Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, March 21, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK PENUH DENGAN ISU MAKSIAT

Posted by singamaraja

Ahlan Wasahlam

Kempen pilihanraya Sarawak akan dipenuhi dengan isu maksiat yang dicanangkan oleh pehak BN dengan mendedahkan isu Amuar Ibrahim yang telah dimulai oleh BN, isu yang tidak memberikan sedikitpun faedah kepada rakyat ini mungkin akan ditolak oleh rakyat Sarawak nanti

BN menyedari bahawa rakyat Sarawak mahukan perubahan dari BN kepada PR kerana mereka mahu merasakan suatu yang baru didalam politik negeri tersebut akan tetapi mereka didedahkan pula dengan isu individu yang dikatakan telah melakukan maksiat sebagai isu untuk menarik perhatian mereka

Rakyat Sarawak tentunya tidak mahukan isu pribadi ini didengarkan kepada telinga mereka kerana ia tidak membawa apa-apa faedah yang boleh membawa kepada perubahan hidup dan ekonomi mereka, apa yang mereka mahu ialah tarap hidup mereka diubah dan harta benda mereka dijaga dengan sebaik mungkin

Menjadikan isu maksiat sebagai isu didalam pilihanraya Sarawak seolah-olah mahu memperkenalkan ransangan maksiat didalam kehidupan sosial mereka sedangkan isu itu dilihat sebagai isu yang jahat dan tidak bertanggungjawab kerana menjatuhkan maruah orang lain sedangkan ia adalah dilarang oleh semua agama




Sunday, March 20, 2011

ORANG AWAM JANGAN MASUK CAMPUR

Posted by singamaraja

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIXTcRcsBhy5bS3VYC9mKJ6zzeRa2dtqxfoRKi8Hx4tPwoD2lsrQzli_RhwDgth40HSb_LRsxuXk_ulgsqVQNQEMQYhNd6yuhvd2AHjOyHHgKvlpS6bOVHXg-_k3mIfL5MjaLbwKur29Qw/s1600/aziz5.jpgKES ANUAR IBRAHIM, AZIZ BAARI TIDAK MENYUKAI ORANG LUAR MASUK CAMPUR URUSAN MAHKAMAH SEBAB IA BERCANGGAH DENGAN SISTEM MAHKAMAH DAN KEADILAN

Posted by singamaraja

Misteri Panas, Si Saiful Bukhari Ada Wahyu Najib Dan Sanggup 'Terima Takdir' Dirinya Jadi Mangsa Liwat Setelah Tiga Bulan Dapat Tekanan Di HKL !!

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sudah memasuki fasa-fasa terakhir sekarang ini. Banyak pihak yang mula membuat berbagai telahan berkenaan keputusan yang akan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berhubung kes itu nanti.

Rata-rata menjangkakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pasti akan berhadapan dengan laluan sukar untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang maha dasyat ini. Apatah lagi kini beliau cuba diperangkap dengan isu DNA untuk membuktikan kononnya dia adalah "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan itu. Namun, apakah kesudahan kisah ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Malah, ada yang berangapan amatlah tidak wajar pihak mahkamah menggunakan kuasanya untuk memaksa Anwar memberikan DNA beliau, memandangkan DNA yang diambil ketika dalam kes liwat I dulu masih boleh digunakan jika mereka mahukannya. Soalnya, kenapa DNA "lama" tidak mahu dirujuk bagi membuktikan misteri ini?.

Sewajarnya mahkamah merujuk kepada pihak yang berkaitan jika mahukan satu keadilan. Namun ini tidak berlaku, mereka seboleh-bolehnya mahukan juga DNA terbaru Anwar. Apakah ada muslihat disebalik desakan ini, kerana sebagai tertuduh Anwar ada hak untuk mempertahankan dirinya. Apa akan berlaku jika DNA tersebut dimanipulasi oleh pihak berkenaan untuk disamakan dengan DNA "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan?. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sekarang. Memang mudah bagi para penyokong UMNO BN untuk mengadakan demonstrasi untuk desak Anwar serahkan DNAnya.

Takut Manipulasi Punca Anwar Enggan Beri DNA

Kononnya mantan TPM itu tidak berani memberikan DNA tersebut kerana tahu beliau memang bersalah. Namun mereka tidak pula terfikir bahawa keenganan itu dek kerana Anwar takut pihak berkenaan memerangkap beliau dalam kes ini. Malah, Anwar sendiri pernah berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis.

“DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini,” dakwa Anwar. Sepatutnya perkara seperti ini diserahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya. Bukan dengan mengadakan demonstrasi bagi meraih sokongan sebilangan kecil rakyat agar mempercayai kes ini. Namun, seolah-olah ada percubaan oleh pihak berkenaan untuk memaksa rakyat supaya percaya bahawa Saiful Bukhari Azlan sememangnya menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Justeru itulah, sokongan rakyat diperlukan tanpa berpandukan fakta sepatutnya.

Misteri Bermula Ketika Si Saiful Mengadu Ke HKL

Ini pula info terbaru dan panas yang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana laman blog atau pun saksi-saksi kes liwat II di mahkamah. Ia berkaitan dengan perjalanan sebelum kes ini digemparkan oleh Saiful Bukhari dulu.

Mungkin versi ceritanya agak berbeza, namun ramai kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lebih mengetahui kebenarannya. Cuma mereka agak takut untuk bersuara lantaran tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan. Namun, atas dasar tidak mahu ada manusia dizalimi secara berterusan oleh pihak terbabit maka kami terpaksa membongkarkan apa yang berlaku biar pun cuba dinafikan.

