Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Sunday, September 6, 2009

MELAYU WAJIB BERSATU ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SEMUA PARA PEMIMPIN SERU MELAYU BERSATU DEMI KEAMANAN DAN KESETABILAN

PANDANGAN SINGAMARAJA

S. Mengapakah ada seruan melayu bersatu ?
J. Sebab bangsa melayu sudahpun berpecah belah

S. Apakah puncanya melayu berpecah belah ?
J. Puncanya kerana terdapat di kalangan orang melayu mahu mengekalkan kuasa

S. Bolehkah orang melayu mengekalkan kuasanya ?
J. Tak boleh sebab negara ini bukan hak melayu tetapi hak rakyat Malaysia

S. Jadi orang melayu tidak mungkin bersatu ?
J. Tak perlu bersatu dan tidak ada gunanya bersatu jika dasarnya melayu

S. Jika demikian nanti orang melayu akan jadi bangsa yang merempat ?
J. Jika orang melayu tidak mahu merempat, carilah negara melayu yang lain supaya tidak merempat

S. Tetapi negara Malaysia ini adalah negara hak milik melayu, inilah negara melayu ?
J. Benar asalnya memang melayu punya tapi sudah di jual pada bangsa Malaysia

S. Jadi orang melayu sudah tiada negara dan bangsa yang bermatabat melayu ?
J. Bangsa melayu sudah lupus dan melayu yang ada sekarang adalah bangsa Malaysia dan sebab itu orang melayu selalu bernyanyi "Saya anak Malaysia"

S. Kalau macam ni tak boleh jadi ni ?
J. Apa sebab tak boleh jadi, kerana ia telahpun menjadi dan terjadi

S. Apakah cara untuk menyelamatkan negara dan umat melayu ?
J. Hanya satu jalan sahaja, iaitu kembalikan orang melayu dan negara kepada Islam

S. Bagaimana dengan kaum yang bukan islam ?

J. Kaum yang bukan islam dia tetap menjadi rakyat Malaysia seperti juga dengan orang melayu akan tetapi soal memerintah mereka kenalah beragama islam, sebab Malaysia adalah pelanet Allah dan Allah redha dengan islam, selain islam Allah tidak reda, jadi siapa yang takut hilang bangsa dan kuasa kenalah mereka ikut islam jika engkar Perannnnng !

S. Relakah orang melayu UMNO khususnya masuk islam cara keseluruhannya ?
J. UMNO khususnya orang UMNO mereka separuh islam dan separuh melayu, sebab itu kita seru mereka masuk islam secara keseluruhannya, jika tidak mereka kena terima hilang kuasa dan maruah sebagai seorang islam yang sebenar mengikut acuan islam

S. Bagaimana dengan bangsa lain yang tinggal di bumi Malaysia ?
J. Mereka juga boleh jadi pemerintah dan memerintah jika sekiranya mereka beragama islam, sebab islam tidak kira bangsa akan tetapi islam kira Deen atau cara hidup dalam semua cara aktiviti kehidupan

S. Jika macam itu PAS sajalah yang layak jadi Pemerintah ?
J. PAS tidak boleh memerintah akan tetapi yang boleh memerintah hanyalah orang PAS ataupun orang islam sahaja dengan tidak kira bangsa

S. Rasanya konsef ini tidak adil dan merugikan bangsa asal ?
J. Jika ada sesiapa yang tidak puas hati maka mereka kenalah marah Allah kerana Allahlah yang tetapkan demikian, soal bangsa langsung tidak timbul


0 comments:

Post a Comment