Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, September 11, 2009

Kerajaan PR Selangor Jatuh ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Perang Saraf untuk menjatuhkan kerajaan PR di Selangor semakin hebat di lakukan oleh Blogger upahan UMNO/BN , perang saraf ini di lihat sebagai hendak menutup cerita kelemahan UMNO/BN buat masa kebelakangan ini, UMNO di lihat sebagai sebuah parti induk memerintah negara yang akan tumbang pada pilihanraya umum yang 13 nanti terpaksa berhempas pulas mengembalikan kepercayaan rakyat di negara ini kepada BN

Singamaraja dapat merasakan sekarang bahawa bukan senang PR untuk memerintah di negara ini sekalipun menang pada PRU 13 nanti kerana ada kemungkinan satu kuasa upahan yang akan mengendalikan pemerintah di negara ini bagi pehak BN yang sekarang ini sedang mengatur perancangan untuk mengambil alih kuasa politk Malaysia secara otokrasi dengan mencipta berbagai sebab punca yang menyebabkan PR terhalang untuk memerintah

Tuesday, September 8, 2009

Kerajaan UMNO /PAS

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Pengharapan yang terlalu tinggi dan besar dari Perdana Menteri Malaysia agar di ujudkan kerajaan campuran UMNO/PAS di lansanakan di dalam negara ini bagi memulakan perpaduan di antara sesama islam dan sesama melayu, usha secara sulit telahpun di mulakan secara serius

Jika cadangan ini jujur dan ikhlas maka kerusi Bagan Pinang yang di tandingi oleh PAS nanti akan di berikan kemenangan secara percuma oleh UMNO sebagai mukaddimah makan sireh seulas pinang tanda mesra awal persefahaman antara UMNO/PAS

UMNO Sabah Bergolak ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

UMNO Sabah mungkin akan bergolak sedikit masa saja lagik, dengar caritak Musa Aman sudah mulak tidak aman, dia tidurpun tidak dapat linak, pada masa yang sama PAS dan PKR sudah berkira-kira untuk main mata sama Musa Aman dan orang-orangnya, dengan ini UMNO Sabah sudah tidak lagi Aman dan UMNO Semenanjung juga tidak tidur lena

Monday, September 7, 2009

Kehancuran Dunia

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Kita dapat melihat betapa dunia pada hari ini penuh dengan kehancuran, kerosakan dan keruntuhan kepinpinan,akahlak,ekonomi serta berbagai perkara kerosakan akibat dari perbutan tangan-tangan manusia sendiri yang membawa kepada penderitaan kepada manusia

Di dalam al quran Allah telah mengingatkan manusia dan yang telah menjadi kenyataan betapa benarnya kata-kata Allah di dalam firmanNya yang bermaksud

" Telah zahirlah keburukan di daratan dan di lautan hasil daripada apa yang telah di lakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri, supaya Allah merasakan balasan dari sebahagian perbuatan mereka supaya mereka kembali kepada kebenaran " (Ar Rum: 41)

Hari ini betapa kita dapat melihat undang-undang ciptaan dari akal manusia tidak dapat menyelesaikan masalah manusia bahkan manusia sentiasa hidup dalam ketakutan dan kerugian akibat mereka membelakangkan undang-undang Tuhan, mereka menyangka undang-undang yang mereka cipta dapat menyelesaikan masalah manusia dan seluruh makhluk penghuni bumi namun apa yang berlaku adalah sebaliknya

Allah telah memberikan suatu contoh kepada manusia betapa ganasnya bangsa arab jahiliyah yang kerja mereka sentiasa membuat kerosakan sesama manusia dan alam di sekelilingnya, tiba-tiba apabila Rasullullah s.a.w mendaulatkan undang-undang islam yang di datangkan oleh Allah di bumi Madinah maka bangsa yang ganas bertukar menjadi baik dan berakhlak, di sana pemerintah tidak payah memburu penjenayah sebaliknya mereka sendiri yang menyerah diri kepada pemerintah, demikian karamahnya undang-undang Tuhan itu

Madinah dan alam di sekitarnya menjadi aman dan makmur, demikian juga yang berlaku di zaman khulafa Ar Rasyideen apabila khalifat meneruskan amanat dari Baginda Rasullullah s.a.w. Di zaman kerajaan Amawiyah pula apabila Hisyam Bin Abdul Malik seorang Khalifah dari kerajaan Amawiyah melonggarkan hukum Hudud yang di wajibkan oleh Allah, tiba-tiba jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku dengan pesatnya

Di Mesir juga berlaku suatu contoh di zaman Amru bin Al 'As yang menjadi Amir negara islam di zaman Khalifah Umar ibn Khatab yang melaksanakan syariah islam maka penduduk dan negara menjadi aman damai, namun apabila pemerintah Mesir pada tahun 1884 yang beramal dengan undang-undang Francis, tiba-tiba manusia kembali menjadi haiwan dengan jenayah berlaku semahu-mahunya, demikian juga di zaman kerajaan Osmaniyah memerintah Turki negara menjadi aman, dan apabila kerajaan Osmaniah di tukar kepada Kamal Atatuk dengan fahaman sekular maka Turki dalam keadaan keruntuhan akhlak sehinggalah pengaruhnya sukar untuk di bendung sehingga ke ahri ini


Sunday, September 6, 2009

JOHOR JATUH PADA PR ......

