Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, April 7, 2010

AMARAN ALLAH MELALUI GEMPA BUMI

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

Gempa bumi berlaku lagi di Aceh, kali ini ia berukuran 7.2 sekala reakter, di semenanjung malaysia iaitu di Kedah,Perlis, Pulau Pinang yang mendapat amaran sunami kemudiannya telah di tarik balik kerana tiada ancaman sunami berlaku di sana

Gempa bumi adalah amaran daripada Allah kepada penduduk bumi yang sentiasa membuat kerosakan dan maksiat di bumi, namun kebanyakan manusia hanya insaf seketika sahaja, kemudian mereka akan mengulanginya lagi

Amaran Allah bukan hanya sekadar gempa bumi sahaja kepada manusia yang membuat kerosakan dan maksiat akan tetapi ia merupakan banyak cara yang biasanya tidak di ambil peduli oleh kebanyakan penduduk bumi, sepatutnya penduduk bumi wajib mengelakkan apa yang di larang oleh Allah supaya tidak berlaku penyeksaan daripada Allah kepada penduduk bumi

Di Malaysia ramai yang belum merasa 'azab daripada Allah kerana masanya belum lagi sampai tempoh akan tetapi jika hendak di ambil kira maksiat dan amaran daripada Allah maka negara ini sudah wajib merasakan ke'azaban daripada Allah tersebut, sebagai contoh Allah melarang mengambil orang Yahudi menjadi teman rapat untuk membantu umat islam akan tetapi ianya sudahpun terjadi walaupun kerajaan membisu tanpa menafikannya, kedua terlalu ramai wanita yang telah membuang anak di merata tempat, ketiga terlalu ramai umat islam yang mengamalkan rasuah dan banyak lagi

0 comments:

Post a Comment