Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, March 2, 2010

PR SEDANG MENGGIGIL

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

PAKATAN SEDANG MENGGIGIL SEBAB RAMAI DERHAKA PADA PARTI PKR

Seorang demi seorang anggota yang berhormat dari PKR keluar meninggalkan parti tersebut, terbaru ialah dari MP PKR dari Bagan Serai, sebab ? Tak tahu, apa yang nyata sekarang ialah anggota PKR dari MP tinggal 27 orang

Apa yang berlaku pada parti itu sebenarnya tidak di ketahui, adakah kerana kes Anuar ? atau kerana ada kes lain, yang anihnya tidak pula mereka menyemberang pada parti UMNO dan mereka masih tetap tinggal dalam BEBAS mungkin buat sementara waktu sebelum melompat kepada UMNO

PKR sekarang sedang di perhatikan oleh rakan seperjuangannya dari DAP dan PAS sejauh mana parti itu menghadapi krisis yang serius atau sejauh mana parti itu boleh bertahan lama, apa yang jelas ialah kebanyakan anggota parti itu adalah dari benih UMNO yang kehidupan sosial mereka agak bebas dan banyak wang atau banyak hutang

Kepada mereka yang telah meninggalkan PKR tidak mungkin mereka akan kembali kepada PKR dan jika mereka tetap berkecuali sebagai bebas rasanya tidak ada apa yang mereka harapkan kepada pembangunan rakyat atau mereka mungkin telah di janjikan oleh BN supaya meninggalkan parti tersebut sebelum berhijrah secara beramai-ramai untuk menaikkan semangat BN/UMNO di satu masa yang tertentu

PAS dan DAP ada sebab untuk meragui PKR dalam masalah lompat melompat ini terutama di Kedah kerana ia boleh menggugat kerajaan negeri yang di perintah oleh PAS demikian juga dengan DAP yang memerintah negeri Pulau Pinang, masalah Selangor nampaknya BN/UMNO agak sukar hendak di gugat sebab kerajaan Selangor akan mendedahkan banyak isu penyelewengan tanah semasa pemerintahan UMNO/BN

Suasana PR agak goyah sekalipun mereka tidak memerintah negara, andainya mereka memerintah negara maka kes lompat melompat ini mungkin akan menjadi lebih huru hara dan kritikal, sebab itu ada baiknya PR belum lagi dapat memerintah negara, dan peristiwa lompat ini akan menjadikan PR mempelajari suasana anggota partinya dari sekarang

Perjungan dalam PR samalah dengan perjuangan yang di sebut oleh islam iaitu PERJALANAN MASIH JAUH untuk mencapai kemenangan sekalipun ia dapat memerintah 4 buah negeri, ertinya perjuangan PR masih pada peringkat mukaddimah untuk menang namun di antara anggotanya sudah bersorak sorai bergendang kemenangan seolah-olah mereka sudah menang cara mutlak, sebenarnya sorak itu adalah sorak virus, contohnya adalah negeri Perak


1 comments:

najihah said...

Tukang Kata juga menziarahi blog anda!
biarkan duri-duri ini keluar dari PKR,buat apa kita simpan duri pembinasa sialan ini.Lagipun yang keluar ni lah yang mendatangkan masalah pada PKR.moga dengan pembersihan ini,lebih maju PKR nanti..dan kepada ahli2 yang dah keluar masuk,join BN,kita tgk pru 13 nanti,BN letak kah mereka jadi calon nanti?hehe

Post a Comment