zambry dan 6 exconya telah di gantung dari menghadiri sidang DUN, ini bermakna wakil UMNO/BN krang 7 orang bagi sesi sidang DUN kali ini, andainya mereka ini hadir juga maka sidang akan kecoh pada awal pembukaannya, dan speaker dari BN yang di katakan telah di lantik pada sidang kecoh 7 May itu akan di sekat kerana telah cemar dan tidak sah

Sementara itu speaker BN telah memberikan amarannya kepada speaker PR supaya tidak memakai baju speaker, ini juga adalah asas-asas punca pertenkaran akan berlaku pada sidang DUN yang akan di adakan itu, kita tengoklah apa suasana yang akan berlaku nanti , saya rasa iakan menghasilkan berita tak baik dan gagal




Sunday, October 25, 2009

Tak Jadi EGM Atok Betul !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

TAK JADI EGM UMNO pula prasssss !

Atok saya Pak Karamu tu bolehlah saya katakan otai muslihat politik orangnya, betul dia kata dari awal-awal lagi EGM kerja orang gila dan memalukan dan merendahkan Pucuk pimpinan Pas saja, walaupun ramai orang yang tak setuju dengan atok tapi pandangan atok terhadap kenyataan Nik Aziz itu juga muslihat politik, akibatnya semua orang terkejut beruk termasuklah UMNO yang akhirnya mereka berpandangan berbagai-bagai dan di sanalah Nik Aziz dapat membaca hati anak buahnya dan hati bukan anak buahnya

Atok kata perkara asas yang boleh mencacamarbakan bukanlah soal UG yang menyebabkan ujud pro dan kontra dalam Pas dan di luar PAS tapi soal EGM yang hendak di gunakan pada tempat dan masa yang sangat tidak relavan, katakanlah ada sekor dua hantu raya UMNO di dalam Pas maka EGM tak perlu di gunakan jika di gunakan maka nampak sangatlah orang Pas ini menggunakan peluru berpandu kerana nak tembak hanya dua ekor nyamuk yang sedang lemas selepas terkena ubat nyamok

Orang Pas jangan hanya berpolitik tanpa memahami muslihat berpolitik, kalau hanya pandai berpolitik tanpa ada muslihat maka belajarlah dulu kemudian barulah bercakap tentang politik, atok kata bakal yang mewarisi akal Nik Aziz buat masa yang akan datang ialah Mat Sabu dan Salahuddin Ayob