Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, October 3, 2009

Menang atau Kalah Bagan Pinang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UNTUK ORANG BAGAN PINANG

Ketika mana orang ramai sedang bercakap dari hal calon BN/UMNO maka ada pertanyaan yang kurang bijak di luahkan oleh UMNO " Jika selain Isa Samad UMNO boleh menang kah ? Jika orang lain selain Isa Samad yang jadi calon UMNO akan kalhkah ? Dr Mahadzir berkata orang yang salah boleh menang dan orang yang benar boleh kalah di Bagan Pinang

Soalnya bukan kalah ataupun menang, soalnya adalah untuk mengingatkan rakyat, jika di letakkan calon yang telah melakukan kesalahan maka ia tidak baik, dan jika UMNO letakkan calon yang baik maka maruah rakyat akan jadi baik, bayangkanlah jika mengundi calon yang tidak baik maka yang kelihatan tak baik ialah rakyat kerana tak tahu pilih yang baik dan yang tak baik

Mustahil rakyat tiada maruah dan tidak tahu hendak memilih mana yang baik dan yang tidak baik, bayangkan juga jika rakyat mengundi calon yang tak baik ? Tentulah rakyat di anggap tak tahu menilai di antara yang baik dan yang tak baik, andainya rakyat mengundi juga yang telah tidak baik maka mereka boleh tanya diri mereka sendiri sama ada mereka baik atau tidak baik

Friday, October 2, 2009

UMNO Bagan Pinang Jangan Bodoh

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Isa Samad, Isa Samad,Isa Samad,Isa SamadmIsa Samad lepas tu anaknya, anaknya, anaknya, anaknya ! inilah tradisi UMNO nak memenopoli jawatan atau jadi wakil rakyat yang di wakili oleh satu keturunan keluarga orang lain hanya jadi penonton atau jadi pengikut dan tidak berupaya nak lawan sebab orang atau keluarga politik wajib banyak wang dan mereka yang banyak wang adalah kerana politik kemudiannya menjadi politik wang atau rasuah politik

Orang politik jika mereka melakukan rasuah politik maka mereka tidak perlu di dakwa ke mahkaman kerana Mahkamah tiada kuasa untuk membicarakan pesalah rasuah politik dan perasuah politik pula bebas kemana saja mereka nak pergi asalkan mereka BERUANG dam mereka tetap menjadi pilihan rakyat kerana hinanya seseorang itu bukan kerana rasuah tapi hinanya mereka kerana tiada BERUANG

Orang Negeri Sembilan belum lagi pandai berpolitik kerana itu mereka di buli oleh kumpulan yang BERUANG dari kalangan orang politik yang rasuah, oleh kerana itu jika orang Bagan Pinang khasnya dan Negeri Sembilan amnya mahu jadi pandai dan mahu menjadi calon buat masa akan datang maka mereka WAJIB UNDI PAS, jika PAS menang di sana maka keluarga Isa Samad sudah tidak lagi relevan jadi calon di sana dan orang lain pula berpeluang menjadi wakil rakyat

Thursday, October 1, 2009

Tentera Mahu Wakil Sendiri ...

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

MANA MUNGKIN BANDAR KEPUNYAAN TENTERA DARAT BERWAKILKAN AWAM, INI SUDAH MENGHINA KAMI !

Port Dickson yang telah di istiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri Malaysia di kira sebagai menggula-gulakan Tentera Darat bukan sebagai menghormati tentera kerana jika Perdana Menteri mahu menghormati Tentera maka sepatutnya kerajaan Barisan Nasional melantik tentera atau sekurang-kurangnya melantik seorang bekas tentera menjadi calon di sana

Suara dari tentera di Port Dickson yang baru saja Singamaraja terima menyatakan "Apakah kerajaan tidak yakin dengan tentera atau bekas tentera ? Mana mungkin Port Dickson yang telah di istiharkan sebagai Bandar Tentera Darat berwakil rakyatkan seorang awam yang namanya telah tercemar ? Demikian rintihan tentera yang sedang berkhidmat di sana, tambahnya lagi "Apakah dengan berwakilkan seorang calon yang telah berparut itu kami jadikan wakil atau ketua ? Ataupun adakah kami telah di hinakan ?

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang Akan Teruji

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Hati dan perasaan pengundi teruji dengan hebatnya janji kerajaan Barisan Nasional di Bagan Pinang, mereka di peningkan oleh lambakan berbagai janji yang kononnya untuk masa hadapan mereka, bagi pehak PAS yang berusha menyatakan bahawa perjuangan mereka adalah berdasarkan kepada islam akan kita lihat nanti adakah ia akan di minati oleh pengundi di sana, ini bererti rakyat akan memilih di antara islam ataupun kebendaan yang di janjikan

Khalifah islan yang di mulai oleh Saidina Abu Bakar As Sidiq memohon kepada orang ramai supaya menyokongnya menjadi khalifah telaj di jawab oleh orang ramai " Jika kamu benar kami akan membantu kamu, akan tetapi jika kamu tidak benar kami akan luruskan kamu dengan pedang ini " demikian panduan yang di utamakan oleh orang ramai kepada Khalifah islam yang pertama itu sebagai syarat rakyat menyokong beliau untuk menjadi ketua

