Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, May 24, 2010

DALAM PERKARA HUKUM TIADA SUARA RAKYAT

Posted by singamaraja

Salam

Dalam perkara hukum yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia maka semua makhluk termasuk manusia tidak boleh berkira-kira untuk di ambil pandangan mereka, manusia tidak boleh membuat apa-apa ketetapan dalam soal hukum sama ada mengurangkan atau melebihkan

Di negara ini ramai di antara manusia cuba hendak mentafsir undang-undang yang Allah telah tetapkan, mereka kena ingat bahawa hukuman Allah adalah hukum yang mutlak, yang haram tetap haram, yang makroh tetap makroh dan yang harus tetap harun dan demikian juga hukum-hukum yang lain yang berkaitan dengan kesalahan yang di lakukan oleh manusia

Mereka tidak boleh mengolah hukum yang telah di tetapkan, perkara hukum bukan tertakluk kepada antum a'alamu bi umurrid dunyakum (Kamu lebih faham dalam urusan dunia kamu) Hadis ini tiada kaitannya dengan hukum yang kata'ie yang telah di tetapkan oleh Allah kepada manusia

Manusia jangan cuba hendak samakan dengan menilai suara manusia terbanyak untuk menghalalkan hukum yang haram, inilah kelemaham para pemimpin yang terdapat di dalam negara ini, N3 ini adalah berkaitan dengan judi yang telah di luluskan oleh kerajaan Barisan Nasional yang mana kumpulan PAS akan membuat bantahan di seluruh negara yang akan di adakan tidak lama lagi

Jangan mengambil kira dari suara tunjuk perasaan atau suara dari rakyat maka lesen judi itu akan di ambil kira, apa yang penting ialah suara daripada Allahlah yang wajib di ambil kira jika sekiranya kamu mengaku sebagai seorang islam sebab itulah ibnu Qayyim al Jauzziyah menyatakan bahawa "Tiada siasah melainkan menepati hukum syarak"

0 comments:

Post a Comment