Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, March 10, 2010

TANDA PR DAPAT SOKONGAN

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

MOTTO SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT TERNYATA DI GERUNI !

Apabila ada di antara ahli yang di katakan yang berhormat melompat parti maka riuh rendahlah kerajaan BN/UMNO mengatakan PR akan tumbang ke bumi, Betulkah begitu ? Jika betul begitu mengapa setiap ceramah yang di adakan oleh PR sambutannya agak luar biasa ! Sehinggakan kerajaan pening kepala, lalu perintahkan polis mengawal atau batalkan permit ! Atau sampai ada penonton di belasah

Sekarang kerajaan BN/UMNO sudah pening kepala, polispun pening kepala sama sebab mereka sepatutnya berehat tapi terpaksa mengikut arahan BN/UMNO untuk kawal penonton yang hadir pada majlis ceramah PR yang begitu ramai, BN/UMNO tentunya terkejut dengan gelombang kebangkitan rakyat sebab sepatutnya apabila ada yang melompat parti di harapkan rakyat akan mengikut melompat tai tidak menjadi kenyataan

UMNO bertambah pening ! mengapa rakyat tidak ikut serta melompat mengikut yang berhormat mereka ? Adakah BN/UMNO fikir yang melompat lebih penting ataupun rakyat yang lebih penting ? Kelahiran yang berhormat hanya lahir dari mandat rakyat buka dari yang berhormat yang hanya sebagai bergantung nasib dengan suara rakyat, di sinilah bodohnya BN/UMNO menilai suara rakyat

Sebenarnya rakyat tersangat marah kepada wakil mereka yang melompat ini kerana wakil mereka di anggap pengkhianat kepada suara undi daripada mereka, sebab itu setiap perhimpunan di adakan maka rakyat akan hadir dengan ramainya. Pada pandangan saya jika BN/UMNO sudah selesa dengan lompatan yang di buat oleh wakil yang melompat mengapa mereka takutkan perhimpunan yang di anjurkan oleh PR, ini menunjukkan bahawa BN/UMNO sudah merasa gentar dengan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan berlaku di negara ini

0 comments:

Post a Comment