Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, August 5, 2009

DI ANTARA DUA PEMIKIRAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan,

UMNO DAN PAS DUA PEMIKIRAN YANG BERBEZA

Bangsa melayu di Malaysia berpecah kepada dua pemikiran yang tidak seimbang pendapat dan pandangan masing-masing, dua kumpulan besar ini ialah PAS dan UMNO, sementara PKR dan melayu Sarawak serta Sabah mereka ini bolehlah dianggap berkiblatkan kepada UMNO ataupun PKR

Melayu UMNO pada dasarnya terkeluar dari fahaman islam yang sebenar kerana mereka tidak menjadikan dasar perjuangan mereka kepada islam yang berpandukan kepada Quran,Hadis,Ijmak Ulama dan qias sementara PAS menjadikan dasar perjuangannya kepada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias dan dasar itulah yang sebenarnya yang membezakan arah tuju perjuangan

Orang UMNO tentunya merasa terkecil hati dengan tanggapan ini namun itulah pada hakikatnya kecuali mereka bersetuju merubah dasarnya kepada islam mengikut ketentuan Tuhan dan mereka tidak boleh marah kerana pada dasarnya itulah yang di anuti mereka iaitu semangat Kebangsaan yang nabi tidak mengakui sebagai umatnya, tuduhan ini mungkin di anggap berat akan tetapi itulah sebenarnya

Sementara perjuangan orang melayu di dalam jama'ah PAS semuanya telah maklum bahawa perjuangan mereka adalah selaras dengan apa yang telah di tetapkan oleh Allah seperti di atas cuma mereka tidak dapat hendak mel;aksanakannya kerana Malaysia masih di perintah oleh UBN yang di terajui oleh UMNO yang tidak membenarkan PAS melaksanakan islam kecuali perlembagaan negara itu di pinda bagi membolehkan islam itu di laksanakan dan buat sementara PAS hanya melaksanakan konsep dakwahnya

PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu secara mantap sebab dasar kedua parti ini sangat berbeza oleh itu segala seruan supaya melayu PAS dan UMNO di satukan atas dasar bangsa dan ketuanan tidak akan berlaku walaupun pernah berlaku dahulu namun ternyata ia tidak akan kekal kerana dasar ini, UMNO buat masa ini sangat mendesak supaya melayu bersatu akan tetapi pendesak-pendesak ini hanya mengikut pemikiran mereka sahaja dan tak sampai kemana

Adapun perhubungan PAS dengan parti yang lain hanya dalam mentadbir negara sahaja ia tidak meliputi yang lain dan jika UMNO mahukan PAS dan UMNO bersatu di dalam pengurusan maka ia juga di anggap sukar sebab sudah ada pengalaman yang pahit ketika mereka bersama dahulu oleh sebab itu PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu kecuali UMNO mengubah dasarnya kepada islam


0 comments:

Post a Comment