Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, February 2, 2010

Cabaran Zambry Ada Asas

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

CABARAN MB MAHKAMAH ZAMBRY ADA ASAS YANG KOKOH ! IAITU CABARAN MENIPU, MEMBULI, MEMBODOHKAN PR DAN RAKYAT

Cabaran menteri besar Perak Zambry Abd Kadiaq supaya kerusi Pakatan Rakyat yang berjumlah 28 itu di bubarkan supay di adakan pilihanraya baru untuk mendapatkan mandat rakyat di lihat sebagai cadangan yang kebudak-budakan dan tidak relevan

Sepatutnya Zambry bercakap sebagai seorang yang matang dalam politik bukan bercakap sebagai budak hingusan, kenyataan Zambry supaya kerusi PR di kosongkan di ibaratkan sebagai tidak mencerminkan seorang pemimpin yang berwibawa jika di bandingkan dengan perjawatannya

Zambry ada cadangan yang bersifat hendak membodohkan orang celik berpolitik dan cadangannya itu seolah-olah hendak membodohkan rakyat di negeri ini, saya merasa hairan mengapa Zambry di lantik oleh pucuk pimpinan UMNO sebagai menerajui negeri sedangkan dia seorang yang tidak matang berhujah dalam percaturan berpolitik, sikap Zambry ini nampaknya menambahkan lagi penderitaan UMNO kerana dia berhujah secara tidak matang

Zambry bukanlah sebenar mewakili rakyat di negeri Perak kerana dia adalah wakil bagi mahkamah, ini bertentangan dengan sistem demokrasi di negara ini, dia perlu ingat bahawa mengapa dia tidak memohon pembubarah DUN Perak jika dia adalah mewakili penduduk di negeri Perak dan dia tidak sepatutnya melantangkan suara untuk menggesa di bubarkan 28 kerusi ADUN PR sahaja melainkan untuk semua kerusi DUN pada keseluruhannya

Zambry bukanlah seorang yang layak bercakap tentang sokongan rakyat kepada UMNO yang di katakan sebagai Juara Rakyat, yang dia mesti fikirkan sekarang ialah bagaimana nak pulihkan semangat UMNO semakin pupus dan janganlah hendak alihkan masalah tenat UMNO dengan mengesyurkan pembubaran DUN PR, selesaikan dulu masalah UMNO kemudian barulah fikirkan bagaimana nak menipu orang yang matang muslihat dalam berpolitik

Sepatutnya pucuk pimpinan UMNO pusat berasa malu dengan kenyataan Zambry ini kerana ternyata cadangannya ini kebudak-budakan, buat malu UMNO sahaja, apa yang jelas ialah Zambry menampakkan kebodohan UMNO bukan kebodohan dirinya, dirinya sudah tentulah bodoh tapi jangan jangkitkan kebodohannya itu kepada UMNO, propessionallah sikit baru rakyat nampak UMNO ini matang berpolitik, apa yang jelas sekarang ialah Zambry wajib di tukarkan dengan orang yang lain

0 comments:

Post a Comment