Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, February 26, 2009

Tuntutan Laillaha Illallah

Posted by singamaraja

Ahlan Wa shahlan

Auuum!
Grrrrr!

Ramai di antara kita yang tidak mengenal diri, yang akhirnya terjerumus kepada sikap tidak sedar diri, ramai pula di antara kita yang tidak mengenali Allah, yang akhirnya mereka mahu menjadi Allah dengan melakukan berbagai-bagai perbuatan yang menjurus kepada syirik

Sesungguhnya kita ini sentiasa di dalam perhatian Allah, dan kita juga sentiasa di bawah limpah kurniaan Allah yang tidak terhingga banyaknya yang kadangkala kita langsung tidak menyedarinya kerana kita tidak mengenaliNya

Manusia juga sentiada di dalam urusan Tuhan, hidup kita,mati kita,untung kita,rugi kita,sakit kita,sihat kita semuanya di bawah urusan Tuhan, ertinya semua perkara kehidupan wajib berlandaskan dengan kalimah Laillaha Illallah

Kita manusia adalah berasal daripada Allah, dan apabila kita mati maka kita akan di kembalikan balik kepada Allah dengan membawa apa yang kita pernah ikrarkan semasa kita berada di alam aruah iaitu mahu hidup berpandukan Laillaha Illallah, ertinya Lillahi Ta'ala

Ternyata kita telah lupa dengan janji kita kepada Allah kerna kita tidak mengenali diri kita yang telah membuat janji di alam Roh, sila lihat ayat 85 dan 86 dari surah Bani Israoil, sesungguhnya janji kita itu tidak pernah kita laksanakan atau tidak di ajar oleh orang tua kita

Ilmu ini menjurus kepada akidah dan akidah sudah tidak lagi di ajar oleh pehak yang bertanggungjawab, menyebabkan ramai yang terpesung dan sesat yang di anggap halal di zaman ini, kerana itu tidak hairan jika orang yang berdusta sekalipun mereka ulama

Zaman sekarang jika orang merompak dan menyamun atau bercakap dusta atau melakukan penyesatan terhadap manusia maka itu di anggap benar kerana yang menerangkan sesuatu itu adalah dari ulama, ini kerana mahu menghalalcarakan yang batil sebab ada kepentingan

Sesungguhnya kalimah Laillaha Illallah itu adalah kalimah awal dan akhir, ia bagi menyatakan pendirian manusia sebagai amanah daripada Allah s.w.t yang matlamat akhir maksud tujuan hidup manusia dalam semua urusan kehidupan, ertinya kehidupan kerana Allah semata-mata

Nabi Ibrahim beranggapan ayahnya sesat kerana menyembah berhala, Nabi Shu'aib menganggap umatnya sesat kerana menipu timbangan,Nabi Musa menganggap Fi'aun sesat kerana rezeki dikatakannya berada di tangannya,dan demikian pula dengan nabi Muhammad menyatakan bahawa mereka yang tidak menganut islam sebenar adalah sesat yang nyata

Apabila seoran arab badawi yang buta huruf yang tinggal di padang pasir di tanya tentang kalimah Laillaha Illallah maka Badawi itu menerangkan dengan berkata " Haza amrun takrohuhul muluk " (Sesungguhnya inilah perkara yang di marahi oleh Raja-raja (Pemerintah)

Monday, February 23, 2009

Amboi-amboi sedap mulut !

Posted by singamaraja

Ahlan Wa shahlan !

Auuum !

Amboi-amboi sedapnya mulut yang celupar tu ! Ada apa tih! Ya ! satu kenyataan yang datang dari Tok Mufti kata mereka yang tidak ta'at kepada pemerintah, atau mereka yang mendehakai pemerintah maka di hukum berdosa besar ! Saya bersetuju kiranya pemerintah itu melaksanakan hukum Tuhan, JIKA tidak maka mereka tidak boleh di ta'ati wa imma pemerintah itu orang islam

Adapun yang membuat kenyataan yang menyatakan berdosa besar jika tidak ta'at kepada pemerintah sekalipun mereka tidak melaksanakan hukum Tuhan maka kenyataan tersebut adalah sesat dan menyesatkan, kenyataan mereka wajib di bakul sampahkan ! Ini kerana Allah telah tetapkan bahawa jika mana-mana di kalangan manusia yang tidak berhukum dengan hukumNya maka mereka adalah kafir,zalim dan fasik sila rujuk Al Maidah ayat 44,45 dan 47

Hukum di dalam surah Al Maidah itu adalah muktamat dan tidak boleh di ganggu gugat, nah sekarang apa hujah mufti yang berkaitan ataupun sesiapa saja yang membuat kenyataan yang mengatakan berdosa besar jika tidak menta'ati pemerintah ataupun wajib ta'at itu ? Jika mana-mana hujah yang mengatakan bahawa wajib ta'at tanpa melaksanakan hukum Tuhan maka jelas pandangan tersebut adalah SESAT

Adapun perlantikan mana-mana pemimpin yang di tetapkan oleh mana-mana para pemimpin yang amat berkuasa ataupun mereka yang berkuasa mutlak untuk melantik tanpa di sertai oleh suara rakyat maka ia bercanggah dengan konsef islam, maka di sinilah kita perlu mencontohi konsef bai'ah yang telah di laksanakan oleh zaman sahabat, bab bai'ah ini telahpun termaktub dalam undang-undang siasah syar'iah, sila rujuk Al Imamah la tun'aqad illa bil al bai'ah

Sepatutnya orang yang faham agama di negara ini wajib menjadi petunjuk jalan kepada mereka yang tidak faham agama walau siapapun mereka, namun apa yang berlaku buat mutakhir ini ialah mereka pula yang menjadi dajal kepada orang ramai, insaflah dan kembalilah kepada jalan Allah, kepada orang ramai JANGAN dengar berita dari orang ramai tetapi bukalah Al Quran dan sunah