Semasa memberitahu mahkamah pada 3 Feb 2010 dulu, Saiful ada mengatakan selepas penat kerana telah pergi ke dua buah hospital sebelum itu, dia telah ke Hospital Kuala Lumpur dan membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang doktor lelaki. Pengakuan tersebut menyebabkan doktor berketurunan India bernama Dr. Daniel yang berada disitu terkejut. Ekoran pengakuan itu, doktor yang berada di wad pesakit luar hospital berkenaan telah menulis satu nota dan mengarahkan bekas pembantu peribadi Anwar itu untuk ke wad kecemasan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL.

Dia yang tiba di unit pesakit luar hospital berkenaan kira-kira pukul 3 petang terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam sebelum diperiksa di OSCC. Sebelum diperiksa, seorang doktor yang datang menemui Saiful di wad berkenaan telah menasihatinya untuk membuat laporan polis kerana tanpa laporan tersebut, pemeriksaan rapi akibat diliwat tidak boleh dijalankan. Anehnya dia sudah buat laporan ketika polis dan mengaku sudah ada saksi kes itu.

HKL Kecoh Gara-Gara Si Saiful Ada Wahyu TPM

Apa yang menggemparkan berlaku ketika Saiful tiba di kaunter wad pesakit luar HKL ketika itu?. Semua ini tidak didedahkan oleh saksi-saksi kes berkenaan sebenarnya. Namun, difahamkan ketika tiba di kaunter pertanyaan terbabit terdapat beberapa orang kakitangan HKL yang berada disitu. Mereka terkejut apabila Saiful mengaku diliwat dan menyatakan beliau diarahkan oleh Najib Razak (ketika itu TPM) supaya membuat laporan perubatan disitu.

Ketika ditanya apakah dia sudah membuat laporan polis berkenaan perkara itu, Saiful khabarnya mengaku laporan polis dan saksi-saksi semuanya sudah lengkap. Malah beliau dengan "berlagak" seolah-olah tidak "seperti mangsa liwat" berkali-kali mengatakan beliau datang ke situ atas arahan Najib. Akibat terkejut dengan pengakuan itu, kakitangan HKL yang berada disitu termasuk beberapa orang jururawat terpinga-pinga untuk mempercayai atau tidak.

Kekecohan berlaku di HKL hingga menyebabkan Pengarah HKL sendiri, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (foto) terpaksa turun untuk meredakan keadaan pada malam tersebut. Masing-masing kecoh kerana terpaksa membuat pemeriksaan yang rapi terhadap "Saiful Bukhari" gara-gara beliau mendapat "wahyu" daripada TPM Najib Razak ketika itu.


HKL kecoh gara-gara Saiful kata ada wahyu Najib ketika buat laporan

Senario yang berlaku di HKL pada malam itu adalah sesuatu yang amat mendukacitakan ramai kakitangannya. Malah mereka mula tertanya-tanya siapakah Saiful hingga boleh mendapat "wahyu Najib" gara-gara mengaku dirinya diliwat. Mereka juga terkejut apabila Saiful melangkaui prosiding laporan perubatan apabila mengaku beliau sudah lengkap segalanya termasuk laporan polis dan juga saksi-saksi kes berkenaan. Maknanya disini, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dan memang ada satu perancangan jahat untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat II ini sebenarnya.

Rata-rata kakitangan HKL yang tahu akan hal ini hairan kerana Saiful tidak sedikit pun menggambarkan dirinya "mangsa liwat" ketika membuat laporan. Apa yang jelas mereka yakin dan pasti ini adalah satu konspirasi sebenarnya, makanya rakyat perlu bertahan untuk terima kenyataan memang ada benda yang tidak kena dalam kes liwat II ini.

[Lagi Panas! Saiful Masuk Wad Psikitari dan ditekan supaya terima takdir dirinya memang mangsa liwat. Pendedahannya akan dibuat dalam siri akan datang? Kami mendapat lebih banyak sumber maklumat terbaru yang jelas sekali mengaitkan kes ini dengan isu tekanan pihak-pihak tertentu terhadap Saiful Bukhari Azlan agar "menerima takdir" dirinya diliwat. Justeru itulah kita tidak hairan berbagai adengan kontroversi berlaku dalam kes ini. Semuanya kerana skrip dan percaturan yang telah dibuat oleh pihak berkenaan "tanpa persetujuan mangsa"

Mangsa hanya diarahkan menerimanya dengan hati terbuka dan yang lainnya telah diatur oleh pihak yang berkenaan. Banyak maklumat kini mula didedahkan oleh kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang semakin "bosan dan malu" melihat perjalanan kes yang sungguh menjijikkan ini. Makanya, tidak perlulah penyokong UMNO BN terus mendesak agar Anwar memberikan DNA beliau bagi membuktikan "lelaki Y" itu adalah dirinya.

Kini, mahkamah seolah-olah membicarakan dan membenarkan apa yang sudah lama menjadi keraguan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Semoga Saiful Bukhari sedar dari dunia khayalan ini dan dapat menerima hakikat yang beliau kini menjadi mangsa percaturan politik jahat pihak-pihak tertentu. Kembalilah kepada kebenaran dan sememangnya kes seperti ini andai diteruskan juga jelas sekali akan memalukan sistem perundangan negara kita ini di mata dunia. Berpijaklah dibumi nyata yang kebenaran pasti akan terserlah akhirnya].