Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, January 13, 2010

Politik Suku,Agama Suku

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

AKIBAT BERFAHAMAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU, UMNO SEKARANG DI LANDA KELAMKABUT !

Apabila manusia membezakan di antara agama dan politik maka kesannya mula di rasakan sekarang, baru sekarang Allah s.w.t mengajar mereka supaya berfikir tentang dosa mereka yang mengasingkan di antara agama dan politik, sekarang mereka perlu berfikir panjang-panjang sekiranya mereka mahu bersatu dalam jama'ah islam

Islam dan kumpulan melayu tidak mungkin akan bersatu sehingga mereka kembali kepada islam dan dasarnya, kita dah bagitahu lama dulu bahawa yang mengasingkan agama dan politik adalah fahaman sekular yang di pelopori oleh barat, di sebabkan mereka sedang berada di bawah ketiak fahaman barat maka sekaranglah mereka perlu berfikir panjang-panjang

Dalam agama islam yang di perkenalkan oleh Allah tiada pengasingan di antara politik dan agama, dalam agama ada politik, ada budaya dan adat resam, ada berbagai-bagai urusan untuk hidup dan tamadunnya, ada urusan perhubungan luar dan dalam yang semuanya di kenali sebagai way of life atau jalan hidup, akan tetapi dalam politik yang di fahami oleh UMNO politik adalah politik dan agama adalah agama yang semuanya ini tidak boleh di campur adukkan

UMNO berfahaman agama itu adalah fahaman perhubungan di antara hamba dengan Tuhannya sahaja sementara politik adalah yang mentadbir negara dan perhubungan di antara manusia dan manusia semata-mata, barat mengajar mereka menghadkan aktiviti agama dan politik maka baratlah yang menghancurkan dan menyesatkan fahaman mereka, dan barat jugalah yang memecah belahkan di antara suku kaum di negara ini

Orang yang bersuku kaumkan melayu di negara ini di anggap sesat apabila mereka memperjuangkan bangsa tanpa asas fahaman agama sekalipun mereka mengakui sebagai orang islam, Pak Hamka dalam quran tafsiran Al Azhar menyatakan bahawa selain dari islam adalah berfahaman yang bukan islam sekalipun fahaman kebangsaan itu di perjuangkan oleh orang yang mengakui dirinya sebagai orang islam

Nah ! sekarang UMNO minta PAS bersatu atas dasar melayu kekadang dia sebut islam mesti bersatu, tetapi sedarkah mereka apakah dasar bersatu itu ? Adakah mereka terlupa atau sedang mengigau bahawa seruan mereka itu tidak akan sampai kemana kerana mereka berfahaman politik suku dan agama suku ! Mereka tak perlu salahkan PAS, yang mereka perlu pereksa sekarang ialah dasar anutan mereka yang salah dan sudah tidak lagi relavan

0 comments:

Post a Comment