Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, July 7, 2009

APA SEBAB NIZAR BAWA KE MAHKAMAH ?

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Sepatutnya Muhammad Nizar jangan bawa kes ini ke Mahkamah kerana ia akan membuang masa dan tenaga, keputusan mahkamah yang menyebelahi sultan dan tidak menyebelahi Muhammad Nizar di pandang sebagai isu keselamatan di dalam negeri Perak dan sesiapapun tidak boleh buka mulut, andainya nanti ada yang buka mulut mempertikaikan keputusan mahkamah maka ia adalah suatu kesalahan dan di anggap tidak setia kepada sultan dan bercanggah juga pada rukun negara

Sultan mempunyai kuasa yang mengatasi segala yang ada demi keselamatan rakyat, semua ini adalah tanggungjawab baginda Sultan, Muhammad Nizar mungkin tidak tahu ini semua, atau dia kurang jelas kuasa mutlak Sultan, andainya Muhammad Nizar tahu maka mungkin dia tidak membuangkan masa dan tenaganya membawa kes ketidak adilan ini ke mahkamah, tidak timbul langsung soal keadilan dalam perkara keselamatan negeri Perak

Apabila saja kes memohon keadilan ini di bawa ke mahkamah maka mahkamah telahpun menjalankan tugasnya dengan cemerlang,gemilang dan terbilang sehingga lebih 100 muka surat hujah mahkamah di buat oleh hakim kerana atas dasar keadilan dan keselamatan, keputusan ini mungkin tidak boleh di pertikaikan lagi dan jangan pula ada yang cuba-cuba mengungkitnya lagi atau membawanya ke mahkamah kerana ia tiada membawa faedah

Sultan terkenal dengan sikap bertanggungjawab dalam soal keselamatan rakyatnya, dan sultan pula ada penasihatnya daripada pusat ataupun negeri ataupun orang agama yang melihat kes ini merbahaya jika sultan tidak ikut campur tangan dan mententermkan rakyat kerana telah di khabarkan ada yang tidur di tengah jalan kerana tidak berpuas hati, jadi sebagai sultan ia tidak suka rakyatnya tidur tak tentu pasal di tengah jalan

Huruhara buka jalan penyelesaian, jalan penyelesaian ialah di tangan kuasa mutlak sultan, rakyat hendaklah berfikir sedalam-dalamnya akibat jika negeri berada di dalam keadaan huruhara yang mana ekonomi akan menjadi hancur, rakyat akan menjadi papa kedana dan secara kebetulan negara pula sedang menghadapi keruntuhan ekonomi global, tindakan mahkamah ini di lihat sebagai suatu tindakan penyelamat ekonomi dan perpaduan serta keamanan negeri dan rakyat

Perasaan rakyat hendaklah di bendung dengan semangat politik sempit yang mereka sendiri tidak tahu akan akibatnya, pehak keselamatan buat masa akhir ini tidak tidur malam kerana menjaga keselamatan negeri Perak, semua ini ada hikmah yang Muhammad Nizar mungkin kurang nampak faedak keputusan mahkamah ini, memang ada pehak yang merasa sakit tentang keputusan mahkamah ini akan tetapi itulah hakikat yang harus di terima

Kalau ada yang tak puas hati juga pindahlah kedalam gua, di sana akan aman dan damai hi hi hi

0 comments:

Post a Comment