Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, January 2, 2010

ISU KALIMAH ALLAH

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Maka berkatalah ALLAH bahawa orang-orang Yahudi itu mengatakan : " orang Yahudi berkata bahawa 'Uzair itu anak ALLAH dan berkatalah orang Nasrani bahawa "Isa anak Maryam anak ALLAH ertinya Allah sendiri yang mengatakan bahawa orang Yahudi berkata 'Uzair anak ALLAH dan Isa anak Maryam anak ALLAH, Allah maha mengetahu bahawa dua bangsa itulah yang mengatakan demikian

Maksud firman Allah di atas golongan Yahudi dan Nasrani sudah tahu siapa Tuhan mereka, iaitu ALLAH dan dua bangsa ini sudah ujud dan bertuhankan ALLAH dan ketika mana orang melayu atau orang-orang di rumpun melayu pada ketika itu masih bercawat dan tidak faham tentang Tuhan itu adalah ALLAH

Hari ini orang melayu cuba nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH kerana takut mereka mempengaruhi orang melayu masuk agama kristian, siapa orang melayu nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH ? Sedangkan ALLAH sendiri menyatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani itu telah mengenal tuhan mereka bernama ALLAH sebab itu ALLAH menyatakan bahawa merka mengatakan 'Uzair itu anak ALLAH dan ISA itu anak ALLAH

Sebenarnya UMNO atau orang melayu nak tutup kejahilan mereka kerana tidak berjaya mendidik bangsa dengan ilmu akidah, nah sekarang terimalah padahnya senjata makan tuan

Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun 2010

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Tahun baru yang akan penuh dengan cabaran yang perlu setiap kita berhati-hati tentang akibat dan musibah yang akan di hadapi bersama, apa yang penting kita rapatkan saf untuk mencari keredhaan Tuhan

Sunday, December 27, 2009

Dasar UMNO Sudah Padam

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sambungan ...

Dasar UMNO yang berteraskan membela bangsa dengan tema semangat kebangsaan sudah tidak lagi di perjuangkan oleh orang melayu khususnya UMNO, pucuk pimpinan mereka merasakan dengan dasar tersebut maka UMNO akan kecundang pada PRU 13 nanti kerana itu mereka hilang arah untuk meneruskan dasar perjuangan mereka lalu mereka meniru dasar perjuangan orang lain khusnya perjuangan DAP iaitu satu Malaysia

Orang melayu khususnya UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan dasar satu Malaysia kerana dasar ini selain meniru dasar parti lain mereka juga telah gagal mengimarahkan dasar asal mereka iaitu semangat Kebangsaan kerana dasar tersebut selain di larang oleh agama juga telah di tolak oleh rakyat di negara ini oleh itu UMNO tiada pilihan yang lain melainkan meniru perjuangan dasar parti lain untuk terus memerintah negara ini

Dalam UMNO sekarang kebanyakan ahlinya sudah mula menyedari bahawa dasar perjuangan parti mereka sudah luntur dan tidak akan pulih sampai bila-bila kerana dasarnya sudah di tolak orang ramai, mempertahankan dasar UMNO sampai serak suara adalah kerja sia-sia dan bodoh, orang UMNO yang mengakui beragama islam sepatutnya sudah lama menukar dasar mereka kepada islam akan tetapi kebanyakan pimpinan mereka buta agama dan pengikut mereka juga demikian

Ada bidalan melayu lama yang sangat popular yang mengatakan bahawa seputih-putih ampas tetaplah di buang, sebusuk-busuk daging di kincah, di masak di makan juga ertinya sebenci-benci UMNO kepada rakyat kelantan janganlah sampai membuang mereka seperti ampas, kalau bencipun anggaplah mereka itu sebagai daging yang busuk, ertinya membenci mereka sampai memberikan peluang nikmat minyak kepada negara Thailand adalah tidak kena sama sekali namun itulah yang berlaku yang mana UMNO sudahpun sifatkan orang melayu Kelantan sebagai ampas