Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, March 15, 2010

ORANG DAN KERA

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

SATU ROMBONGAN MANUSIA MEMASUKI HUTAN KERANA HENDAK MENINJAU APA YANG TERDAPAT DI SITU

Dalam perjalanan menuju ke hutan manusia ini bercerita tentang kera yang terdapat banyak di hutan tersebut, sampai saja di gigi hutan maka merekapun berjumpalah dengan kumpulan kera-kera sedang melompat ke atas pokok dan turun ke bumi

Manusia:
Tengok tu ! banyaknya kera !

Kera:
Eh ! kami bukan banyak tapi ramai ! jika banyak itu menunjukkan barang

Manusia:
Eh ! betullah kata era tu ! kita yang salah !

Kera:
Memang kamu yang salah sebab kamu semuanya bodoh ! Kamu ni siapa ?

Manusia:
Eh ! tak kenalkah kami ini orang ! orang melayu

Kera:
Oooo ! orang melayu ! kamu bukan manusiakah ? Oooo! di sebabkan kamu orang maka silalah masuk kat sana, di sana ramai orang-orang utan, tapi apa pasal kamu pakai seluar dan baju ! bukankah yang berpakaian itu manusia ?

Orang:
Eh ! kami ni manusialah !

Kera:
Eh ! tadi kata oang ! sekarang kata manusia pulak !

Orang:
Kami kadang-kadang jadi orang dan kadang-kadang jadi manusia !

Kera:
Memang orang boleh jadi manusia dan manusia boleh jadi orang ? Kamu hidup dua alam ?

Orang:
Memang kami boleh hidup pada dua alam, alam hutan dan alam pekan

Kera:
Hari ni kamu tahu apa jad kat Pekan ?

Orang:
Eh kami tak tahu ! Ada apa kat Pekan

Kera:
Hari ni di Parlimen ramai wakil manusia telah keluar Parlimen sebab mereka tidak mahu bincang hal kementerian dalam negeri sebab di parlimen tu ramai orang yang bercampur manusia, Eh nanti kalau kamu balik kamu jemputlah orang-orang tu masuk hutan tengok cara kami hidup

Orang:
Kamu perli kami ke ?

Kera:
Eh ! taakkkk ! kami nak suruh orang di pekan tu tengok cara kami melompat macam kami, cara orang melompat kat pekan tu adalah cara katak, bodoh punya orang

0 comments:

Post a Comment