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

GARA-GARA MELUAT DENGAN PERJUANG UMNO YANG TELAH TERLALU LAMA MAKA RAMAI ORANG MENINGGALKAN UMNO DAN MENYERTAI PKR, BARU-BARU INI 1,000 ORANG DI BAHAGIAN SIKIJANG TELAH MENYERTAI PKR DAN DI KATAKAN ANUAR AKAN MEMBUAT PENUMPUAN KAT JOHOR UNTUK MEMBUKTIKAN KEPADA MUHIDEN DIA BUKAN SEORANG PENGKHIANAT

DI JOHOR DI KATAKAN RAMAI DI KALANGAN UMNO AKAN MENYERTAI PKR DAN PAS SELEPAS HARI RAYA NANTI DAN SEKALI GUS JOHOR DI JANGKA AKAN JATUH KE TANGAN PR PADA PILIHANRAYA 13 NANTI

MELAYU WAJIB BERSATU ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SEMUA PARA PEMIMPIN SERU MELAYU BERSATU DEMI KEAMANAN DAN KESETABILAN

PANDANGAN SINGAMARAJA

S. Mengapakah ada seruan melayu bersatu ?
J. Sebab bangsa melayu sudahpun berpecah belah

S. Apakah puncanya melayu berpecah belah ?
J. Puncanya kerana terdapat di kalangan orang melayu mahu mengekalkan kuasa

S. Bolehkah orang melayu mengekalkan kuasanya ?
J. Tak boleh sebab negara ini bukan hak melayu tetapi hak rakyat Malaysia

S. Jadi orang melayu tidak mungkin bersatu ?
J. Tak perlu bersatu dan tidak ada gunanya bersatu jika dasarnya melayu

S. Jika demikian nanti orang melayu akan jadi bangsa yang merempat ?
J. Jika orang melayu tidak mahu merempat, carilah negara melayu yang lain supaya tidak merempat

S. Tetapi negara Malaysia ini adalah negara hak milik melayu, inilah negara melayu ?
J. Benar asalnya memang melayu punya tapi sudah di jual pada bangsa Malaysia

S. Jadi orang melayu sudah tiada negara dan bangsa yang bermatabat melayu ?
J. Bangsa melayu sudah lupus dan melayu yang ada sekarang adalah bangsa Malaysia dan sebab itu orang melayu selalu bernyanyi "Saya anak Malaysia"

S. Kalau macam ni tak boleh jadi ni ?
J. Apa sebab tak boleh jadi, kerana ia telahpun menjadi dan terjadi

S. Apakah cara untuk menyelamatkan negara dan umat melayu ?
J. Hanya satu jalan sahaja, iaitu kembalikan orang melayu dan negara kepada Islam

S. Bagaimana dengan kaum yang bukan islam ?

J. Kaum yang bukan islam dia tetap menjadi rakyat Malaysia seperti juga dengan orang melayu akan tetapi soal memerintah mereka kenalah beragama islam, sebab Malaysia adalah pelanet Allah dan Allah redha dengan islam, selain islam Allah tidak reda, jadi siapa yang takut hilang bangsa dan kuasa kenalah mereka ikut islam jika engkar Perannnnng !

S. Relakah orang melayu UMNO khususnya masuk islam cara keseluruhannya ?
J. UMNO khususnya orang UMNO mereka separuh islam dan separuh melayu, sebab itu kita seru mereka masuk islam secara keseluruhannya, jika tidak mereka kena terima hilang kuasa dan maruah sebagai seorang islam yang sebenar mengikut acuan islam

S. Bagaimana dengan bangsa lain yang tinggal di bumi Malaysia ?
J. Mereka juga boleh jadi pemerintah dan memerintah jika sekiranya mereka beragama islam, sebab islam tidak kira bangsa akan tetapi islam kira Deen atau cara hidup dalam semua cara aktiviti kehidupan

S. Jika macam itu PAS sajalah yang layak jadi Pemerintah ?
J. PAS tidak boleh memerintah akan tetapi yang boleh memerintah hanyalah orang PAS ataupun orang islam sahaja dengan tidak kira bangsa

S. Rasanya konsef ini tidak adil dan merugikan bangsa asal ?
J. Jika ada sesiapa yang tidak puas hati maka mereka kenalah marah Allah kerana Allahlah yang tetapkan demikian, soal bangsa langsung tidak timbul