Berdasarkan syarat yang di berikan oleh orang ramai yang mensyaratkan antara kebenaran dan kebengkokan pemimpin, jika ini di ambil kira maka orang ramai akan memilih pemimpin yang benar bukan pemimpin yang bengkok dan yang telah membuat salah yang parutnya masih ada, seolah-olah ada di antara manusia yang tetap mahukan pemimpin yang telah rosak akhlaknya untuk terus menjadi pemimpin, dengan itu penduduk di Bagan Pinang akan teruji keimanan mereka

Gempa Mengubah Undi Pos

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

TERKINI DI BAGAN PINANG

Kerana Gempa Bumi Undi Pos Lari Kepada PR (PAS)

Apabila Tuhan Marah kepada muslihat UMNO di Bagan Pasir yang menawarkan berbagai janji kemudahan kepada Tentera semperna pilihanraya kecil di sana maka Allah mengimbangkan pegangan manusia yang benar dan yang palsu dengan gempa bumi yang mengobankan ratusan nyawa sebagai ingatan kepada manusia supaya memikirkan mana yang benar dan yang palsu

Berita daripada Bagan Pinang di terima sebentar tadi menyatakan bahawa ramai di antara pengundi Pos menyatakan bahawa mereka akan menilai parti mana yang mereka akan pilih berpandukan kebenaran mengikut dasar perjuangan masing-masing dan mereka menyatakan bahawa Gempa dan Sunami menginsafkan mereka tentang kebenaran dan kebatilan

Ada juga di antara penduduk di Bagan Pinang termasuk tentera menyatakan bahawa mereka kan mencari nas daripada Quran dan Hadis tentang punca bala yang di datangkan oleh Allah di bumi dan di lautan kemudian mereka akan menilai parti mana yang benar ataupun salah dan mereka akan mengaitkan dengan alam keliling mereka dan perbuatan amalan mereka

Monday, September 28, 2009

Penilaian Awal Bagan Pinang

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Penilaian awal di Bagan Pinang kedudukan ialah:

Pengundi awam PAS 63 % UMNO 37 %

Pengundi Pos dari Tentera PAS 46 % UMNO 54 %

Semua pengundi di Bagan Pinang mungkin akan berubah peratusannya selepas kedudukan pribadi calon di ketahui pada malam ini, jika PAS dan UMNO mengemukakan calon masing-masing maka peribadi mereka akan menjadi penilaian peratusan penyokong mungkin akan berubah dengan ketara

Penilaian pengundi sudah tidak membuat penunpuan terhadap parti kerana jiak penilaian parti di ambil kira maka PAS akan mendapat sokongan sebanyak 72 % dan UMNO mendapat 28 % ini adalah penilaian yang di buat oleh pengundi di sana dan mungkin penilaian di seluruh negara, ini kerana UMNO telah terlalu lama memerintah dan terlalu banyak telah membuat kesalahan. lagipun rakyat mahu merasakan apakah kesenangan yang di azamkan oleh parti yang baru untuk faedah rakayat

Kebanyakan rakyat di negara ini terutana kedua ibu dan bapa sudah muak dengan telatah kerajaan yang gagal membendung gejala sosial anak-anak mereka yang hidup meliar dan tidak mendengar nasihat kedua orang tua mereka, semua ini di lihat kerana kerajaan gagal memelihara alam keliling remaja negara

Keciwa denga suasana kegagalan pemerintah maka rata-rata rakyat di negara ini mahu mencuba kerajaan yang baru

UMNO Tumpul Akal

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Nak tertawapun ada, nak kata UMNO bodohpun tak boleh juga sebab mereka ni semuanya pandai-pandai belaka. Isu siapa jadi calon di Bagan Pinang agak memuramkan muka di kalangan UMNO di Bagan Pinang

UMNO mahukan Isa Samad jadi calon di sana, UMNO juga ada yang tak mahu Isa jadi calon sebab pribadinya akan menjadi isu, sebab itu yang lebih baik bagi UMNO meletakkan wanita sebagai calon di sama AKAN TETAPI sebenarnya UMNO tidak bertanding di sana, so apa sebab UMNO nak gadoh-gadoh ?

Yang bertanding di sana ialah BARISAN NASIONAL maka yang terbaiknya BN lah yang layak membincangkan siapa calon yang layak di kerusi tersebut sebab itu UMNO tak perlu jadi pening kepala di antara mereka, jika UMNO membelakangkan BN maka BN berhak membelakangkan UMNO

UMNO tidak akan menang di mana-mana pilihanraya di Malaysia jika mereka tidak gunakan lambang KATI MAMAK sebab itu apa yang kita nampak jika UMNO gunakan lambang keris maka UMNO sudah lama hilang di bumi Malaysia

UMNO menang kerana tumpang rakan-rakan dalam BN kerana itu bersyukurlah dengan BN dan ajaklah parti komponen bincang siapa yang layak jadi calon di Bagan Pinang